Friday 22 April 2016

Lombok - Hotel Review

Untuk trip seminggu di Lombok ni kami stay di tiga hotel berlainan. Semua hotel ni kami book dari Agoda. Dan hotel yang kami book ni semua inclusive breakfast, sebab tu lah kalau tengok story Lombok series saya semua breakfast di hotel. So jimat dah di situ dan tak payah fikir or mencari breakfast dah everyday. Senangkan?

Lagi satu kalau nak book tu make sure cari yang free cancellation. Yela, in case tetiba rasa taknak stay hotel tu or itinerary berubah ke, takdelah kena cancellation charge or membazir duit kalau takleh refund after cancellation.

Kalau untuk aktiviti di Lombok actually orang prefer hotel di Senggigi sebab tempat-tempat tumpuan pelancong kan jauh-jauh like, two or three hours perjalanan, so Senggigi ni kawasan paling strategic sebab berada di tengah-tengah antara tempat-tempat tumpuan pelancong tu. Itu Jalal katalah, saya tak tau. Hehehe.

So ini senarai hotel yang kami stay for 7d6n :



Hotel Puri Senggigi

Ini hotel paling murah kami. Harga boleh tengok entry berkenaan preparation kami ke Lombok. Walaupun paling murah dan tak kelihatan mewah, hotel ni paling okay pada saya. Bilik luas, wifi laju, ada air panas, katil single + single yang selesa. Tapi lantai bilik dia berhabuk, almari nampaklah dah season, meja make-up pun nampak dah season jugak, nak charge phone or powerbank cuma ada dua options aje which is dalam toilet sebelah sinki or cabut plug tv, but hey, dengan harga yang dibayar sangat berbaloi lah for me.

Paling seram pun, masa tengah shower saya siram lantai sampai ke bawah sinki sebab nak bersihkan lantai, sekali keluar lipan dari lantai bawah sinki tu. Lepas tu saya siram-siram lagi bagi dia masuk balik bawah tu. Huhuhu. Masalahnya lantai tu warna hitam, susah nak nampak kalau lipan tu muncul lagi.

Breakfast dorang not much variety. Hari-hari kitorang makan nasi goreng. Hahaha. Tak kisahlah, harga murah kan, what do you expect. Yang penting kenyang dan tak mabuk dalam kereta. Dan table dorang hidangkan breakfast tu tak berapa nak hygiene. Kat meja kecik dia letak gula untuk kita buat coffee pun bersemut, sampai ke dalam balang gula tu ada semut.

Kami takde masalah dengan aircond sebab takde banyak masa pun nak lepak kat bilik hotel lama-lama. Pepagi dah keluar, malam baru balik. Balik pun terus tidur. Tapi selalunya kalau balik tu mesti terasa panas jugaklah dalam bilik walaupun kami tak off kan pun aircond tu 24 hours. Lepas mandi baru okay sikit, tidur pun selesa aje. Dan selalunya bangun pagi mesti menggigil kesejukan.

Overall, kami suka hotel ni. Berbaloi dengan harga. Will come back to stay here.

The Beach House

Hotel ni nak kata murah tak murah, nak kata mahal takdelah mahal gila. But rasa macam tak berbaloi dengan harga yang kita bayar. Bilik kecik, nak solat pun kat penjuru bilik. Toilet kami saluran airnya macam tersumbat so bila kita mandi air bertakung kot kat kaki. Lambat baru airnya surut. Walaupun kita sendiri yang mandi, tapi geli kot kalau dah bertakung macam tu. Bila report kat staff yang ala-ala manager tu, dia kata memang macam tu. Solutionnya, dia bukak penapis saluran tu. FYI, saluran tu kat tengah alam tempat kita step on during shower. Geli kot nak pijak lubang tu, dahlah hitam je rupanya.

Then toilet duduk dia takde pili dan takde bidet. Yang ada paip dalam washroom tu cuma shower dan sinki aje. Bagi orang yang lepas buang air main calit guna tissue aje oklah. Tapi bagi kami yang memerlukan air untuk bersuci ni, memang teruklah toilet tu. Solutionnya, saya taknak cerita. Kalau korang ada rezeki dapat bilik tu korang taulah acaner. Hahaha.

Lagi, masa kami sampai tu bilik kami tak dikemas lagi. Kami dah terpacak depan bilik baru dorang nak pisahkan tilam pasal kami minta single bed. Masa tu jugak baru nak tukar cadar, tuala segala bagai. Lantai bilik tu tak taulah dorang sapu dan mop ke tidak, agak berhabuk jugaklah.

Macam yang dalam entry Lombok day 6 saya, nak breakfast kena berhati-hati dan rajin bertanya kalau taknak termakan makanan yang tidak sepatutnya. Terkena kang menyesal tak sudah. Sebab kami hampir terkena. Malas nak cerita lagi, pergi cari entry yang lepas, saya ada cerita kisahnya.

Kat Gili Trawangan ni kan kami banyak habiskan masa dalam bilik, so memang tak puas hati sangatlah dengan condition bilik dia. But tilam dan batal agak selesa. Aircond bilik kami pun okay, sejuk je. Wifi pun laju. Banyak review yang saya baca pasal hotel kat Trawangan ni, aircond dorang macam tak fungsi, panas walaupun dah on paling rendah. Tapi aircond bilik lagi satu macam tak berapa nak sejuk kalau nak compare dengan bilik saya dan Nad.

Dan bilik lagi satu jugak ada pili air untuk toilet duduk dia. Air shower dorang tak bertakung macam kami. Masa sampai bilik dorang memang dah ready so dorang boleh masuk bilik terus, tak macam kami kena berdiri kat luar tunggu staff hotel kemas.

Lagi satu review saya ada baca, kebanyakkan tourist complain pasal tak boleh tidur malam sebab bunyi bising, mat saleh ramai berparty sampai ke subuh kat Gili Trawangan ni. Dua malam kami kat hotel ni, cuma satu malam aje saya ada dengar bunyi muzik berdentum-dentum, tapi tu sayup-sayup aje bunyinya. Tak kuat sangat pun. So still boleh tidur dengan nyenyak.

Breakfast dorang banyak option, so boleh melantak sampai kembung perut. and restaurant dorang dekat sebelah pantai. Syiok sikit, terasalah macam berada di pulau. Huahuahua.

Overall, okay but will not repeat to stay here anymore.

Sunset-House Hotel

Ini hotel paling mewah kami. Bilik dia memang nampak mewah sikit. Biliknya luas. Katil tilam bantal semua selesa. Cumanya kami dapat king bed, saya tak suka. Aircond pun okay. Breakfast pun okay, biasa-biasa aje. Cuma dorang breakfast ala carte.

Tapi, wifi dorang very bad! Super bad! Internet sangat penting okay untuk communication sebab kami tak roaming or beli simcard. Bila wifi connection asyik disconnected aje, mula hati panas. Bila hati panas, mulalah semua jadi tak okay.

Sebagai perempuan, cermin sangat penting okay. Tapi bilik dorang cuma ada satu cermin aje which is dalam washroom. Betapa tak selesanya nak make-up, pakai tudung, pakai contact lens dalam toilet.

takde apa sangat kot nak commect hotel ni sebab stay pun for one night only. Check in waktu dah gelap, check out pulak awal pagi.

Overall, memang takkan dah ambik bilik tu. Bilik lain for sure mahal, so will never repeat to stay hotel ni lagi.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang