Monday 28 March 2016

Lombok - Day 2

Lombok Trip
Day 2
Gili Nanggu - Gili Sudak - Lunch - Selat Gili - Gili Kedis - Dinner - Hotel in Senggigi

Gili Nanggu

Okay! Second day kami mulakan dengan breakfast di hotel. Then around 9 am cenggitu kami gerak menuju ke Gili Nanggu. Okay. Tak. Bukan menuju ke Gili Nanggu. Mula-mula kami tuju ke rumah Nemo. Naik boat tu dari rumah Nemo. Nemo tu kawan si Jalal. Snorkelling equipment and life jacket pun provided.



Perjalanan dari hotel ke rumah Nemo ambik masa around 1h30m lah lebih kurang. Dalam perjalanan tu singgah kedai runcit, beli air dan roti untuk bagi makan ikan.

So kat Gili Nanggu ni aktivitinya, snorkelling aje. Mula-mula taknak pun pergi ke tengah, nak snorkelling kat tempat yang kaki sampai untuk jejak je. Hahahaha! Tapi si Jalal dengan Nemo dok psiko suruh jugak pergi ke tengah.

Nampak tangan saya tu pegang botol? Dalam tu lah kami letak roti yang beli tu. Tutup botol tu Nemo & Jalal tebuk lubang sikit, so kami picit-picit je botol tu bagi roti keluar.




Dorang kata, rugilah dah sampai tapi tak snorkelling sungguh-sungguh. Wuuwuu nak nangis! Saya ni kecut sikit dengan air, sebab pernah hampir lepas. Dah tu, tak reti berenang pulak. Tapi gatal jugak nak buat aktiviti air. Hohohoho.

Mula-mula tu Jalal dok tarik Yan ke tengah. Jalal tinggalkan Yan kat tengah-tengah tu. Pastu Jalal datang balik dok tarik saya pulak ke tengah. Uwaaa! Betul nak nangis masa tu. Cuak noks tengok kat bawah tu jauh gila ke bawah, sah-sah kaki tak sampai. Hahahaha! Jalal hantar saya dekat dengan Yan. Rupanya ada tempat nak pijak kat situ, macam cage untuk coral, patutlah Yan boleh berdiri. Kekekeke.

Inilah cage yang saya maksudkan. Masing-masing main selit kaki kat sini. Hahaha!

Kat Gili Nanggu ni ikan memang banyak, nak pulak kitorang dok bagi dia roti, memang banyaklah berkumpul jawabnya. Tapi coral takde sangatlah. Tak tau lah kalau pergi ke tengah lagi ada coral cun cun ke tidak. Tak berani oiii. Kokay je yang galak snorkelling. 


 Ini aktiviti menangkap ikan by hand. Jalal & Nemo ler yang menangkap.


Lama jugak kitorang berendam dalam laut tu. Dah agak-agak penat tu, semua pun naik ke darat balik. Balik ke darat tu semua kena berenang sendiri. Takde maknanya Jalal dengan Nemo nak tarik lagi. Hahahaha!

Naik atas tu lepak-lepak makan tembikai kejap kat pondok. 

Pastu terjun laut balik. Tapi side lain pulak. Kali ni kitorang tak pergi tengah, just main-main benam kepala je kat tepi-tepi. Jalal dengan Kokay je yang pergi ke tengah. Kejap je, lepas tu dorang balik ke darat, kitorang kemas-kemas barang kat pondok, terus gerak menuju ke Gili Sudak!

Gili Sudak

Kat Gili Sudak ni actually takde buat aktiviti apa pun. Kami makan aje kat sini. Hehehe. Ada restaurant noks kat gili ni. Kerlas kau jah!

Kitorang sampai je kat Gili Sudak ni, dorang tanya nak makan kat dalam ke kat luar. Kat dalam tu, dalam restaurant dia lah. Kat luar tu, kat luarlah. Tepi pantai actually. Kitorang cakap kat luar, dorang bawak kerusi meja keluar, tepi pantai. Actually restaurant tu pun tepi pantai aje. Cumanya kat luar tu, makan bawah pokok tepi pantai tu. Manyak syiok ooo!

Nampak pondok kat belakang tu? Itu ler restaurant nya.

Makanan dia kat gili ni, best kau! Dah lah memang tengah lapar, dapat ikan bakar dengan sambal sedap pulak, pergh masyuk! Siap mintak nasi tambah kot kitorang! Hahahaha! Tapi saya hampir jugaklah nak nangis makan. Pedas noks! 

Makan sedap, harga pun memang sedaplah kan. Around IDR 300,000++ jugaklah kena. Tapi puas hati, so tak ralatlah bayar mahal pun.

Lepas makan, lepak-lepak kat tepi pantai tu. Panjat rumah terapung tepi pantai tu sekejap. Pastu gerak menuju ke Selat Gili!



Tapi sebelum sampai ke Selat Gili tu, Nemo ada stop kan boat kat tengah-tengah laut. Jalal masa tu memang dah terjun ke dalam dah. Macam mermaid sangat! Hahaha. Yang kami ni taknak terjun, saya lagilah taknak terjun. Taubat dah nak terjun laut dari tempat tinggi. Ergh!

Yang si Nemo kat atas boat pulak asyik psiko kitorang je suruh terjun. Cantik katanya. Sampai dia suruh Yan jaga boat pasal dia pun nak join Jalal dalam air tu. Hahaha. Tapi manalah kami ni reti handle boat, so tak dapatlah Nemo terjun. Huahuahua.

Yang Kokay memang dah terjun join Jalal masa tu. Saya dengan Nad yang beria taknak terjun ni, tah macam mana, terjun jugak akhirnya. Huhuhuhu. Tapi ya ampun, sengsara noks! Tengah lautkan ambok kuat. Kami ni berpaut kat tepi boat tu, ada macam balancer boat tu kot. Entah apa ke namanya. Pastu boat tu pulak kejap stop kejap gerak. Bayangkanlah macam mana sengsara kami nak hold pada boat tu melawan ombak. Pergh! 


Tapi dalam tengah sengsara tu pun, kepala dok dibenam jugak dalam laut tu. MasyaAllah! Serius cantik ya amat! Paling cantik masa jumpa coral ke apa entah, warna hijau apple. Ada yang setompok kecik hijaunya, ada yang besar sangat! Mata saya kalau Nampak hijau memang automatically jadi cantik je benda tu.

Cantic-cantik jugak, tapi tangan dah memang tak larat nak hold dah masa tu. Dah terjerit-jerit nak naik oiii! Hahahaha. Nak naik tu punyalah susah. Takut nak lepas! Wakakaka! Jalal dengan Nemo pun dah jadi tak keruan tengok kitorang masa tu! Tak tau nak tolong siapa dulu. Masa tu memang kelakar, walaupun tengah bertarung nyawa! Kahkahkah!

Dah naik semua baru gerak straight ke Selat Gili.

Selat Gili

Actually Selat Gili ni dah masuk area Gili Kedis, tapi saja je saya separate kan sebab aktivitinya lain sikit. Aktiviti ke? Hmm. Actually Selat Gili ni letaknya nak kata tepi pantai, tak tepi jugak, nak kata tengah, tak tengah jugak. Tapi yang uniknya, air cuma paras lutut aje.

Apa ada kat Selat Gili ni? Jeng! Jeng! Jeng! Kat sini banyak Patrick the starfish! Bersepah-sepah weh atas pasir dalam laut tu. Boleh kutip-kutip cenggitu aje. Teruja sekejap masa tengok tu. Hihihihi.





Lepas dah posing-posing dengan Patrick tu, kitorang pulangkanlah semua Patrick tu ke tempat asal mereka. Pastu, terus shoot ke Gili Kedis!

Gili Kedis

Gili Kedis ni pun activitinya snorkelling. Masa kat Gili Kedis ni hari pun dah petang, tak panas sangat. Jalal ajak snorkelling ke tengah, tapi saya, Nad & Yan surrender awal-awal. Kokay je yang semangat. So Kokay, Jalal & Nemo je yang pergi sampai ke tengah. Kami snorkelling tepi-tepi pantai aje, pastu main terapung-terapung atas air. Yan paling teruk, langsung taknak masuk dalam air dah! Duduk tepi pantai aje. Wakakakaka!

Saya dengan Nad dah penat berendam, kami pun naik ler duduk lepak tepi pantai dengan Yan sambal menunggu yang bertiga tu. Bila yang bertiga tu dah naik, Jalal dengan Nemo lepak dekat dengat boat. Kami berempat still lepak tepi pantai lagi. Lama jugak kami melepak tu.





Lepas tu kami jalan-jalan tepi pantai, pergilah ke the other side of that gili. Masa tu matahari pun nak turun dah. Yellowish dah masa tu. Posing-posing kejap dengan yellowish sun tu, main tulis-tulis atas pasir, main tanam-tanam kaki, pastu kami pun berangkat pulang ke rumah Nemo.

End of Activitiy

Kat rumah Nemo kami wash up sikit lepas tu baru gerak pulang ke Senggigi. On the way balik hotel we all stop dinner and shopping dulu. 

Jalal tanya kami nak cari souvenir apa? Kami nak shirt Lombok and fridge magnet Lombok. Yang lain-lain kami tak mau! Hehehehe.

Makan tu tak perlu cerita sangatlah ye? Sebab kami tak food hunting pun kat sana. Kami ni spesis yang tak kisah sangat bab makan.

Shopping tu Jalal bawa kami ke Sasaku. Jalal kata shirt Sasaku je yang dia rasa okay. Sasaku tu nama kedai eh. So that night saya ambik 2 black shirts. Fridge magnet dia macam tak menarik sangat so saya tak ambik. Lagi pun baru hari ke 2, banyak lagi tempat boleh carik.

Then, balik hotel! Tidur! Recharge energy for the next day!

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang