Friday 25 March 2016

Budget, Itinerary dan Tour Guide Di Lombok

Ini kisah kami di Lombok on March 2016. Mula-mula kita cerita pasal budget and itinerary dululah ye. Hari tu dah buat entry pasal budget and itinerary ni, buat just roughly lah. Boleh refer to this entry: Persediaan To Explore Lombok, Indonesia. So entry kali ni kita cerita the exact budget and itinerary.

Budget

Rate yang saya dapat masa tukar MYR to IDR that day 0.319. So budget ni saya buat untuk that rate lah. Price might be slightly different than Google converter. Ngee.

Cost before fly to Lombok hanya melibatkan return flight ticket, return luggage and hotels.



Luggage tu last minute saya tambah lagi 5 kg pergi balik sebab tau berat bag saya mesti terlebih. Huahuahua. Lagipun, RM 14.00 je dapat 10 kg, okay lah tu.

Disebabkan semua ni kami buat untuk 4 pax, so saya inclusive kan jugalah harga untuk 4 pax tu, then just bahagikan dengan 4 untuk dapatkan harga 1 pax. Untuk hotel tu, kami ambik 2 bilik sebab yang pergi ni 2 lelaki, 2 perempuan. Takkan nak stay 1 bilik kot kan. 

Bawah ni pulak breakdown untuk RM 1300.00 yang saya tukar to IDR tu. Tapi breakdown ni bukan exact amount tau, just roughly lah. Ateee manalah nak ingat amount yang kita dah belanja tu kan, bukan record dalam diary pon tiap kali menghulur duit. Breakdown ni saya guna rate yang saya dapat tu lah, 0.319.



Actually makan boleh jimat, kalau korang makan kat tempat yang tak mahallah. Tour guide kitorang bawak ke tempat-tempat yang boleh tahanlah jugak mahalnya. Sekali makan IDR 300,000.00++ for 4 pax. Ada jugak yang hampir IDR 500,000.00 for 4 pax. So hari yang ke 3 or ke 4, kitorang mintak dia bawak kitorang p makan nasi padang aje, murah kot! Hahaha. Yang penting, sambal hijau dorang sedap! Ngeee.

Aktiviti Gili Layar tu pulak, kitorang add on. Takde dalam itinerary asal pun. Cost tu cost untuk boat & makan aje. Tour guide kata untuk dia (minyak kereta)  tak perlu bayar. Nanti kita cerita lebih lanjut kisah di Gili Layar tu.

Bag (back pack & waterproof) tu pun korang dah boleh jimat RM 200.00++ kot. Kisahnya luggage saya pecah sikit masa sampai Lombok tu. Memikirkan nak ke Gili Trawangan dengan luggage yang pecah tu leceh, saya belilah jugak backpack. Waterproof bag tu pulak, saja je nak beli. Murah kot, 20 litter equals tu RM 40.00++ aje. Hihihihi. Tapi saya tak bawak pun luggage tu ke Gili Trawangan, leceh. Tinggalkan dengan tour guide aje kat Senggigi sebab dia tak follow kitorang ke Gili Trawangan. So bawak yang perlu aje ke Gili Trawangan tu.


Itinerary

Itinerary yang dirancang dengan itinerary sebenar adalah berbeza. Boleh tengok itinerary asal kat entry seperti link di atas. So bawah ini actual itinerary kami kat sana.



Actually every trip ada harga-harga dia sendiri. Contohnya trip Gili Nanggu on the 2nd day tu cost nya around IDR 1,750,000.00 / 4 pax. Waterfall on the 4th day tu cost us about IDR 700,000.00 / 4 pax. So harga each trip might be differ kot based on berapa ramai in 1 group. Dan lain tour guide, mestilah lain jugak harganya, tapi the difference tak banyak sangat lah kot.


Tour Guide

Tour guide kami best tau! Nama dia Jalal. Dia sangat tak berkira. Kalau dia bawak kita pergi tempat tu, tapi kita macam tak semangat dan tak nak buat apa yang patut kita buat kat tempat tu, dia akan pujuk kita buat jugak. Dia akan heret kita buat. Rugi katanya kalau dah sampai tapi tak buat apa yang patut.

Ada sesetengah supir / tour guide tu sangat berkira Jalal kata. Sehari Cuma lapan jam saja dia punya service. Kalau start tour pukul 9 pagi, nanti pukul 5 petang mesti dah kena balik. Tapi Jalal okay. Kitorang tour semua sampai malam kot. Memang letih, tapi sangat berbaloi. Yela, kat tempat orang kalau tak menjelajah buat apa kan.

Thank you Jalal!

Mana kenal si Jalal ni? Kebetulan masa tengah survey segala yang berkaitan Lombok termasuklah tour guide, ada kawan pergi Lombok. So tanyalah kat dia pasal guide dia. Kawan saya tu kenal Jalal pulak dari kawan dia. Kawan dia tu recommended si Jalal. 

Lepas saya dapat number Jalal, saya terus contact Jalal. Whatsapp aje. Hihihi. Saya pun yakin dengan Jalal sebab kawan sendiri pernak deal dengan dia kan, so kita percayalah kat dia.

Ini contact number Jalal :
Tel / Whatsapp : +62 823 3900 3681
FB / IG : Jalal Sitohank
Website : lombokfantastic.com

Oh! Kat website tu kalau jumpa nama Jelly tu jangan pelik eh. Mat salleh panggil Jalal, Jelly sebab lidah mat salleh tak boleh nak sebut Jalal. Hahahaha. Mat salleh selalu lupa nama Jalal, kalau Jelly tu senang sikit dorang nak ingat, Jalal yang katalah. Kekekeke!

Okay. That's it for this entry! Cerita selanjutnya ada di link seperti di bawah ni eh.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang