Friday 2 September 2016

Cara Pembayaran Semula PTPTN via KWSP

Actually ada tiga acara:

1) PTPTN Counter / Kiosk
a)  PTPTN akan uruskan segala documentation dan dorang yang akan submit semua tu kepada KWSP.
b)  Tunggu KWSP sms menjemput korang ke office dorang untuk korang turunkan thumbprint. Bawa sekali segala documents yang diperlukan.
c)  Tunggu KWSP sms untuk maklumkan tentang transaction dari KWSP kepada PTPTN.
d) Kalau dah berjaya transaction tu, pergilah confirm kan dengan PTPTN.

2) KWSP Online
a) First of all you need to have KWSP i-account.
b) From i-account boleh fill up form pengeluaran bagi tujuan pembayaran balik pinjaman pendidikan dan submit to KWSP secara online.
c) Once dah submit, kena alert dengan message dari KWSP di dalam inbox i-account tu.
d) Kalau permohonan berjaya, KWSP akan message di inbox i-account dan sms phone juga untuk jemput korang ke office dorang untuk korang turunkan thumbprint. Bawa sekali segala documents yang diperlukan.
e) Then tunggu KWSP sms untuk maklumkan tentang transaction dari KWSP kepada PTPTN.
f) Kalau dah berjaya transaction tu, pergilah confirm kan dengan PTPTN.

3) KWSP Counter
a) Pergi je ke counter KWSP dan fill up borang secara manual di sana.
b)  Make sure bawa sekali segala document yang diperlukan.

Aku buat gun acara kedua, KWSP online, sebab aku tengah menjimatkan cuti. So aku taknak ambik cuti semata-mata nak ke KWSP / PTPTN. Since dah ada kemudahan di hujung jari, gunakan jelah.

Cara ketiga (KWSP Counter) tu aku tak sure sangat macam mana steps dia.

Member aku buat cara yang first tu, dia pergi kiosk PTPTN untuk consult dengan PTPTN dulu. Then orang PTPTN tu yang buatkan permohonan / documentation tu untuk dia dan dia cuma tunggu KWSP sms untuk turunkan thumbprint aje.

Documents apa yang perlu di bawa semasa pergi ke KWSP? Aku baca banyak posting pasal ni untuk kumpul maklumat sebelum aku proceed permohonan ni sebenarnya. Dan mostly kata kena bawak documents ni masa kita ke KWSP:
    1) Surat pengesahan baki pinjaman PTPTN
    2) Salinan surat tawaran pinjaman PTPTN
    3) Salinan Dokumen perjanjian pinjamana PTPTN
    4) Scroll tamat pengajian
    5) Transcript keputusan

Mostly advised bawa document original dan buat salinan untuk setiap document tu. Kalau bawak documents salinan tanpa yang original perlu dapatkan pengesahan dari pihak-pihak yang diikhtiraf oleh KWSP.

Kalau takde documents PTPTN tu kenalah minta kat PTPTN. Aku dapat salinan semua documents tu dari PTPTN dan dorang dah siap sahkan documents tu. Aku minta via email aje. Pergi website PTPTN, nanti korang explore kat situ, ada acara-caranya.

Masa aku pergi KWSP tu aku bawak semua kelima-lima documents yang aku nyatakan di atas. Tapi yang petugas KWSP tu minta cuma salinan scroll taman pengajian aje. Yang lain semua dorang tak tengok. Aku rasa logic jugak sebab bila kita buat permohonan via KWSP, KWSP akan buat semakan dan pengesahan dengan PTPTN sendiri sebelum luluskan permohonan kita.

Tapi masa member aku pergi, mula-mula petugas KWSP tu minta salinan scroll, tapi member aku cuma bawak yang original aje. So dia pergilah buat salinan. Lepas buat salinan dia pergi KWSP balik dan petugas lain pulak yang entertained dia, satu document pun petugas tu takde minta dari member aku. Then aku tak ingat member tu tunggu berapa lama (rasanya dekat sebukan jugaklah) takde potongan dibuat. Member tu pergi serbu KWSP balik, check and KWSP kata permohonan unsuccessful SEBAB tak ada salinan salinan scroll taman pengajian. Member bengang lah then dia complaint lah sebab staff KWSP yang tak minta / ambik. Staff KWSP yang assist tu kata, budak yang assist dia last time new staff. *whatever*

So kesimpulannya, korang prepare ajelah apa yang patut supaya tak menyusahkan diri korang sendiri nanti. Kalau staff KWSP tu tak ambik any documents dari korang, korang paksa dia ambik jugak. Nanti korang cakap jelah member korang dah terkena, KWSP tak ambik document pastu permohonan tidak berjaya. Kekekekeke.

Sesiapa yang belum buat ujrah, korang kena settle kan tunggakan dulu baru boleh convert to ujrah dan new agreement akan dikeluarkan. Dan korang boleh consult dengan PTPTN untuk reschedule pembayaran balik korang kalau korang tak mampu nak bayar monthly amount dalam schedule asal tu. Untuk reschedule ni pun korang perlu selesaikan tunggakan dulu.

Kalau tunggakan korang banyak sangat dan tak mampu nak bayar semua, korang consult jela dengan PTPTN tu. Maybe dorang ada acara lain like bayar 50% dulu ke kan. Dari pembacaan aku dari blog-blog lain, kalau nasib korang baik korang dapat consultation dari eksekutif Pemasaran PTPTN yang baik dan willing to help, memang korang akan lega dan tak sakit hatilah. Kalau korang dapat yang kerek tahap lapisan bumi ke-tujuh tu, nasib koranglah. Ada sesetengah tu langsung tak membantu. Aku nasihatkan korang pergilah ke kiosk / office lain.

Aku ni bayar gak PTPTN sebenarnya selama ni, bukan tak pernah bayar langsung. Tapi aku bayar ikut suka hati aku je. Hehehe. Cumanya bila ada officemate cerita dia tak boleh fly April 2016 hari tu sebab tunggakan PTPTN, gelabah jugaklah aku. Mau tak? Flight ticket untuk ke Jepun bulan Nov 2016 dan Bromo bulan March 2017 dah beli kot! Nanti aku cerita, apa ceritanya officemate aku tu.

Anywaysss, good luck uols!

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang