Friday 22 April 2016

Lombok - Day 4

Lombok Trip
Day 4
Sendeng Gila Waterfall - Tiu Kelep Waterfall - Lunch - Monkey Forest - Harbour to Gili Trawangan - Hotel in Gili Trawangan

Sendeng Gila Waterfall – Tiu Kelep Waterfall

Hari ke-empat juga kami mulakan dengan breakfast di hotel. Around 9 am kami shoot ke lokasi, Sendeng Gila Waterfall. Kat sini, memanjat jugak noks! Kat sini panjat bukit ada, panjat tangga ada, merentas sungai pun ada. Letih wey! Hahahaha!






Sendeng Gila ni air dia jatuh kat sungai, so nak berendam air terjun tu memang takdelah. Air dia jatuh terus mengalir ke sungai. Kat tempat airnya jatuh tu pun air tak bertakung. So tak berapa nak syiok sangatlah.


Nampak bawah tu dorang mandi macam mandi kat shower. Nak berendam tak dapat.

Kat Tiu Kelep tu best. Air dia, pergh sejuk gilak! Tapi dorang tak bagi pergi dekat sangat dengan tempat air terjun tu jatuh. Dalam tu area situ. Pastu air terjun dia bukan slow noks. Kang dah tertimpa air tu tak timbul pulak kang.

Air memang best, berangin pulak tu. Tapi masalahnya bila berangin tu, air terjun yang tengah falling tu terbias. Biasan air dia banyak pulak. So jadi masalah pada mata saya yang ber-contact-lens. Tak boleh bukak mata mengadap waterfall tu. Kena membelakangkan waterfall tu.

 Tu Tiu Kelep kat belakang tu



Ada satu part tu konon-konon nak ambik gambar sambil menyelam. So tanpa berfikir panjang saya terus menyelamlah kononnya. Lepas tu pergi bukak mata pulak tu. Terus gelabah berdiri keluar dari air. Huhuhu. Contact lens dua-dua hilang noks! Rasa nak menangis. Bukan hilang terjatuh, hilang dalam mata. Dahlah angina kuat. Saya pun keluar dari air, berdiri tepi-tepi sungai dok korek-korek mata cari contact lens. Seramkan?




Lepas tu memang takde dah nak selam kepala dalam air. Had dada aje main.

Dah puas main air sejuk tu kami pun naik ler ke pangkal jalan. Masa nak keluar dari kawasan waterfall tu kami lalu terowong berair. Tapi  takde gambar kat situ. Sobs! Gelap noks dalam tu. Ada dua aje kot kawasan yang ada lubang cahaya. So guide kami semua on dorang punya phone torchlight. 

Mula-mula rasa macam tak sanggup nak lalu terowong tu pasal gelap. Pastu geli nak lalu terowong tu pasal tak tau apa ada dalam tu. Rasa lagi rela dok naik turun bukit nak keluar dari lalu terowong tu. Tapi dah semua orang lalu situ, beranikan diri ajelah meredah. Tapi bila dah masuk dalam tu okay aje sebenarnya. Takde benda geli-geli pun dalam tu. Hehehe. 

Tapi bila dah keluar terowong tu kena jugak turun naik bukit baru sampai kat entrance / exit. Laluan terowong tu tak bawak kita keluar terus ke entrance / exit okay. Saya ingat takyah dah kena panjat penat-penat. Huhuhu.

Dah sampai entrance / exit tu semua dah kelaparan pasal banyak guna tenaga. So terus makan kat restaurant kat situ aje. Lepas lunch terus shoot to next destination.

Monkey Forest

Saya ni bukanlah seorang penggemar haiwan / binatang, apatah lagi monyet. So kalau tak stop jumpa monkey tu semua pun takpe. Tapi sebab dah memang on the way kan, so Jalal stop jela. Sebelum sampai tu Jalal berhenti kat kedai runcit beli kacang tanah untuk bagi monyet-monyet tu makan.


Tengok tu dia punya tamak! Haha! Sampai pegang tudung orang, tak mau lepas!

Masa sampai tempat monkey tu rasa macam taknak keluar dari kereta aje. Huhuhu. Tapi Jalal kata monkey tu semua friendly, tak garang. So saya pun keluar. Tengok Jalal bagi kacang kat monkey hand by hand. Jalal hulur, monkey ambik dari tangan Jalal. Jalal tak campak. Saya pun, ‘ah sudah.’ Takut kena cakar. Hahaha. Tapi Jalal kata tangan dia lembut. So saya pun hulurlah kacang kat monkey. Bila monkey ambik dari tangan saya, ‘oh yela lembut je tangan dia.’ Hahahaha!



So bagi dorang kacang sampai habis, lepas tu terus gerak menuju ke pelabuhan untuk ke Gili Trawangan. 

Harbour – Gili Trawangan

Boat nak ke Gili Trawangan ni kami tak naik public boat sebab malas nak terkejar-kejar waktu nak ke pelabuhan. So ambik private boat, kenalan Jalal jugak. Mahal jugaklah. Harga boleh tengok dekat entry budget yang lepas.

Masa kami sampai harbour tu boat memang dah ada so tak payah nak tunggu-tunggu boat penuh ke apa. Naik boat terus gerak. Pakcik boat turunkan kami kat pantai depan hotel kami. Tak main stop dekat harbour Gili Trawangan noks. Depan hotel terus. Hehehehe.


So sampai hotel tu terus check in. Tapi malangnya hotel kami tak berapa nak best. Nantilah cerita lain pasal hotel ni. Petang sampai ke malam kami tak buat apa, berguling-guling aje atas katil. Hahaha.

No lah. Malam tu kami ada keluar, saja nak melawat kawasan. Tapi takde apa sangat. Mat salleh je ramai. Hotel kami dekat dengan harhour, depan pantai. So deretan hotel kami semua hotel dan restaurant dan bar. Kami jalan-jalan sikit lepas tu patah balik ke hotel. On the way nak balik hotel tu Kokay stop singgah beli kad / terup sebab kami kebosanan tak tau nak buat apa malam tu.

So balik hotel main kad sampai tengah malam. Hahaha. Takde life sungguh! Dah mengantuk, masuk bilik masing-masing, tidur!

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Lombok - Hotel Review

Untuk trip seminggu di Lombok ni kami stay di tiga hotel berlainan. Semua hotel ni kami book dari Agoda. Dan hotel yang kami book ni semua inclusive breakfast, sebab tu lah kalau tengok story Lombok series saya semua breakfast di hotel. So jimat dah di situ dan tak payah fikir or mencari breakfast dah everyday. Senangkan?

Lagi satu kalau nak book tu make sure cari yang free cancellation. Yela, in case tetiba rasa taknak stay hotel tu or itinerary berubah ke, takdelah kena cancellation charge or membazir duit kalau takleh refund after cancellation.

Kalau untuk aktiviti di Lombok actually orang prefer hotel di Senggigi sebab tempat-tempat tumpuan pelancong kan jauh-jauh like, two or three hours perjalanan, so Senggigi ni kawasan paling strategic sebab berada di tengah-tengah antara tempat-tempat tumpuan pelancong tu. Itu Jalal katalah, saya tak tau. Hehehe.

So ini senarai hotel yang kami stay for 7d6n :



Hotel Puri Senggigi

Ini hotel paling murah kami. Harga boleh tengok entry berkenaan preparation kami ke Lombok. Walaupun paling murah dan tak kelihatan mewah, hotel ni paling okay pada saya. Bilik luas, wifi laju, ada air panas, katil single + single yang selesa. Tapi lantai bilik dia berhabuk, almari nampaklah dah season, meja make-up pun nampak dah season jugak, nak charge phone or powerbank cuma ada dua options aje which is dalam toilet sebelah sinki or cabut plug tv, but hey, dengan harga yang dibayar sangat berbaloi lah for me.

Paling seram pun, masa tengah shower saya siram lantai sampai ke bawah sinki sebab nak bersihkan lantai, sekali keluar lipan dari lantai bawah sinki tu. Lepas tu saya siram-siram lagi bagi dia masuk balik bawah tu. Huhuhu. Masalahnya lantai tu warna hitam, susah nak nampak kalau lipan tu muncul lagi.

Breakfast dorang not much variety. Hari-hari kitorang makan nasi goreng. Hahaha. Tak kisahlah, harga murah kan, what do you expect. Yang penting kenyang dan tak mabuk dalam kereta. Dan table dorang hidangkan breakfast tu tak berapa nak hygiene. Kat meja kecik dia letak gula untuk kita buat coffee pun bersemut, sampai ke dalam balang gula tu ada semut.

Kami takde masalah dengan aircond sebab takde banyak masa pun nak lepak kat bilik hotel lama-lama. Pepagi dah keluar, malam baru balik. Balik pun terus tidur. Tapi selalunya kalau balik tu mesti terasa panas jugaklah dalam bilik walaupun kami tak off kan pun aircond tu 24 hours. Lepas mandi baru okay sikit, tidur pun selesa aje. Dan selalunya bangun pagi mesti menggigil kesejukan.

Overall, kami suka hotel ni. Berbaloi dengan harga. Will come back to stay here.

The Beach House

Hotel ni nak kata murah tak murah, nak kata mahal takdelah mahal gila. But rasa macam tak berbaloi dengan harga yang kita bayar. Bilik kecik, nak solat pun kat penjuru bilik. Toilet kami saluran airnya macam tersumbat so bila kita mandi air bertakung kot kat kaki. Lambat baru airnya surut. Walaupun kita sendiri yang mandi, tapi geli kot kalau dah bertakung macam tu. Bila report kat staff yang ala-ala manager tu, dia kata memang macam tu. Solutionnya, dia bukak penapis saluran tu. FYI, saluran tu kat tengah alam tempat kita step on during shower. Geli kot nak pijak lubang tu, dahlah hitam je rupanya.

Then toilet duduk dia takde pili dan takde bidet. Yang ada paip dalam washroom tu cuma shower dan sinki aje. Bagi orang yang lepas buang air main calit guna tissue aje oklah. Tapi bagi kami yang memerlukan air untuk bersuci ni, memang teruklah toilet tu. Solutionnya, saya taknak cerita. Kalau korang ada rezeki dapat bilik tu korang taulah acaner. Hahaha.

Lagi, masa kami sampai tu bilik kami tak dikemas lagi. Kami dah terpacak depan bilik baru dorang nak pisahkan tilam pasal kami minta single bed. Masa tu jugak baru nak tukar cadar, tuala segala bagai. Lantai bilik tu tak taulah dorang sapu dan mop ke tidak, agak berhabuk jugaklah.

Macam yang dalam entry Lombok day 6 saya, nak breakfast kena berhati-hati dan rajin bertanya kalau taknak termakan makanan yang tidak sepatutnya. Terkena kang menyesal tak sudah. Sebab kami hampir terkena. Malas nak cerita lagi, pergi cari entry yang lepas, saya ada cerita kisahnya.

Kat Gili Trawangan ni kan kami banyak habiskan masa dalam bilik, so memang tak puas hati sangatlah dengan condition bilik dia. But tilam dan batal agak selesa. Aircond bilik kami pun okay, sejuk je. Wifi pun laju. Banyak review yang saya baca pasal hotel kat Trawangan ni, aircond dorang macam tak fungsi, panas walaupun dah on paling rendah. Tapi aircond bilik lagi satu macam tak berapa nak sejuk kalau nak compare dengan bilik saya dan Nad.

Dan bilik lagi satu jugak ada pili air untuk toilet duduk dia. Air shower dorang tak bertakung macam kami. Masa sampai bilik dorang memang dah ready so dorang boleh masuk bilik terus, tak macam kami kena berdiri kat luar tunggu staff hotel kemas.

Lagi satu review saya ada baca, kebanyakkan tourist complain pasal tak boleh tidur malam sebab bunyi bising, mat saleh ramai berparty sampai ke subuh kat Gili Trawangan ni. Dua malam kami kat hotel ni, cuma satu malam aje saya ada dengar bunyi muzik berdentum-dentum, tapi tu sayup-sayup aje bunyinya. Tak kuat sangat pun. So still boleh tidur dengan nyenyak.

Breakfast dorang banyak option, so boleh melantak sampai kembung perut. and restaurant dorang dekat sebelah pantai. Syiok sikit, terasalah macam berada di pulau. Huahuahua.

Overall, okay but will not repeat to stay here anymore.

Sunset-House Hotel

Ini hotel paling mewah kami. Bilik dia memang nampak mewah sikit. Biliknya luas. Katil tilam bantal semua selesa. Cumanya kami dapat king bed, saya tak suka. Aircond pun okay. Breakfast pun okay, biasa-biasa aje. Cuma dorang breakfast ala carte.

Tapi, wifi dorang very bad! Super bad! Internet sangat penting okay untuk communication sebab kami tak roaming or beli simcard. Bila wifi connection asyik disconnected aje, mula hati panas. Bila hati panas, mulalah semua jadi tak okay.

Sebagai perempuan, cermin sangat penting okay. Tapi bilik dorang cuma ada satu cermin aje which is dalam washroom. Betapa tak selesanya nak make-up, pakai tudung, pakai contact lens dalam toilet.

takde apa sangat kot nak commect hotel ni sebab stay pun for one night only. Check in waktu dah gelap, check out pulak awal pagi.

Overall, memang takkan dah ambik bilik tu. Bilik lain for sure mahal, so will never repeat to stay hotel ni lagi.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

Lombok - Day 7

Lombok Trip
Day 7
Pink Beach - Tanjung Ringgit - Lunch - Airport

Pink Beach

As usual, started our day with breakfast di hotel. After that kami shoot ke Pink Beach dengan segala luggage and bag. Jauh gilak wey nak ke Pink Beach. Lepas tu jalan nak ke sana tu sangat teruk. Jalan berbatu, berlobang, pecah, etc. Kalau 4 wheels sesuai lah lalu jalan-jalan cenggitu. Ini kami naik Avanza je kot. Sengsara jugaklah duduk dalam kereta tu.

Tengahari kami sampai ke sana. Tapi kami takde main air pun sebab malas nak basah-basah nak shoot ke airport terus petang tu kan. So main panjat-panjat bukit kat sebelah pantai tu, ambik gambar sikit-sikit, then kami shoot ke Tanjung Ringgit terus.

 


Tak lama kami kat Pink Beach. Sebab panas gila kot masa tu. Actually ada je activity island hoping and snorkelling kalau ke Pink Beach tapi kami tak buat activity apa pun.

Tanjung Ringgit

Tanjung Ringgit ni tak berapa nak jauh dari Pink Beach. Takde apa sangat pun kat sini. Just lepak tepi tebing, then ambik gambar kat meriam peninggalan siapa tah kat atas bukit tu. Kami kena berjalan dan memanjat sikit kat sini sebab kereta tak boleh nak pergi jauh sangat, jangan tak okay sangat.





Masa kami sampai tu, still panas terik lagi. Memang seksa oi. Tak lama lepas tu cuaca makin mendung. Masa kami posing kat meriam tu angin sangat kuat tahap tak boleh bukak mata sebab habuk masuk mata. Sebab dah nak hujan, kami balik ke kereta. Sambal jalan tu sambal angin bertiup kuat, syiok ar, sebab sejuk sikit. Hehehe.


End of Activity

Then kami terus shoot keluar dari kawasan hutan tu, heading to airport. Dalam perjalanan, which still dalam kawasan hutan yang jalannya sangat teruk tu, tetiba orang belakang (saya duduk depan sebelah driver) said, “Oo oo.” Then Jalal pun said, “Oo oo” jugak. Saya blur, amende yang oo oo nya? Sekali saya pandang depan, ‘GULP!’ Pokok tumbang melintang blocking jalan.

Saya memang risau masa tu, takut tak sempat sampai airport. Yela, dah lah jauh. Jalan pulak teruk macam tu, memang tak boleh nak speed langsung. Tetiba ada pokok tumbang pulak. Dalam kepala asyik berputar-putar angka je, bila boleh sampai airport, bila kena check-in, etc.

Terus Jalal keluar kereta settle kan pokok tu. Yan dengan Kokay tolong sekali. Saya dengan Nad? Duduk dalam kereta aje jadi MEM besar. Hahaha. Dorang dok patahkan ranting-ranting pokok tu dulu. Then dorang tarik pokok tu sampai batang dia patah. Pastu tolak ke tepi jalan. 

Yang tak boleh belah masa dorang dok tarik pokok nak patahkan batang pokok tu, saya nampak Kokay dengan Jalal kot macam terjatuh masa batang pokok tu patah. Tapi tetiba Yan buat gaya macam tengah menanggung azab. Honestly saya memang tergelak masa tu. Kesian tu kesian, tapi kelakar weh Yan masa tu. Sempat jugaklah saya snap gamber kelakar Yan tu. Hahaha. 


Memang orang lain yang jatuh, tapi perut Yan yang senak kena batang pokok tu. Pokok tu macam terlibas balik ke perut Yan. Saya dengan Nad keluar dari kereta meninjau keadaan sekejap aje, tak mampu nak membantu apa pun. Hahaha.

Dah clear jalan tu kami pun teruskan perjalanan. Dah nak sampai airport tu kami stop sekejap kat restaurant nasi padang dekat-dekat aje dengan airport. Lunch sekejap. Actually masa sampai airport tu masih awal lagi. Alhamdulillah sempat sampai.

So after lunch, terus ke airport. Since kami sampai awal, kami just lepaking jelah kat airport tu sampai waktu masuk for check-in, kami check-in. Then fly off back to KL. 

Goodbye Lombok! Sobs!

But dalam airplane malam tu, ergh! Bising! Adalah gang makcik-makcik minah-minah mana tah (Malaysian) bising gila! Cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat, macam diorang aje yang bayar untuk flight tu! Bayangkan, dari mula naik sebelum fly lagi dorang bising sampai dah landing pun bising jugak. Bayangkan, for the whole 3 hours dorang memekak. Tak ke annoying tu.

Anyway, alhamdulillah selamat sampai back to KL and the holiday was very satisfying. Well, not really satisfying sebab tak boleh nak cover banyak tempat walaupun stay for a week. Hehehe. We need longer vacation kalau nak cover the whole Lombok.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Monday 18 April 2016

Lombok - Day 6

Lombok Trip
Day 6
Gili Trawangan - Gili Layar - Lunch - Gili Rengit - Dinner - Hotel di Senggigi

Gili Trawangan

Hari ke-6 ni kita mulakan dengan breakfast di Gili Trawangan around 8 am. 830 am jalan kaki je pergi harbour (tak sampai 5 minit pun) sebab pakcik boat dah tunggu kat sana. Sampai je harbour mainland Lombok, Jalal dah tunggu kat sana. Nak kereta, terus shoot ke rumah Nemo untuk ke Gili Layar.


Gili Layar

Sampai rumah Nemo kami terus naik boat Nemo menuju ke Gili Layar. Lebih kurang sejam jugaklah dalam boat baru sampai. Sampai Gili Layar mula-mula sekali mestilah snorkelling! Cantik ooo karang kat sini. Tak tipu! Kalau tak percaya, pergilah sendiri. Hehehe.

Tapi sama macam kes yang kat Gili Nanggu on the 2nd day tu la. Semua kecut nak ke tengah laut. Hahaha. So Nemo dengan Jalal lah jadi mangsa kena tarik kami ke tengah. Tapi bila sampai tengah tu, tak pedulik dah Nemo kat mana, Jalal kat mana. Bajet pro je. Hahaha. Seronok aje berkeliaran atas air tu. Bawah pun cantik.






Masa kat Gili Layar ni dah bajet pro. Life jacket rasa macam longgar, pusingkan badan menelentang mengadap langit, bukak tali life jacket, ikat balik bagi ketat. Bila rasa penat je mengadap bawah, pusingkan badan mengadap langir pulak, pastu bukalah snorkel tu. Terapung jela atas air.

Dah puas snorkelling, perut pun dah minta makan, kami memasak pulak. Yep! Kami masak sendiri kat Gili Layar. Bakar ikan jela tapi, nasi dengan sambal Nemo dah prepare dari rumah. Tapi kami tak masak pun, Jalal dengan Nemo yang handle ikan-ikan tu. Hehehe. 




Kami sambung berendam kat tepi pantai, dekat-dekat je dengan tempat memasak tu. Si Kokay sibuk nak belajar apungkan badan dengan Nad. Aku pulak syok main apungkan badan sendiri-sendiri je dengan bantuan life jacket. Hahaha. Walaupun masa tu tengahari, kami memang gagah berjemur. Yan pulak, duduk je tepi pantai jadi pemerhati kitorang. Dia phobia skit dengan air. Kuikuikui.

Nemo dengan Jalal dahnak siap masak, kami pun naik. Tengok sikit-sikit acaner dorang bakar ikan tu. Dah siap tu, makan ar apa lagi! Sedap wey! Tak tipu! Menunya, nasi putih + ikan bakar + sambal aje. Tapi, pergh memang terangkat! Lagi sedap dari kedai punya. Padahal saya ni spesis makan nak kena banyak kuah dan ada sayur. Tapi hari tu walaupun takde kuah, takde sayur, tetap puas gila makan!

Wajah yang sangat sememeh

Sesi masak-memasak ni memang Jalal dengan Nemo yang invent sendiri. Tak tau lah kalau ada guide lain yang buat macam dorang ni jugak.

Lepas makan kami kemas-kemas sikit pastu naik boat balik. Stop sekejap kat gili bersebelahan dengan Gili Layar.

Gili Rengit

Nama jiran Gili Layar adalah Gili Rengit. So, snorkelling lagilah kat gili ni. Kat gili ni pun cantik wey underwater world dia. Tak yah pergi ke tengah laut sangat pun dah cantic, apatah lagi kalau ke tengah. Tapi memang tidaklah kan kami ni nak ke tengah. Hehehe.





Snorkelling puas-puas kat sini, sampai awan mendung masa tu. Dah agak nak hujan tu kami pun naik boat dan gerak balik ke rumah Nemo. Petang jugak dah masa tu. On the way nak balik tu hujan pun turun. 

Tapi yang amazing sangat tu, kami kan di tengah laut. Hujan tu kami boleh tengok dia turun kat area mana aje. Yang lagi amazing masa nak sampai rumah Nemo dah kot masa tu, kami berada di tengah-tengah antara hujan dengan tak hujan. Kiri kami hujan, kanan takde. Okay, agak batak dan jakun di situ. Huahuahua. Kalau dah hujan tu, mestilah sejuk. Memang syiok sangat angina masa tu.

Jalan-Jalan Cari Makan

Sampai rumah Nemo, kami pun mandi-mandi bersihkan badan sikit, lepastu terus gerak balik. Masa sampai Senggigi tu agak awal lagi. So Jalal bawak kami cari terang bulan dengan apatah lagi nama makanannya. Kami tapau aje. Lepas tu Jalal hantar kami ke hotel dulu, check-in, dan rest sekejap. Lepas solat maghrib, kami makan makanan yang kami tapau tu. Bendanya kalau kat Malaysia adalah apam balik dengan murtabak. Hahaha. Ingatkan apalah.

Lepas tu kami siap-siap nak keluar balik. Jalal dah tunggu kat hotel. Jalal kata nak bawak kami dinner mee ayam, kawan dia punya. Kami okay je. Tapi malangnya kawan dia tak bukak kedai kot malam tu. So kami makan mee ayam tempat lain. Lepas mee ayam, naik kereta jalan-jalan ternampak gerai apatah. Tapi kat Malaysia macam ABC tu ha. Makan tu pulak. Lepas tu naik kereta balik, then stop kat tepi jalan pulak pasal ada orang jual durian. So makan durian pulak. Hahahaha.

Malam terakhirkan, masa tu je ada masa nak merasa carik makan. Tapi ralat jugak tak dapat rasa satay dorang. Member kata sedap noks! It’s okay. Next trip ke sana pasti akan cari sampai dapat!

Lepas activiti makan-makan tu kami pulang ke hotel dengan perut yang besar! Hahaha. That’s how we spent our last night in Lombok.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Sunday 17 April 2016

Dream and Hope

Let me dream another same dream
And please let my dream comes true.

Knowing that the dream is hopeless
Still I am hoping that it will turned to be reality
Someday.

Have faith
If it meant to be it will be.

But
When the time comes for me to stop dreaming and stop hoping
Please help me get through all the stumbles.

Oh my Lord
I put my trust in You.

X X X

Tips Untuk Survive di Gili Trawangan

First of all, tips ni untuk orang yang nak jimatkan cost. Secondly untuk muslim.

Satu
Bagi korang yang nak buat activity, banyak je option sebenarnya. Dorang ada jual package activities kat sana, ala macam kat Krabi tu. Pilihlah mana korang nak. Kami memang takde plan nak buat any activities masa kat sana. That’s why lah banyak tidur aje. Hihihi.

Dua
For Muslims, makan agak tidak senang. Sebab Trawangan ni ramai mat salleh. Faham-fahamlah dorang punya lifestyle macam mana kan. So bila nak makan tu pastikan survey dan rajin bertanya untuk mencari yang halal.

Kami pun ada terkena masa nak breakfast kat hotel tu. On the way nak ke hotel punya restaurant tu ada staff hotel tegur kami. Dah alang-alang dia tegur, saya tanyalah which side makanan halal. Sebab masa check-in tu receptionist ada inform, masa breakfast tu tanya dulu mana yang halal. Then staff tu kata semua halal. Bila dah sampai kat tempat makanan tu dihidangkan, adalah staff-staff friendly yang jaga makanan kat counter tu. Mulut yang selalunya berat ni tah kenapa ringan aje nak bertanya. So tanyalah staff yang jaga makanan tu mana halal, mana tak halal. Surprisingly, staff tu jawab, “Semua halal kak, kecuali yang ini (dia tunjuk dish yang bertutup). Ini jangan dibuka.” Masa tu tangan saya dengan Kokay memang dah buka cover makanan tu. Terus kami tutup balik.

Can you imagine what would happened kalau kami percaya je cakap staff yang first kami tanya tu? Ergh. Geli.

Tiga
For those yang nak jimat or muslims yang stay kat sana tak lama macam kami, better bawak makanan dari mainland Lombok. Sebab segala yang ada di Gili Trawangan tu adalah lebih mahal dari mainland. Even air mineral pun kami beli siap-siap sebelum sampai harbour nak ke Gili Trawangan tu pasal nak jimat. Hehehe. Then kami beli maggi cup cukup untuk kami hidup sehari kat Trawangan, sebab tau malas nak cari makan dan nak jimat sangat kaedahnya. Sebab tu lah sanggup tak mandi nak kejar breakfast tu. Dan waktu breakfast tu, makanlah banyak-banyak! Kahkahkah! 

Empat
Beli air mineral banyak-banyak dari mainland. Sebab pertama, kat mainland murah sikit. Sebab kedua, air paip kat Gili Trawangan tu masin ok. Kalau korang masak pun air tu tak taulah korang mampu ke tidak nak telan. Tapi bukanlah masin tahap air laut tu. Just masih boleh rasa kemasinannya tu. Nak gosok gigi pun terasa geli. As I cannot drink any drinking water, I always need and always have mineral water with me. Or else, memang takkan minum air kosonglah jawabnya. Kalau korang on leisure travel / holiday, I am sure you won't have to worry spending much money on anything, so okay lah, no need to prepare anything prior to the day.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Lombok - Day 5

Lombok Trip
Day 5
Gili Trawangan (Free & easy)

Gili Trawangan

Okay. Motifnya lepak Gili Trawangan ni adalah untuk chilling and lepaking aje. Malam semalam tu kan dok main kad sampai tengah malam, so pagi di Trawangan ni haruslah bangun lambat! Hahaha. Qada’ tidur hari sebelum-sebelum tu yang kena bangun pagi-pagi.

Dalam pukul 930 am ke 10 am camtulah kami keluar dari bilik, tu pun pasal nak kejar breakfast. Breakfast hotel sampai pukul 11 am aje. Kalau tak sebab breakfast tu, rasanya kami takkan bangun sampai petang. Bangun breakfast tu pun tak mandi nox! Gogok gigi, cuci muka aje. Hahahaha!

Lepas breakfast, kami masuk bilik balik. Sambung tidur dan guling-guling atas katil sampai petang. Kekeke. Petang dalam pukul 4 pm camtu kot, baru kami kelaur. Sewa basikal hotel then kayuh sampai ke Ombak Sunset. Motif kayuh ke Ombak Sunset tu mestilah sebab swings yang dipacak dilaut itu!



 Tapi waktu tu sun tak berapa nak set lagi. Still cerah. Air laut pun surut masa kami lepak sana. Boring nak tunggu air naik and sunset, kami bergambar ajelah dengan view yang ada. Sebab kalau tunggu sunset memang akan makin ramai orang. Kena Q tu yang leceh tu. Buang masa. Pastu sambil-sambil nak tunggu turn tu, sun dah terbenam, gelap aje yang tinggal. Sampi turn kita, gelap aje gambar. Kan rugi tu. Rugi ke? Hihihi. So biarlah terang dari gelap, ye tak?





 Lepas bergambar kat swing tu, kami kayuh pulang ke hotel. Tapi on the way nak balik tu, sun dah nak set. View dah makin gelap. Kami stop dekat kawasan pantai yang tak ramai orang. Lepak-lepak again, bergambar lagi. Gelak-gelak, jerit-jerit, pastu sambung kayuhan.



 Then, kami stop lagi kat pantai yang lain. Okay. Serous tak tipu, kat pantai ni masa tu memang cantik sangat viewnya! I don’t know lah kalau in a bright day macam mana view nya tapi masa sunset tu memang superb cantik! The scenery was really, Subhanallah. Langit dan laut berwarna biru, putih, purple, orange.






Kat pantai ni pun tak ramai orang jugak. Semua orang busy kayuh basikal agaknya, tak teringin nak stop kat pantai-pantai yang tepi jalan tu. Hehehe. Dah puas dengan scenery tu, hari pun dah nak melabuhkan tirainya, kami kayuh terus sampai ke hotel. Jalan dia bukan ada lampu jalan pun. So baik kayuh waktu tengah still ada cahaya.

Masa mengayuh nak balik tu, saya menangis kot. Mata pakai contact lens kan mudah kering. Bila kayuh tu kan angin deras, memang kering mata. Plus, habuk pulak bersepah-sepah masuk mata. Mau tak nangis wey! Kayuh sambil mata take turn pejam-pejam, sambal mengalir air mata. Huhuhu. Sedih sungguh jadi orang rabun ni nox.

Lepas tu kami lepak bilik aje sampilah keesokkan harinya.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang