Wednesday 16 October 2019

Semporna

So we finally made it to Semporna and the nearby islands! Wehhuuuu! Semporna and the nearby islands are safe guys!

Mula-mula kami utarakan idea nak pergi Semporna ni memang takut nak proceed sebab all the pirate and kidnapping news.  Tapi kawan-kawan advised semua macam okay je dan tengok gang FB BBM pun ramai yang pergi, so kami take a risk lah. Alhamdulillah semua selamat.

Fact yang aku baru tau a few days before fly was that Semporna ramai gila Chinese tourist from China. Unexpected. Berbulan baca macam-macam trip/cerita orang ke Semporna tak ada satu pun yang bercerita pasal this fact (ke aku je yang tak jumpa?). Sampai island/tour guides di Semporna mostly (or maybe half of them) boleh speak in mandarin. *claphands*

Disebabkan kami tak prepare apa sangat untuk ke Semporna ni sebab masing-masing malas nak arrange/organise, kami spend untuk flight ticket and ground package (inclusive all) terus.

Flight ticket macam biasalah, grab masa free seat promo tapi takdelah dapat murah gila-gila sebab kami book pun lambat dah masa tu. Nak book ticket ni pun ada behind-the-scene story. *sigh* Yan boleh hilang pulak masa kami nak confirm kan date. Aku kat depan PC dah key-in kami punya personal detail untuk proceed to buy the ticket, tapi dia tak confirm kan lagi dia ok ke tak. Whatsapp tak reply, call tak pick-up. Sampai aku kena post kat FB buat announce cari dia. Hahahaharei betul. Rupa-rupanya dia hilang p main futsal. *sighagain* In the middle of a discussion baiii dia boleh tinggalkan kami p main futsal.

Settle flight ticket kami usha island packages and hotel pulak. Hotel banyak betul yang dah fully booked. Make sure book cepat-cepat. Ended up kami book homestay sebab rumah tu ada washing machine, senang nak basuh baju so tak perlu bawak baju banyak dan rumah pun takdelah jauh sangat nak ke jetty. Kiranya kami tak ambil package yang sekali dengan accommodation. Kononnya nak cari package for island activities sahaja.

Rasanya sebulan sebelum fly kot, kami cancel homestay yang kami booked tu sebab terasa macam nak ambil package yang dah include semua pulak. Malas nak book benda banyak-banyak. Brother homestay tu contact aku tanya kenapa cancel booking, etc. Maka aku pun ceritalah yang kamini sebenarnya tak decide apapun lagi on activities, accommodation, etc. Booked homestay tu sebab takut semua accommodation yang dekat dengan jetty fully book je. Then brother tu cakap dia pun ada buat package juga. Makanya kami pun decided untuk ambik jela dengan brother tu. Senang, takyah fkir dah. Package brother tu dah masuk semua accommodation, airport transport, jetty transport, jalan-jalan transport, breakfast, lunch, dinner. Setakat ni itu je yang aku boleh fikir apa  yang termasuk dalam package brother tu. Kalau aku teringat lain-lain kang, aku tambahlah.

Yang kelakarnya member-member aku ni kan, brother tu ajak p jenjalan (e.g. Bukit Tengkorak), depa boleh taknak baiii. Adoiiii. Takkan aku nak pergi berdua dengan brother tu pulak, kan. Dinner yang brother tu bawak kitorang semua okay kecuali day 3, nanti aku cerita lain.

So overall, masa kat sana kami memang tak keluar duit langsunglah. Tapi korang boleh boleh jimat lagi kalau dapat package yang lebih murah.

Total lost for 5d4n:
1. Return flight = RM298.00
2. Package = RM850.00
Total amount = RM1148.00 per person

Semporna Series:

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang