Wednesday 16 October 2019

Semporna Day 2

First day island tour kami pergi Bohey Dulang dan Sibuan.

Hari tu, somehow, kami kena naik boat dari jeti awam. Pergh! Terseksa wei! Kotor satu hal, jeti macam nak roboh satu hal, orang merokok bersepah-sepah satu hal. Adoiii. Dahlah lama gila menunggu kat situ. Tak tau apa masalahnya. Katanya tunggu lagi satu group tak sampai. So sila hormati waktu ya everyone.

Okay. So, buat apa je kat Bohey Dulang? Hiking bukit untuk dapatkan view dari atas bukit tu. Honestly, to me hmmm biasa-biasa aje view kat atas tu, takdelah WOW sangat. Tak naik pun okay je. Then bergambar jelah kat jambatan jeti nak ke pulau tu. Cantik ooo gambar kat jambatan tu. Haha.







Lepas Bohey Dulang sepatutnya pergi Mantabuan, tapi terpaksa skipped sebab air surut katanya, so tak boleh parking boat kat pulau. Betul ke tak betul air surut tu, tak taulah.

Kami pun beredar dari Bohey Dulang dan bergerak ke tempat snorkelling. Snorkelling ni kat tengah laut. Tak tau nama tempatnya. Masalahnya kan, masa tu ombak agak kuat jugalah. Aku pulak adalah manusia pertama yang terjun dari boat sebab excited sangat dah nak terjun. Makanya, the moment aku timbul lepas terjun tu, aku angkat je kepala pandang boat mencari member-member aku, boat tu dah jauh. Hahaharei betei. Sampai sekarang aku mushkil, aku ke yang dibawa arus atau boat tu yang dibawa arus? Kami sempat bergaduh dalam boat lepas snorkeliing tu pasal ni. Haha.

Sebelum terjun tu, guide dah cakap, “jangan tanya kenapa snorkel ni masuk air sebab dia memang akan masuk air.” Aku pun macam…hmmm…aku p snorkelling sebelum-sebelum ni elok je tak masuk air. So aku tak peduli sangatlah dengan kata-kata guide tu. Masalahnya the moment aku try to snorkelling, snorkel aku terus masuk air. Makanya tertelanlah aku air masih dan hanyir ittew. Yucks! Nak muntah aku! Pastu terus confident level aku menjunam. Spoil gila! Terus tak jadi nak snorkelling. Aku cuba berenang balik ke boat dengan dada ke atas (tak boleh berenang dada ke bawah & benam muka sebab dah tak confident dengan snorkel tu) tapi susah gila sebab ombak kuat. Sampai lembik aku dibuatnya. Maka member aku pun datang menyelamatkan. Menyelamatkanlah kononnya. Ceh! Haha. So member aku tu lah yang menarik aku kembali ke boat. Tapi tu pun jenuh wei dia nak tarik aku. Ended up dia pun give up nak selamatkan aku. Dah dekat dengan boat tu, dorang baling pelampung dan tarik aku ke arah tangga boat. Selamatlah aku masa tu. Haha. Lepas tu masing-masing pun berpakat naik ke boat dan bergeraklah kami ke destinasi seterusnya.

Teruslah kami shoot ke Sibuan dari Bohey Dulang tu. Kat Sibuan ni memang boat park tepi pantai, so sesiapa nak berjalan ambil gambar boleh, nak snorkelling tepi-tepi pantai pun boleh. Tak ada buat apa sangat pun kat sini. Boring jugalah.



Lepas tu semua naik balik boat dan bergerak ke tengah laut sikit untuk snorkelling. Kat sini air tenang sikit. Makanya tenang jugalah aku nak snorkelling. Haha. Kat sini kemain galaklah aku melompat dari boat. Aku ni gian nak melompat je sebenarnya, bukan nak snorkelling sangat pun. Gagah wei aku berenang panjat boat dan melompat semula. Penat baq ang! XD Tapi puas gila!



Lepas snorkelling tu, bergeraklah kami pulang dalam pukul 3:00pm macam tu kot. Port lunch day 2 ni aku tak ingatlah. Rasanya makan dalam boat masa dah sampai Sibuan, tapi sebelum turun jejak air. Makanan semua dah siap packed in a tupperware. Yang pasti day 2 ni lunch tak habis sebab tak lalu makan. Maybe sebab dah penat nak selamatkan diri masa first terjun tu. Haha.

Petang tu bro owner rumah aka package arranger kami tu ajak keluar p Bukit Tengkorak. Tapi member aku ni semua tengkorak! Pemalas! Maka kami tak pergi mana-manalah. Lepak rumah basuh baju, tidur, tengok TV. Malam tu kami pergi Tanjung Parapat for sunset (kata bro tu – tapi aku tak jumpa pun sunset) dan dinner. Huiiii dinner malam ni puas hati oooo! Masyuk!





Lepas dinner, balik rumah lepak tengok TV dan main daun terup. Haha. Daun terup tu activity kami masa di Gili Trawangan, Lombok sebab itinerary kami kat situ free and easy. Sajalah standby daun terup gak kat Semporna ni untuk mengisi masa lapang. Done lepak, tidur!

Semporna Series:

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang