Wednesday 16 October 2019

Semporna Day 3

Second day island tour kami ke Timba Timba, Mataking dan Pom Pom.

Kali ni naik boat dari jeti yang dekat dengan Mydin Lounge pula. Berjiran dengan jeti pelancongan. Okay lah. Tak ramai orang and less pollution sebab bukan tempat awam rasanya jeti ni. Hari ni naik boat lain, guide lain, gang boat pun lain.



Dari jeti tu kami stop by di Egang-Egang resort to pick-up another group yang stay di situ. Lama juga menunggu depa. So kami decided untuk keluar dari boat dan bergambar dulu di resort tu. Tak masuk pun, just kat jambatan tu je. Tapi dapat jugalah gambar cantik kat situ. Then shoot terus ke Timba Timba.





Di Timba Timba ni kami masuk pulau kejap for photos. Kat pulau ni lah kami jumpa sampan jernih yang famous tu tapi kami tak bergambar pun dengan sampan tu. Tapi masa dah nak gerak tu sampan tu ada kat sebelah boat kami dan takde orang jaga pun. Maka group budak lelaki yang 1 boat dengan kami ni buat harta sendiri for photos dan video. Selamba badak dorang je. Haha. Tapi aku ada dengar guide boat kami kata dorang dah sewa sampan tu untuk kitorang bergambar. Entahlah. Then kami snorkelling kat tengah laut berdekatan pulau tu. Ombak tak teruk sangatlah compared to hari semalam tu. Dan seperti semalamnya juga, aku adalah manusia pertama yang terjun dari boat. Haha. 



Kat sini, aku baru nak belajar cara hembus air yang masuk snorkel sebab snorkel yang dorang bagi tu masuk air juga. Kiranya dah confident lah awalaupun snorkel masuk air. Maka aku tenang sikit snorkelling kat sini. Yang kelakarnya, tak lama lepas snorkelling tu, aku rasa life jacket aku longgar, so aku berenang ke boat kononnya nak naik sekejap untuk ketatkan life jacket. Sekali dah dekat dengan boat, driver boat cakap, “sekejap eh, tunggu kejap, nanti saya datang balik.” And I was like…okay…kejap je lah tu… Sekali, lama daaa! Petrol habis, pergi topup entah kat mana. Haha. Masa ni 10 orang kat tengah laut terkapai-kapai bersama 1 guide. Pelampung bulat dorang dah turunkan sebelum boat blah. So 10 orang ni berpaut pada pelampung yang 1 itu. Haru betul. Haha. Mula-mula aku dan beberapa orang je berpaut pada pelampung tu, then maybe masing-masing dah penat kayuh sendiri tetiba semua dok pakat berpaut kat pelampung tu. Adoiii. Pelampung tu guide yang sorang tu tarik dengan tali kat depan. Dia cuba menarik kami ke pulau Timba Timba tu. Disebabkan guide tu sensorang tarik kami yang ramai ni, maka adalah yang bijak pergi berpaut pada tali yang guide tu pegang. Tapi tak taulah depa tolong tarik ke saja nak barpaut kat situ sebab pelampung dah sesak gila! XD



Tak lama lepas tu boat kembali dan masing-masing terus naik boat. Penat! Haha. Then terus gerak ke Mataking for lunch. Uiii hari ni, habis wei lunch aku makan. Haha. Kat Mataking kami turun ke pulau, lepak tepi pantai tu je for lunch. Then ambil gambar kat signboard Mataking. Tu je activity kat situ. Lepas makan tu snorkelling lagi dekat-dekat dengan Mataking tu. Dah penat, masing-masing start naik boat. Then guide boleh pulak tanya, “macam mana? Mau ke Pom  Pom ka mau balik ka?” Huish gila kau tak mau pergi Pom Pom?! Dah alang-alang sampai situ kot. Maka aku dengan penuh semangatnya menjawab, “kita pergi Pom Pom!!!!!!” Dengan itu, bergeraklah kami ke Pom Pom. XD




Dalam 2 hari snorkelling ni aku rasa Pom Pom yang paling cantik. Tapi…hmm…Lombok hari tu lagi cantiklah. Anywaysss, kat Pom Pom ni lagi sekali, puas melompat! Wehhuuuu! Kami tak turun kat pulau, cuma snorkelling berdekatan pulau je. Ombak sangat cooperative masa tu so semua pun ber-snorkelling dengan aman dan tenteram. 

Syok juga group boat ni. Group kami 2 lelaki 2 perempuan, ada 1 group 5 lelaki dan lagi 1 group 2 orang perempuan. Semua okay tak kekwat. Dalam pukul 3:00pm plus macam tu, kami bergerak pulang.

Petang tu macam biasalah, aktiviti kami basuh baju, tidur, lepak kat rumah je sementara tunggu waktu keluar for dinner. Malam ni kami makan di pasar malam. Ini je makan yang macam tak berapa nak best sebab pasar malam kan, what do you expect? Pasar malam dia pun tak besar. So tak banyak option pun makanannya.

Lepas makan, lepak-lepak kat rumah je. Then tidurlah! Aku tidur awal kot 2 malam last sebab mata I cannot tahan ooo. Depa 3 orang dok melepak kat bawah tengok movie kot.

Semporna Series:

 X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang