Monday 30 April 2018

Perhentian Island - Day 3

Hari ketiga dimulakan dengan mandi dan breakfast dan terus shoot ke jetty untuk snorkelling di Rawa Island pula. Ni Rawa Terengganu punya tau, bukan Johor punya. Disebabkan kami berdua je yang ambik aktiviti ni makanya boat yang datang pun kecil, tapi selesa sebab kami berdua aje.

Seperti hari kedua, kami takda pegang phone ataupun camera semasa aktiviti. So no photos for third day activity as well. Sobs!

Tapi kejadian yang tidak disangka berlaku. Masa tengah syiok meninjau-ninjau ke dasar laut tu, a few times jugaklah I angkat kepala dan telentangkan diri mengadap langitlah kiranya. Entah macam mana sampai satu tahap tu, memang nak muntah. Tapi tahan dan I fikir mainan perasaan aje tu. Ended up, memang I muntah betul tak lama lepas tu. Mula-mula muntah sikit. Kali kedua tu terus muntah banyak. Imagine, kita selalu muntah tertunduk nak bagi muntah tu keluar, kan? Ini dalam air nak tunduk tang mana? Tegak dalam air tu muntah keluar. Ergh!

Masa naik boat tu memang tak mabuk langsung. Sebelum naik boat pun dah makan ubat tahan muntah. Tapi rasanya sebab ombak kuat dan air sangat bergelora kot menjadi puncanya. Tak pun masa breakfast tu I makan tak kenyang. Tak pun malam sebelum tu I makan benda yang tak sepatutnya I makan. Kalau snorkelling, kepala tunduk, I okay. Tapi the moment I angkat kepala terus rasa loya. Selalu kalau mabuk I memang akan tunduk. Kalau I tegak, confirm terus uwekkk! Susah jadi species mudah mabuk ni. Naik kerata 15 minit pun boleh mabuk kalau tak kena gaya. So sad!

Yang kelakarnya masa kejadian muntah tu I memang stop kat tempat yang banyak ikan. Masa first muntah tu I dah rasa ikan berkerumun makan muntah tu. I lari jauh sikit. Lepas tu baru muntah kali kedua yang banyak tu. Masa tu, lepas je muntah I terus cabut lari sebab ikan banyak gila berkumpul sampai I boleh rasa I berlanggar dengan ikan-ikan tu. Scary! Padahal masa I lari tu masih ada rasa nak muntah. Cik Senah kata, ramai orang berkumpul kat tempat muntah I tu sebab banyak ikan berkumpul kat situ, dorang nak bergambar. Kahkahkah!

Lepas tu terus I ajak cik Senah naik boat and move to the next pit stop dengan harapan ada land di pit stop tersebut tapi malangnya pit stop tu di tepi pulau batu kecil yang tiada pantai. Budak boat tu tanya, I nak turun kat pantai ke? Kalau nak turun ke pantai dia nak pergi ke pulau yang sebelahnya tu. I pun terus, ‘yes please’ lah. Tak sanggup rasanya dilambung-lambung ombak masa tu.

Terus I lepak kat batu tepi pantai tu. Cik Senah bergumbira sensorang di laut tapi dia tak berani pergi jauh sebab tak ada teman. Lepas Cik Senah naik pantai, kami lepak-lepak dulu. Datang dua orang mat salleh macam nak set-up tempat untuk santai & bbq kat situ. Tak lama lepas tu mat salleh yang lelaki datang kat kami dan offer drinking water kat kami. Maybe dia tengok kami nampak sangat kasihan, serupa pelarian. Hahaha. Muka I memang sememeh habislah masa tu, dengan terbakarnya, dengan muka menahan muntahnya. Tapi malangnya kami terpaksa menolak pelawaan dan niat baik dia sebab kami jenis yang tak minum drinking water. Lagipun masa macam tu, mana ada rasa nak minum ke makan ke, dan memang tak ada rasa nak buat apa-apapun.

Lepas tu kami naik boat dan ajak budak boat tu balik. I kesian gak kat Cik Senah sebab tak dapat snorkelling puas-puas hari tu. I sendiri pun ralat gila tak dapat enjoy snorkelling masa tu. Sobs!

Sampai bilik kami mandi dan menuju ke Ewan’s place for lunch. Lepas lunch lepak bilik je. 

Petang tu kami sunset hunting lagi. Tapi kami keluar awal sikit dari semalamnya. Dan hunting sunset kali ni kami menuju to the opposite side of the beach dari yang semalam. Means, sebelah resort kami je. Hahaha. Sebelah resort kami is Shari-la Hotel. Shari-la ni paling dekat dengan jetty sebab nak pergi jetty memang kena lalu depan dia. Rasanya dekat 2 jam jugak kot kami lepak kat situ petang tu. tapi hari ketiga ni matahari agak terik. Hari first dan second tu mendung je. I love that kind of weather.




Kat hujung Shari-la ni memang ada port for better sunset actually. Tapi macam malas nak elaborate kat sini. Korang pergi je sana tengok sendiri. Memang the best place for sunset. Ada gang minah salleh lepak turun kat batu tepi tu sampai matahari terbenam. Kami nak turun bergambar pun tak jadi sebab depa ada. Kang depa masuk frame, semak gambar kami aje.




Dalam pukul 7pm tu kami jalan-jalan lagi tepi pantai sambil usha-usha nak makan apa for dinner. Cik Senah kata kat tempat sunset semalam macam best for bbq dinner. Kami pun berjalan sampai hujung tapi maybe dorang belum ready sangat to open for dinner kot, so macam tak nampak apa yang menarik.

Kami decided untuk patah balik ke Shari-la sebab dorang ada buffet bbq RM25/pax dan dorang memang dah ready for business masa tu. kami pulak memang tengah lapar walaupun baru pukul 7pm plus. Sebab dah lapar gila dan malas nak berjalan mencari makan, kami decided untuk makan kat situ je. Tapi makan tak best. Bbq korang boleh pilih nak ikan, ayam, atau sotong. Pilih satu item je per pax dan tak boleh refill bbq tu. Tapi makanan lain boleh refill. Tapi malangnya makanan lain tu tak sedap dan tak banyak option pun. Even bbq dia pun tak sedap. Not woth it. Baik makan nasi gorang + sup sayur ayam kat Ewan’s Place lagi sedap. Harga sama  je.

Lepas dinner kami kami balik bilik, packing baju, dan tidur!

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang