Wednesday 16 October 2019

Semporna Day 4

Island tour day 3 kami pergi Mabul & Kapalai.

Hari ni kami naik boat dari jeti pelancongan. Again, lama juga menunggu. Nasib baik jeti pelancongan ni bersih dan kurang sikit pencemaran sebab jetinya besar sikit dari jeti awam tu.

Naik boat terus shoot ke Mabul. Kat Mabul kami turun kat mana entah nama tempat tu.






Then dari situ kami kena berjalan menyulusuri perkampungan / perumahan dan sekolah untuk menuju ke Mabul Water Bungalows. Tak ada buat apa sangat pun kat situ just untuk gambaer aje. Kalau nak masuk kena bayar. Kami tak masuk pun, just ambik gambar di jambatan luar je.







Selesai ambik gambar, kami naik boat dan bergerak ke tengah laut sikit (still dekat dengan Mabul water Bungalows tu) untuk snorkelling. Tapi kat sini, pergh, ombak kuat bai. Memang tak terlawan dek ombak tu. Letih gak berenang melawan arus sebab taknak jauh dari boat, tapi memang tak boleh dekat dah dengan boat tu. Last-last kami give up je dan naik berehat kat pelantar yang memang disediakan kat situ. Then boat datang ke arah kami dan sekali lagi kami kena berenang ke arah boat tapi kali ni memang kami berenang mengikut arus, so takdelah pancit sangat. Honestly kat sini tak cantik pun. Air sangat-sangat keruh dan tak ada coral pun sebab air dalam.

Selesai Mabul, kami gerak ke Kapalai. Sampai Kapalai kami lunch dulu atas boat. Kat pulau ni tak turun jejak pulau pun. Boat just berhenti dekat-dekat dengan resort atas air kat situ dan kita snorkelling kat situ. Kat sini air tenang. I love air yang tenang. Haha. Kat sini jauh juga kami snorkelling dan kali ni snorkel memang tak masuk air. Nasib baik. Kalau tak penat nak hembus snorkel. Ada sorang budak guide boat kami ni follow je ke mana kami pergi sebab kami je yang dok pergi snorkelling jauh-jauh. Group lain main kat keliling boat je. Syok jugak ada budak tu follow, rasa confident sikit. Kalau ada apa-apa hal dia ada tolong selamatkan kitorang. Haha.



Dah selesai snorkelling tu kami kembali ke boat. Tapi belum nak gerak balik lagi. Again, main lompat-lompat. Wehhuuuu! Suka gila! Hahahahaha! Walaupun lompatan level budak 5 tahun, ada aku kesah?! Janji aku dapat lompat dan aku dah tak phobia nak melompat. Yesss! No more phobia. Kalau dulu, 20 minit aku bertakafur atas boat tu nak lompat ke tak, nak lompat ke tak. Dah lompat, air masuk mulut hidung mata. Menyesal! Tapi sekarang tidak lagi. Hebat dah. Bhahahaha.

Selesai sesi melompat, kami pun gerak balik ke Semporna. Macam biasalah, petang lepas balik dari pulau semua basuh baju, melepak, tidur. Malam keluar for dinner. Lepas dinner aku minta bro tu bawak aku ke klinik. Tangan aku macam biasalah naik bintik merah gatal-gatal tapi masalahnya kali ni gatal betul, tak tahan! Sementara aku kat klinik, depa lepak uptown. Settle semua, balik rumah dan sambung melepak. Aku macam biasalah, pengsan dulu atas katil! Haha.

Semporna Series:

Semporna Day 3

Second day island tour kami ke Timba Timba, Mataking dan Pom Pom.

Kali ni naik boat dari jeti yang dekat dengan Mydin Lounge pula. Berjiran dengan jeti pelancongan. Okay lah. Tak ramai orang and less pollution sebab bukan tempat awam rasanya jeti ni. Hari ni naik boat lain, guide lain, gang boat pun lain.



Dari jeti tu kami stop by di Egang-Egang resort to pick-up another group yang stay di situ. Lama juga menunggu depa. So kami decided untuk keluar dari boat dan bergambar dulu di resort tu. Tak masuk pun, just kat jambatan tu je. Tapi dapat jugalah gambar cantik kat situ. Then shoot terus ke Timba Timba.





Di Timba Timba ni kami masuk pulau kejap for photos. Kat pulau ni lah kami jumpa sampan jernih yang famous tu tapi kami tak bergambar pun dengan sampan tu. Tapi masa dah nak gerak tu sampan tu ada kat sebelah boat kami dan takde orang jaga pun. Maka group budak lelaki yang 1 boat dengan kami ni buat harta sendiri for photos dan video. Selamba badak dorang je. Haha. Tapi aku ada dengar guide boat kami kata dorang dah sewa sampan tu untuk kitorang bergambar. Entahlah. Then kami snorkelling kat tengah laut berdekatan pulau tu. Ombak tak teruk sangatlah compared to hari semalam tu. Dan seperti semalamnya juga, aku adalah manusia pertama yang terjun dari boat. Haha. 



Kat sini, aku baru nak belajar cara hembus air yang masuk snorkel sebab snorkel yang dorang bagi tu masuk air juga. Kiranya dah confident lah awalaupun snorkel masuk air. Maka aku tenang sikit snorkelling kat sini. Yang kelakarnya, tak lama lepas snorkelling tu, aku rasa life jacket aku longgar, so aku berenang ke boat kononnya nak naik sekejap untuk ketatkan life jacket. Sekali dah dekat dengan boat, driver boat cakap, “sekejap eh, tunggu kejap, nanti saya datang balik.” And I was like…okay…kejap je lah tu… Sekali, lama daaa! Petrol habis, pergi topup entah kat mana. Haha. Masa ni 10 orang kat tengah laut terkapai-kapai bersama 1 guide. Pelampung bulat dorang dah turunkan sebelum boat blah. So 10 orang ni berpaut pada pelampung yang 1 itu. Haru betul. Haha. Mula-mula aku dan beberapa orang je berpaut pada pelampung tu, then maybe masing-masing dah penat kayuh sendiri tetiba semua dok pakat berpaut kat pelampung tu. Adoiii. Pelampung tu guide yang sorang tu tarik dengan tali kat depan. Dia cuba menarik kami ke pulau Timba Timba tu. Disebabkan guide tu sensorang tarik kami yang ramai ni, maka adalah yang bijak pergi berpaut pada tali yang guide tu pegang. Tapi tak taulah depa tolong tarik ke saja nak barpaut kat situ sebab pelampung dah sesak gila! XD



Tak lama lepas tu boat kembali dan masing-masing terus naik boat. Penat! Haha. Then terus gerak ke Mataking for lunch. Uiii hari ni, habis wei lunch aku makan. Haha. Kat Mataking kami turun ke pulau, lepak tepi pantai tu je for lunch. Then ambil gambar kat signboard Mataking. Tu je activity kat situ. Lepas makan tu snorkelling lagi dekat-dekat dengan Mataking tu. Dah penat, masing-masing start naik boat. Then guide boleh pulak tanya, “macam mana? Mau ke Pom  Pom ka mau balik ka?” Huish gila kau tak mau pergi Pom Pom?! Dah alang-alang sampai situ kot. Maka aku dengan penuh semangatnya menjawab, “kita pergi Pom Pom!!!!!!” Dengan itu, bergeraklah kami ke Pom Pom. XD




Dalam 2 hari snorkelling ni aku rasa Pom Pom yang paling cantik. Tapi…hmm…Lombok hari tu lagi cantiklah. Anywaysss, kat Pom Pom ni lagi sekali, puas melompat! Wehhuuuu! Kami tak turun kat pulau, cuma snorkelling berdekatan pulau je. Ombak sangat cooperative masa tu so semua pun ber-snorkelling dengan aman dan tenteram. 

Syok juga group boat ni. Group kami 2 lelaki 2 perempuan, ada 1 group 5 lelaki dan lagi 1 group 2 orang perempuan. Semua okay tak kekwat. Dalam pukul 3:00pm plus macam tu, kami bergerak pulang.

Petang tu macam biasalah, aktiviti kami basuh baju, tidur, lepak kat rumah je sementara tunggu waktu keluar for dinner. Malam ni kami makan di pasar malam. Ini je makan yang macam tak berapa nak best sebab pasar malam kan, what do you expect? Pasar malam dia pun tak besar. So tak banyak option pun makanannya.

Lepas makan, lepak-lepak kat rumah je. Then tidurlah! Aku tidur awal kot 2 malam last sebab mata I cannot tahan ooo. Depa 3 orang dok melepak kat bawah tengok movie kot.

Semporna Series:

 X X X

Semporna Day 2

First day island tour kami pergi Bohey Dulang dan Sibuan.

Hari tu, somehow, kami kena naik boat dari jeti awam. Pergh! Terseksa wei! Kotor satu hal, jeti macam nak roboh satu hal, orang merokok bersepah-sepah satu hal. Adoiii. Dahlah lama gila menunggu kat situ. Tak tau apa masalahnya. Katanya tunggu lagi satu group tak sampai. So sila hormati waktu ya everyone.

Okay. So, buat apa je kat Bohey Dulang? Hiking bukit untuk dapatkan view dari atas bukit tu. Honestly, to me hmmm biasa-biasa aje view kat atas tu, takdelah WOW sangat. Tak naik pun okay je. Then bergambar jelah kat jambatan jeti nak ke pulau tu. Cantik ooo gambar kat jambatan tu. Haha.







Lepas Bohey Dulang sepatutnya pergi Mantabuan, tapi terpaksa skipped sebab air surut katanya, so tak boleh parking boat kat pulau. Betul ke tak betul air surut tu, tak taulah.

Kami pun beredar dari Bohey Dulang dan bergerak ke tempat snorkelling. Snorkelling ni kat tengah laut. Tak tau nama tempatnya. Masalahnya kan, masa tu ombak agak kuat jugalah. Aku pulak adalah manusia pertama yang terjun dari boat sebab excited sangat dah nak terjun. Makanya, the moment aku timbul lepas terjun tu, aku angkat je kepala pandang boat mencari member-member aku, boat tu dah jauh. Hahaharei betei. Sampai sekarang aku mushkil, aku ke yang dibawa arus atau boat tu yang dibawa arus? Kami sempat bergaduh dalam boat lepas snorkeliing tu pasal ni. Haha.

Sebelum terjun tu, guide dah cakap, “jangan tanya kenapa snorkel ni masuk air sebab dia memang akan masuk air.” Aku pun macam…hmmm…aku p snorkelling sebelum-sebelum ni elok je tak masuk air. So aku tak peduli sangatlah dengan kata-kata guide tu. Masalahnya the moment aku try to snorkelling, snorkel aku terus masuk air. Makanya tertelanlah aku air masih dan hanyir ittew. Yucks! Nak muntah aku! Pastu terus confident level aku menjunam. Spoil gila! Terus tak jadi nak snorkelling. Aku cuba berenang balik ke boat dengan dada ke atas (tak boleh berenang dada ke bawah & benam muka sebab dah tak confident dengan snorkel tu) tapi susah gila sebab ombak kuat. Sampai lembik aku dibuatnya. Maka member aku pun datang menyelamatkan. Menyelamatkanlah kononnya. Ceh! Haha. So member aku tu lah yang menarik aku kembali ke boat. Tapi tu pun jenuh wei dia nak tarik aku. Ended up dia pun give up nak selamatkan aku. Dah dekat dengan boat tu, dorang baling pelampung dan tarik aku ke arah tangga boat. Selamatlah aku masa tu. Haha. Lepas tu masing-masing pun berpakat naik ke boat dan bergeraklah kami ke destinasi seterusnya.

Teruslah kami shoot ke Sibuan dari Bohey Dulang tu. Kat Sibuan ni memang boat park tepi pantai, so sesiapa nak berjalan ambil gambar boleh, nak snorkelling tepi-tepi pantai pun boleh. Tak ada buat apa sangat pun kat sini. Boring jugalah.



Lepas tu semua naik balik boat dan bergerak ke tengah laut sikit untuk snorkelling. Kat sini air tenang sikit. Makanya tenang jugalah aku nak snorkelling. Haha. Kat sini kemain galaklah aku melompat dari boat. Aku ni gian nak melompat je sebenarnya, bukan nak snorkelling sangat pun. Gagah wei aku berenang panjat boat dan melompat semula. Penat baq ang! XD Tapi puas gila!



Lepas snorkelling tu, bergeraklah kami pulang dalam pukul 3:00pm macam tu kot. Port lunch day 2 ni aku tak ingatlah. Rasanya makan dalam boat masa dah sampai Sibuan, tapi sebelum turun jejak air. Makanan semua dah siap packed in a tupperware. Yang pasti day 2 ni lunch tak habis sebab tak lalu makan. Maybe sebab dah penat nak selamatkan diri masa first terjun tu. Haha.

Petang tu bro owner rumah aka package arranger kami tu ajak keluar p Bukit Tengkorak. Tapi member aku ni semua tengkorak! Pemalas! Maka kami tak pergi mana-manalah. Lepak rumah basuh baju, tidur, tengok TV. Malam tu kami pergi Tanjung Parapat for sunset (kata bro tu – tapi aku tak jumpa pun sunset) dan dinner. Huiiii dinner malam ni puas hati oooo! Masyuk!





Lepas dinner, balik rumah lepak tengok TV dan main daun terup. Haha. Daun terup tu activity kami masa di Gili Trawangan, Lombok sebab itinerary kami kat situ free and easy. Sajalah standby daun terup gak kat Semporna ni untuk mengisi masa lapang. Done lepak, tidur!

Semporna Series:

X X X

Semporna Day 1

Flight kami subuh. Disebabkan aku takut tak perbangun awal pagi tu, dalam pukul 11:00pm macam tu aku pergi rumah Nad sebab adik Nad yang hantar kitorang p airport. Malam tu dok melepak menyembang sampai pukul 2:30am. Then dalam pukul 3:30am kami keluar pergi fetch kokay dulu. Lepas tu baru shoot ke airport. Sampai airport makan dulu sambal tunggu Yan. Hare betei mamat tu lambat gila sampai! Lagi berapa minit nak boarding baru dia sampai, Q pulak panjang berjela. Nasib baik sempat masuk.

Masuk kapal, aku tidur terus tapi tak lena pun. Sebelah aku stranger, lelaki pulak tu. Kaki dia panjang sampai lutut nak berlaga kaki aku kat sebelah seat ni. First time aku rasa stress gila naik kapal terbang, walaupun 3 jam je. Tidur tak lena, sebelah stranger. So uncomfortable. Rasanya dalam 2 hours fly tu aku dah rasa tekak lain  macam. Nak mabuk. Tapi aku malas nak layan tekak sebab tuntutan mata aku lebih dahsyat. Haha. So aku berjaya meng-suppress-kan keloyaan aku sehingga landing.

Touch down sana, bro yang arrange activity kami tu dah tunggu kat airport. Dalam kereta aku duduk belakang pulak. Baru berapa minit jalan, tekak aku makin menguji kesabaran. Perjalanan dari airport Tawau ke Semporna ambik masa lebih kurang 1 jam. Jalan pula boleh tahan designnya. Bro tu pula drive asyik tekan minyak, tekan break. Perghh! Macam nak gila aku menahan loya. Sampai je rumah, aku terus meluru keluar dari kereta.

So kami sampai rumah dalam pukul 11:00am macam tu. Lepak jap, then bro tu terus bawak kami pergi lunch. Lepas lunch kami melepak je kat rumah sampai petang. PEtang tu kami pergi jalan-jalan kat town, area starbucks dan Dragon Inn tu. Dah nak gelap tu, kami balik rumah and get ready for dinner.

Dinner first day is not bad. Sayur dia sedap! Haha. Aku ni kan tak berapa gemar makanan yang leceh macam udang, ketam, kerang, etc. Aku suka benda yang mudah macam sotong. Masuk mulut kunyah telan. Simple! XD So kalau tanya aku how’s their seafood, to me okay okay je. No wow factor. Part makan ni aku memang fail sebab aku bukan food hunter. Yang penting, tak pelik dan boleh telan, kenyang perut suka hati.

Lepas makan balik rumah, lepak tengok TV, main daun terup sambal jerit-jerit. Haha! Then, tidur!

Semporna Series:

Semporna

So we finally made it to Semporna and the nearby islands! Wehhuuuu! Semporna and the nearby islands are safe guys!

Mula-mula kami utarakan idea nak pergi Semporna ni memang takut nak proceed sebab all the pirate and kidnapping news.  Tapi kawan-kawan advised semua macam okay je dan tengok gang FB BBM pun ramai yang pergi, so kami take a risk lah. Alhamdulillah semua selamat.

Fact yang aku baru tau a few days before fly was that Semporna ramai gila Chinese tourist from China. Unexpected. Berbulan baca macam-macam trip/cerita orang ke Semporna tak ada satu pun yang bercerita pasal this fact (ke aku je yang tak jumpa?). Sampai island/tour guides di Semporna mostly (or maybe half of them) boleh speak in mandarin. *claphands*

Disebabkan kami tak prepare apa sangat untuk ke Semporna ni sebab masing-masing malas nak arrange/organise, kami spend untuk flight ticket and ground package (inclusive all) terus.

Flight ticket macam biasalah, grab masa free seat promo tapi takdelah dapat murah gila-gila sebab kami book pun lambat dah masa tu. Nak book ticket ni pun ada behind-the-scene story. *sigh* Yan boleh hilang pulak masa kami nak confirm kan date. Aku kat depan PC dah key-in kami punya personal detail untuk proceed to buy the ticket, tapi dia tak confirm kan lagi dia ok ke tak. Whatsapp tak reply, call tak pick-up. Sampai aku kena post kat FB buat announce cari dia. Hahahaharei betul. Rupa-rupanya dia hilang p main futsal. *sighagain* In the middle of a discussion baiii dia boleh tinggalkan kami p main futsal.

Settle flight ticket kami usha island packages and hotel pulak. Hotel banyak betul yang dah fully booked. Make sure book cepat-cepat. Ended up kami book homestay sebab rumah tu ada washing machine, senang nak basuh baju so tak perlu bawak baju banyak dan rumah pun takdelah jauh sangat nak ke jetty. Kiranya kami tak ambil package yang sekali dengan accommodation. Kononnya nak cari package for island activities sahaja.

Rasanya sebulan sebelum fly kot, kami cancel homestay yang kami booked tu sebab terasa macam nak ambil package yang dah include semua pulak. Malas nak book benda banyak-banyak. Brother homestay tu contact aku tanya kenapa cancel booking, etc. Maka aku pun ceritalah yang kamini sebenarnya tak decide apapun lagi on activities, accommodation, etc. Booked homestay tu sebab takut semua accommodation yang dekat dengan jetty fully book je. Then brother tu cakap dia pun ada buat package juga. Makanya kami pun decided untuk ambik jela dengan brother tu. Senang, takyah fkir dah. Package brother tu dah masuk semua accommodation, airport transport, jetty transport, jalan-jalan transport, breakfast, lunch, dinner. Setakat ni itu je yang aku boleh fikir apa  yang termasuk dalam package brother tu. Kalau aku teringat lain-lain kang, aku tambahlah.

Yang kelakarnya member-member aku ni kan, brother tu ajak p jenjalan (e.g. Bukit Tengkorak), depa boleh taknak baiii. Adoiiii. Takkan aku nak pergi berdua dengan brother tu pulak, kan. Dinner yang brother tu bawak kitorang semua okay kecuali day 3, nanti aku cerita lain.

So overall, masa kat sana kami memang tak keluar duit langsunglah. Tapi korang boleh boleh jimat lagi kalau dapat package yang lebih murah.

Total lost for 5d4n:
1. Return flight = RM298.00
2. Package = RM850.00
Total amount = RM1148.00 per person

Semporna Series:

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang