Monday 23 April 2018

Perhentian Island - Budget & Itinerary

Last week me and Cik Senah pergi Perhentian Island. Cik Senah tu nak sangat vitamin-sea katanya, I okay je. Lagipun dah 2 tahun I tak turun laut sejak Lombok dengan alasan nak tunggu kulit yang terbakar tu return to normal. Tapi, dah 2 tahun tak kembali ke asal pun. Huhuhu.

Dan hasilnya setelah kembali dari Perhentian Island is kulit muka I terbakar lagi teruk dari kulit tangan masa kat Lombok tu. First time ni terbakar teruk muka. Huhuhu. Bak kata pepatah, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’, begitulah perumpamaannya dengan situasi I sekarang. Kalau takut kulit terbakar buruk, jangan gatal nak pergi main laut panas lit lit tu. Dah tau consequences-nya, jadi tak boleh nak bising. Huhuhu.

Kitorang pergi 4d3n sahaja. So sekarang kita cerita pasal budget dululah eh. Boleh refer to image as per below.

(Expenses)

Activities pula, kitorang nak santai-santai je. Maka kitorang decided untuk ambil 2 kali snorkelling for 2 days. Hahahahaha santailah sangat! Refer to image as per below.

(Itinerary)

Kalau korang dah study pasal Perhentian Island ni mesti korang tau yang ramai orang buat package untuk trip ke sana. Kami tak ambil package sebab package yang ada tak memuaskan hati kami. Me especially very cerewet. I nak apa yang I nak. 

First, I memang nak hotel di Coral Bay, Perhentian Kecil sebab I nak sunset. Package yang I tanya banyak bagi hotel di Perhentian Besar. Kitorang taknak Perhentian Besar. Bila minta hotel di Coral Bay, harga yang dorang quote tak best.

So we decided to book hotel sendiri. Dapatlah Ombak Dive Resort for 4d3n dengan harga RM400+, tapi bilik tak ada aircond.

Then kami try usha package untuk activities je w/o hotel dan terjumpalah TwinBrothers (p cari depa kat IG sana). Kitorang request snorkeling Perhentian, Snorkeling Rawa dan return boat transfer. Dorang kata dorang boleh arrange, dan harga dorang bagi pun agak berbaloi for us. So, cunlah!

Sehari sebelum fly kot, TwinBrothers tanya airport transfer kami macam mana, dan dorang offer airport transfer to jetty RM25/pax naik van. Kitorang tak decide lagi nak pergi jetty macam mana masa tu sebab kitorang nak redah je bila sampai airport KBR. Tapi Cik Senah ada kata kalau naik grab pun dalam RM70-RM80 gak per way. Kalau nak murah naik bas tapi bas lompat boleh gila kitorang duduk lama-lama dalam bas tu. So kami decided untuk terimalah offer TwinBrothers tu. Sampai airport KBR dah ada orang tunggu. Selesai masalah.

Bagusnya TwinBrothers ni, dia layan je soalan I. I sendiri rasa I kadang-kadang sangat annoying bila I banyak soalan. Hahaha. Cuma bila sampai sana kitorang macam confuse sikit time nak naik boat transfer, time nak naik boat snorkeling, sebab dorang tak brief procedure (atau macam mana kita nak tau naik boat mana, sebab boat banyak dan orang pun ramai). Dorang just bagi tau, contoh: tunggu kat jetty pukul berapa dan boat Ain Holidays. Persoalannya macam mana nak tau which boat is boat Ain Holidays? Lagi satu incident masa kat jetty Besut tengah tunggu boat. Dorang suruh tunggu sampai 10:30am nanti call driver boat. Bila I call driver tak pickup. I call balik 10/15 minutes after that, nasib baik pickup. Driver kata dorang otw. Lama gak tunggu sampai ada orang tanya kami dah ada boat ke tak dan dia suruh kami naik boat dia lepas tengok boat booking kami. Kami tak naik (sebab budak yang meet and greet kami kat jetty tu kata kalau ada orang tanya cakap je dah ada boat) dia datang balik kat kami macam nak marah sebab kami tak naik boat dia. Boleh gitu? *AnnoyingFace*

Overall I okay je dengan TwinBrothers ni sebab dorang boleh cater to what I want. Hahaha.

Perhentian Island Series:
1) Perhentian Island - Budget & Itinerary
2) Perhentian Island - Day 1
3) Perhentian Island - Day 2
4) Perhentian Island - Day 3
5) Perhentian Island - Day 4
6) Perhentian Island - Info From My Observation

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang