Wednesday 13 December 2017

Road Trip to North Malaysia – Ipoh

Sampai Ipoh dah malam dan otw nak ke hotel tu lalu depan MAPS (Movie Animation Park Studio). Semangat nak tunggu esok! Sampai hotel, check-in dan keluar balik cari dinner pula. Dinner kat restaurant area situ-situ je, nothing special. Lepas dinner balik hotel & rest.

The next morning, kami sepatutnya bangun awal, breakfast dan terus pergi MAPS. Tapi kalau dah aku dan si senah ni, memang tidur musuh utama kami kalau travel. Kami ni jenis kalau dah tidur tu, apa schedule pun kami tak peduli dah, rasa nak bangun kang baru bangun. Huhuhu. Makanya pagi nak pergi MAPS tu memang wajiblah bangun lambat! Hahaha.




As schedule dah lari sikit, kami pergi MAPS dulu pagi tu sebab nak beli ticket je. Masa kami pergi tu ada offer, 200 pertama visitor dapat RM100/pax tu yang gagah pergi beli ticket dulu padahal perut berdondang dah masa tu. Apa taknya, dekat pukul 11 pagi kot. Dah dapat ticket kami keluar balik, pergi makan. Adik senah kata kat situ ada kedai makan yang pagi-pagi dah start niaga nasi campur, dekat sebelah-sebelah KFC depan tu je. So kami pergi kedai tu je, trus lunch nasi campur. Nasib baik sedap! Sebab orang kata dalam MAPS makan mahalkan, so kami makan kenyang-kenyang sebelum masuk.








Kami pergi MAPS hari tu hari Isnin so orang memang tak ramai. Kami main pun dengan budak-budak sekolah rendah, dorang ada rombongan, adalah beberapa sekolah kot yang berombongan tu. masa kami pergi tu MAPS belum fully open, section yang kat belakang tu (lupa nama) tak beroperasi lagi. So honestly RM00 tu rasa tak berbaloi. Games pun bukan banyak mana pun. Dan games yang ada more tu kanak-kanak punya. Orang dewasa punya adrenaline tak sempat nak active main games kanak-kanak tu. Even show yang ada pun memang untuk kanak-kanak.









Last game kami main (entah apa nama entah), kami mabuk sebab just ke depan ke belakang dan pusing-pusing je game tu. Game dah stop pun kami tak boleh turun sebab lock dia problem, tak boleh nak release. Dah lah panas masa tu. Terjemur kami duduk kat situ. Ended up, dorang kena gerakkan sikit game tu then stop kan balik, baru boleh release lock. Masa tu aku cuak dah, ingatkan kena main lagi sekali. Mau muntah bertabur aku kat situ!














Turun dari game tu, kami lepak kejap kat space ship restaurant depan tu. dah hilang sikit mabuk, kami decided gerak keluar sebab dah habis semua kami main & show pun semua dah masuk. Tak banyak pun attraction.

Sebab hotel kami bersebelahan je dengan Mydin dan Mydin tu dekat sangat dengan MAPS, balik tu kami singgah Mydin dulu. Hotel – MAPS Cuma 5 minit sahaja. Anyways, singgah Mydin tu dah lupa sebab apa. Tapi yang pasti masa kat Mydin tu mabuk kami masih ada lagi bersisa dan masa tu kami memang nak makan sup panas dan kebetulan depan kami ada Mee Tarik Warisan Asli dan kami pun agak lapar juga masu tu dan kami decided untuk makan mee tarik tu je. Magically, sedap pulak mee tarik kat situ. Pernah try 2 kali makan kat Shah alam branch, tak adalah sedap mana. Aneh..aneh..!

Dah kenyang tu kami balik hotel and rest. Konon malam tu nak keluar cari makan lagi, si senah nak pekena charkueyteow kat depan tu, tapi harapanlah bila kami dah dapat tidur, kan. Tau-tau je terjaga dah tengah malam. Tengah malam tu si senah kata dia nak turun ke bawah beli maggi cup. Lapar balik kot. Hahaha. Aku ni pulak jenis sekali dah makan kenyang, lambat sikit nak lapar. Kena pulak masa tu time makan memang dah lari, memang takdelah perut minta diisi.

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang