Wednesday 13 December 2017

Road Trip to North Malaysia – Georgetown

Macam biasalah, hari kami memang dimulakan agak lewat. Pukul 9 lebih juga rasanya kami check-out. Then cari breakfast. Nasib baik kami bukan food hunter so kami tak kisah makan apapun, janji perut tak lapar sudah. So pekenalah kami roti canai kat food court area situ. 2 keping kau aku makan, tu pun masih ada ruang boleh masuk lagi. Huahuahua!



Lepas makan kami pun gerak ke Georgetown. Batak sikitlah aku kat sana sebab aku tak pernah seberang jambatan Pulau Pinang tu walaupun aku adalah seorang rakyat Malaysia yang pernah duduk utara selama 3 tahun. Senah kata drive slowly and stay on the left lane. Dia nak menikmati pemandangan dan nak ber-live katanya. Over sangat minah tu mengalahkan aku yang tak pernah jejak pulau tu.

Sampai Georgetown kami pergi cari Ghost Museum dulu. Kaedahnya, tengok hantu awal-awal is better sebab nanti boleh lupakan hantu-hantu tu cepat. So takdelah seram sangat malam kang asyik teringat kat depa. Masuk je counter ticket tu dia tanya, “berapa orang? Tiga?” Kami jawab dua. Dalam hati dah berkata, “Eh apahallah dia ni kita punya besar takkan tak nampak, mana datang tiga pulak.” Then dia cakap, “Bukan tigakah? Itu… *dia tunjuk kea rah bawah sebelah kami konon-konon ada budak kecik sorang dengan kami*” Kami pun, “Ohhhhh hahahahahaha.” Pandai bergurau dorang tu. Hahaha! XD



Dah dapat bayar ticket, kami pun tunggu turn kami nak masuk. Tak boleh masuk ramai-ramai sebab nanti ter-jam kat dalam tu. Tak lama pun tunggu dalam lima minit gitu. Sebelum masuk tu staff dorang tanya, nak masuk sendiri atau nak guide? Kami dengan yakinnya berkata kami nak masuk sendiri je (berlagak giler time ni). Then dorang bagi macam maps jalan kat dalam tu, senang nak cari jalan nanti. Dorang pesan, kalau ada apa-apa masalah atau tak boleh nak go on, just wave kat CCTV dalam tu, nanti staff dorang datang for rescue. Haha.

Maka kami pun melangkah masuk. First section was hantu melayu. Hantu first kami Nampak was Pontianak kot. Elok je dia berdiri di sudut tu. Masa tu dah seram. Baru hantu pertama dah seram! Kental sangat jiwa! Hahaha. Then kami teruskan perjalanan, kami jumpa hantu cermin. Dengan sound effect dia, masa tu seram dah mencanak naik kuasa 88.





Bertentangan dengan tempat hantu cermin tu bersolek ada orang minyak. Kalau nak ambik gambar orang minyak tu kena berdiri rapat sikit dengan hantu cermin. Yang kelakarnya, masa aku nak ambik gambar si senah, aku berdirilah dekat dengan hantu cermin tu. Elok aku nak ambik gambar, tangan aku macam terasa tersentuh hantu cermin, akupun terperanjat dan tergelabah, dan melarikan diri sikit dari hantu cermin tu. Padahal dah tau memang dia ada kat situ dan dia tak bergerak pun. Bongok gila rasa masa tu! XD

Lepas tu kami move on, jumpa langsuir dan anaknya. Lepas tu terus lagi, kami jumpa lorong yang tutup dengan kain batik / kain pelikat. Haaa kat situ kami surrender. Sebab dia tutup jalan tu, kami tak nampak apa ada di seberang sana dan kelihatannya gelap disebalik kain tu.




Si senah kata dia nak give up dah masa tu. Jantung tak kuat. Wakakaka! I said, kita request guide lah, takkan nak give up cenggitu je kan, tak macho lah! Lepas tu kami main pukul-pukul tolak-tolak pulak gaduh siapa nak pergi keluar minta guide. Sebelum masukkan berlagak sangat nak jalan sendiri je, haaa dah malulah nak minta guide! XD Atlast aku pun keluarlah ke depan tu minta guide dengan muka paling sempoi dan tak malu. Hahaha.

Maka kami mulakan semula perjalanan dengan kakak guide. Mulakan balik perjalan tu lah baru tau, hantu mula-mula sekali sebenarnya orang minyak, tapi dia melekat kat atas, mana kami nampak, jalan tak pandang atas. Huhuhu. Selepas itu perjalanan kami smooth. Wakakaka!










 I tell you ha.. this is real toilet weyy!










Actually yang paling seram memang section hantu melayu tu je. Dengan kurang cahayanya, dengan sound effectnya. Hadehhh! Hantu lepas hantu melayu tu dah tak seram mana dah. Habis seram pun kat tempat hantu jepun pakai kimono tengok TV & kat tangga sebelah tu. Hantu tengok TV tu seram sebab nampak belakang dia dengan rambut panjang tu ha, lebih kurang macam hantu cermin. Tapi hantu jepun tu ada rasa comel-comel sikit sebab depa pakai kimono. Hahaha.

Keluar dari Ghost Museum tu kami start jalan-jalan pusing Georgetown cari street art depa. Lama juga kami jalan-jalan sebab street art tu merata-rata dan kena rajin mencari. Kami cari jalan kaki je wey, takde sewa basikal pun.
























Dah penat pusing dan macam dah dapat main street art depa, kami gerak off to Ipoh. Lewat juga keluar dari Georgetown. Kami takde jalan-jalan cari makan pun kat Penang sebab kami jenis tak kisah sangat bab makan dan kami juga bukan food hunter.

X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang