Monday 20 March 2017

Pos Bromo & Ijen : Day 3 (Ijen - Batu Malang)

Day 3
Ijen - Batu Malang

Bangun dalam pukul 12 am dengan kepala agak pening sikit dan tekak agak loya. Dah bersiap bagai tu dalam pukul 1 am rasa macam tak boleh nak gerak sebab betul rasa tak sedap tekak dan perut. Fyi, aku ada gastric. So aku cakap kat Pak Ahut, kita gerak lambat sikit ke Ijen Crater tu. Tak dapat blue fire pun takpe asalkan dapat view kat kawah tu nanti. Orang gerak awal pagi tu sebab dah dapatkan blue fire tu. Blue fire cuma boleh dapat kalau waktu tu masih gelap je. Tapi view kat kawah tu pun cantik gak kalau matahari dah naik. Sebab tu gagah jugak nak naik atas tu walaupun lambat. Memandangkan tak jadi gerak pukul 1 am, aku tidur balik dengan harapan condition aku akan getting better.

Tapi malangnya, dalam pukul 3 am lebih tu terjaga lagi, perut terasa makin sakit. Aku pergi toilet, berak. Hahahaha! Lepas berak tu tak rasa lega pun, masih rasa tak sedap perut & tekak. Tak lama lepas tu, aku serbu toilet balik, bantai muntah kaw2 weyyy. Rasa mee goreng instant yang aku makan kat café hotel malam tu. Yucks sangat!

Lepas tu aku keluar dari toilet, aku kejutkan Nad sebab nak mintak roti untuk alas perut. Tapi aku tak lalu makan, aku pegang je roti tu. Huhhuhu. Pastu aku rasa perut aku makin sakit, aku tak berani nak ambik risiko biarkan, aku pun contact Pak Ahut tanya dia ada klinik tak kat area situ. Tapi lambat pulak pakcik tu respond. Aku tengah menahan sakit perut, tekak loya, dan nak terberak masa tu. Aku nak pergi toilet tapi badan aku tiba-tiba jadi seram sejuk, mata aku berpinar dan hampir tak boleh bukak. Nad kata muka aku berubah putih gila masa tu macam nak mati. Tapi memang aku fikir aku nak mati kat situ dah masa tu. Hahaha.

Dah tiba-tiba badan jadi gitu, aku stop kat hujung katil pasal tak larat nak ke toilet padahal 3 langkah je lagi dah sampai toilet. Huhuhu. Lama gak aku kat situ, duduk sambal bengkokkan badan. Aku tak boleh duduk atau baring lurus / tegak time-time gitu sebab aku akan muntah. (Masa ni lah Nad kata dia ingat aku nak mati dah pasal muka bertukar putih gila XD). Nad dah cuak masa tu tu, dia nak keluar pergi reception minta tolong apa yang patut time tu. Tapi elok je bukak pintu Pak Ahut tegak berdiri kat depan pintu tu. Pak Ahut pun cuak gamaknya tengok ghuper aku begitu. Hahaha!

Dia paksa aku baring ko tau masa tu. Elok badan aku baru condong 45 degree nak cecah tilam, terus badan aku automatik tegak balik dan condong ke depan dan terus uweekkkkkk lagi kat kaki katil tu. Habis bilik mau muntah. Kuikuikui. Terus dia seret aku ke toilet dah muntah teruk aku kat situ. Pastu aku halau dorang keluar dari toilet, aku perlu berak! Hahaha. Tapi dah takde apa boleh keluar, cecair je keluar masa tu. Memang kosong habis perut aku.

Dah habis muntah dan berak, Pak Ahut seret aku masuk kereta pulak, terus pergi carik klinik. Nasib baik ada satu bukak. Aku rasa klinik kerajaan tu. Tapi masa sampai tu aku tengok ada sorang lelaki muda yang entertained kitorang, pakaian dia tak macam seorang yang mengamalakan perubatan. Hehe. Pakaian dia macam pakaian kita tengah melepak kat rumah aje. Cuak gak aku.

Aku baring kat tempat rawatan tu, dia just check nadi aku kat pergelangan tangan (which ramai doctor kat Malaysia tak buat at least doctors yang aku jumpa selama ni) dan dia check tekanan darah aku. Lepas tu dia kata tekanan darah semua okay Cuma asam lambung aja katanya. Cuak doe aku dengar dia berkata-kata. Masa tu aku terfikir, ‘habis takkan tak perlu buat apa-apa kot? Aku mana boleh tahan macam ni’. Dah kita tanya macam mana tu baru dia suggest, kalau mahu dicucuk. Aku pun terus cakap nak lah kan. Kat Malaysia pun kalau dah teruk sangat gitu memang nampak je muka doctor terus aku cakap, ‘saya gastric nak cucuk doctor, tak tahan’.

Tapi tetiba terfikir, ‘dia nak cucuk aku dengan apa?’ cuak pulak. Terus aku tanya. Dia kata macam ubat tahan sakit bagi reda sikit sakitnya. Aku pun, haaa okay proceed. Tapi lambat wey effect dia. Aku sampai berapa kali terlelap, terjaga balik sebab tetiba sakit mencucuk datang. Nad kata 30 minit gak tunggu baru aku bangun and said dah boleh balik. Huhuhu. Aku rasa dos dia kurang sikit dari yang biasa aku dapat kat sini, tu yang lambat sikit effect nya. Anywaysss, aku dapat 1 shot and 3 other bitter candies for only IDR50,000. Murah gila!

Lepas tu balik hotel, panggil orang hotel untuk clear kan muntah kat bilik tu. Tapi tak bersih pun orang tu bersihkan. Aku sampai ambik shower soup and tuang kat tempat muntah tu and basahkan sikit lantai nak bagi hilang bau and bersih sikit lantai tu. Ergh! Nad kata dia nampak orang hotel tu just tolak muntah tu ke toilet je, toilet kan kat sebelah tu je.

Lepas tu kami bantai tidur dengan pintu terbukak sikit dan tingkap pun terbukak. Kalau tertutup semua, mau pengsan dengan bau-bauan yang ada. Kuikuikui. Lama gak kitorang tidur, pukul 10 kalau tak silap baru kitorang keluar and off to Batu Malang.

Tapi before off to Batu Malang, kitorang stop by kat kaki Ijen Crater. Pak Ahut kata, since we were there already, kita tengok-tengok jelah kawasan tu. Nak naik cannot. Masa kitorang kat sana, itu adalah hari kedua crater tu mengeluarkan gas racun. So kalau pun aku tak sakit hari tu, tetap jugak kitorang tak boleh naik. Memang sunyi sepi je kat tempat parking kereta tu. Kitorang je yang ada. Pak Ahut kata, kalau crater tu sihat, memang ramai orang. Takde rezeki, nak buat macam mana.

Muka sakit. Ini kira buktilah aku dah sampai sana. XD

Dari Ijen Crater tu baru kitorang off to Batu Malang. on the way nak turun tu Pak Ahut bawak kitorang kat tempat air terjun apa entah namanya. Alah just to ambik gambar je kat situ, nak masuk pun kena bayar. Membazir je. Kitorang tak masuk sebab boleh nampak sikit-sikit dari jalan tu cemana rupa air terjun tu. Kami pulak memang tak berminat nak main air kat sana. Lepas tu stop by kat anak sungai dari air terjun tu. airnya bersih dan berwarna hijau. Katanya air tu ada sulfur dari gunung berapi Ijen tu. Airnya selamat, tapi kalau korang minum tak tau lah selamat ke tak. Kami tak sentuh langsung air tu. Pak Ahut je dok basuh tangan & kaki. Tapi bila masuk kereta balik, ada semacam bau tak tau nak kata bau apa, tapi firasat aku kata bau tu dari air yang Pak Ahut sentuh tu. Bau dia not so bad sampai ko tak boleh bernafas, but still it wasn't a pleasant smell.


Kena paksa ambik gambar

Masa nak turun dari Ijen tu adalah view gunung ganang yang cantik jugaklah. Masa ni ada jugaklah kami berhenti dan turun kereta untuk ambik gambar, itu pun Pak Ahut yang suggest. Kalau ikut kitorang, memang tak larat. Tapi dah lepas dari kawasan bergunung berbukit tu, sepanjang perjalanan kami tidur. Pak Ahut drive sensorang, sunyi sepi. Kuikuikui.

Muka sakit, penat, baru bangun tidur, so tak yah tunjuk.


Cantikkan gunung dia?

Sampai batu malang dah gelap dan kitorang dah tak boleh terima makanan local, terlalu banyak msg. Kitorang suruh Pak Ahut cari KFC or McD dan kitorang dapat McD. Hoyeah! Aku ada order chicken porridge gak, tapi tak sedap. So tak habis pun makan.

After dinner Pak Ahut bawak kitorang ke kedai ole-ole. Tapi yang aku nak takde. Yang ada tu tak menarik langsung. Dorang banyak kerepek-kerepek. Aku dan family kureng sikit benda-benda tu. So aku tak beli apa-apa malam tu.

Yang pasti masa dah sampai Batu Malang tu memang pinggang aku dah terasa sakit. Masa shopping ole-ole tu pun seksa nak jalan, sakit gila pinggang. Then malam tu aku rasa sejuk sangat. Nad kata dia tak sejuk. Kawasan tu memang sejuk sikit, tapi taklah sesejuk Bromo / Ijen. Tapi aku rasa sejuk ya amat tahap menggigil. Tapi aku tak demam.

Memandangkan aku tak larat dah nak jalan, Nad pun sakit kaki malam tu, kami pun terus shoot ke hotel. Sampai je hotel, aku terus baring berselubung dengan selimut, sekali pakai sweater kot masa tu. Nad tanya, 'taknak mandi dulu ke?' Aku cakap aku tak larat. Pinggang aku sangat sakit dan badan aku sejuk gila, aku nak tidur. Nad siap mandi basuh rambut, makan maggi, tengok movie kot malam tu. Aku tak sedar apa dah. Hahahaha.


X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang