Wednesday 15 March 2017

Pos Bromo & Ijen : Day 2 (Bromo - Ijen)

Day 2
Bromo - Ijen

Bangun pukul 2 pagi sebab pukul 3 pagi jeep datang ambik untuk menuju ke Penanjakan for sunrise view. Dalam sejam jugaklah naik jeep nak sampai ke atas nun. Sampai atas melepak dulu breakfast bagai.

Aku mabuk kot naik jeep. Jalan memang tak smooth lah kan. Pastu macam ulaq pulak jalannnya, dah naik bukit katanya. Pastu bau asap, bau diesel, bau rokok lagi. Erghh! Tak boleh bernafas wey! 

Kisahnya, jeep tak boleh naik sampai ke atas. So sampai satu tahap tu jeep akan berhenti untuk park dan kita perlu berjalan kaki mendaki sendiri untuk ke atas. Tapi takdelah tinggi sangat pun. Untuk yang taknak jalan kaki daki ke atas tu, ramai je yang offer untuk dihantar ke atas naik motor. Ko bayar jelah. Tapi di situlah masalah pencemarannya. Bau asap motor tu ya Allah! Memang tak boleh bernafas! Ditambah pulak asap rokok. Aduhhhh! Aku memang takkan repeat lah jawabnya. Seksa! Aku ada jugak mask, tapi setakat mask tutup mulut & hidung tu apalah sangat kan. Lainlah kalau dapat mask oksigen tu.

Lepas Nad & Pak Ahut breakfast, kitorang gerak ke tempat untuk view sunrise tu. Ramai wey manusia kat situ. Ribu riban jugaklah aku rasa manusianya. Masa tu dalam 4:30 pagi kot. Sunrise start dalam 5:30 pagi. Jenuh gaklah menunggu. Dah elok matahari mula nak naik, makin ramai manusia yang mencelah nak ke depan.

Penanjakan. Matahari dah naik. Agak cerah sikit dah masa ni. Tengok manusia kiri kanan aku yang bertenggek tu.

Kitorang okay je manunggu walaupun takdelah duduk barisan depan sangat. Tapi bila hari dah mula cerah, orang mula start nak bergambar bagai, makin ramai pulak yang selfish. Ada ke patut dorang dok p panjat tembok kat depan sekali tu dok bagi bontot kat kami orang belakang ni. Orang nak tengok view kat depan tu, bukan nak tengok bontot dorang. Kalau setakat panjat just nak ambik gambar je okay lah. Ni tak. Panjat dan bertenggok kat situ punya lama sampai orang belakang langsung tak nampak view. Ada yang kita mintak dia turun sebab kita nak ambik gambar, tapi harem dia nak turun. Tapi ada jugak yang okay, dia turun je.

Masa pak supir kitorang minta sorang ni turun, dia okay je, turun. Tapi orang-orang sebelah-sebelah kita ni ha yang tak menyabar sebuk nak panjat pulak. Berebut ko tau! Masa aku nak panjat tu (just nak ambik gambar je pun) ramai-ramai yang kat kiri kanan aku nak panjat tempat yang sama. Aku bengang, memang naiklah octave suara aku. Just sound dorang bagi aku ambik gambar dulu pastu kalau nak panjat ke nak terjun ke kat situ biaq p hangpa lah. Pas ambik gambar aku terus turun kot. Pastu terus blah.

Masa on the way nak turun tu pak supir dok usha kawasan-kawasan yang boleh dapat view Mount Bromo yang cantik-cantik dan terjumpa satu spot ni, memang cantik dan clear je pandangan tanpa gangguan! Kalau tau tunggu sunrise kat tempat tu je wey! Vengong sungguh! Tempat tu tersorok sikit, sebelum ko sampai kat tempat ramai-ramai tunggu sunrise tu. Pandai-pandailah cari kalau dah sampai sana.

 Penanjakan. 

Penanjakan. Inilah tempat tu. At least dapatlah jugak view tu. Takdelah ralat sangat.

Lepas penanjakan kami terus ke Bromo. Kat Bromo ni dari tempat jeep parking, kami naik kuda je. Jauh actually kalau korang nak jalan ke Bromo tu. Taklah jauh sangat, tapi bagi orang yang tak bersukan macam kitorang, itu adalah memenatkan. Sampai kat kaki Bromo kang korang nak kena daki sikit, barulah sampai ke tempat yang ada tangga tu. Kat tangga tu pulak kena panjat tangga tu lagi baru korang boleh sampai ke kawah Bromo tu. Kalau naik kuda, kuda akan stop hampir di kaki tangga. Jimat tenaga. Hahaha. Naik tangga tu je pun pancit noxx!

 Bromo.

Bromo.

Bromo. 

 Bromo.

Dah sampai atas tu, tak boleh lepak lama. Imaginasi aku tinggi, macam-macam benda horror aku terbayang. Haha. Lepas ambik gambar, usha-usha sikit kawah tu (tak nampak apa, asap je ada) terus kami turun balik. Bau pun bapak busuk! Macam bau hanyir darah pun ada. Bahaya pun lepak lelama kata atas sebab orang ramai lagi nak naik dan bergambar kat atas tu. Dari kaki tangga tu kami naik kuda yang sama untuk turun je jeep. Pandaikan kami? Jimat tenaga lagi. Kuikuikui.

Kawah Bromo.

 Bromo. 

 Bromo.

 Bromo.

Settle Bromo, kami ke Savannah, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik. Tiga tempat tu takde buat apa sangat. Just ambik gambar jelah sebab view dia cantik dan rare, takde kat Malaysia kan. Haha. Oh ya, masa kami kat sana pasir / tanah agak lembap so tak berhabuk sangat. Aku rasa kalau time kering tu mau teruk berhabuk. Yang lembap tu pun berapa ketul pasir masuk mulut, kalau kering mesti kenyang punya makan pasir. Kuikuikui.

Savannah area.

 Bukit teletubbies.

Bukit teletubbies.

Pasir berbisik. 

 Pasir berbisik. 

 Pasir berbisik. 

Pasir berbisik. 

Lepas tu terus turun dan balik hotel. Balik hotel, kemas-kemas barang, tertidur pulak! Hahahaha. Tak sempat mandi terus naik kereta shoot to Ijen pulak sebab Pak Supir dah panggil nak gerak. Kahkahkah!

On the way to Ijen, stop by sekejap kat Pantai pasir Putih. Honestly aku tak tau apakejadah kitorang buat kat situ. Pay parking for nothing. Memang takde mende pun kat situ. Air pun bukan bersih nak mandi-manda. Then adalah kedai-kedai souvenir ala-ala kat Teluk Batik tu. Kejap je kami kat situ. Lepas tu terus blah.

Sampai Ijen masa tu cerah lagi, petang. Masuk kawasan hotel tu nampak comel je semua, macam perkampungan Smurf. Maybe sebab cuaca masa tu mendung-mendung, damai je rasanya tu yang semua nampak cantik. Hahaha.

After that lepak jap kat bilik hotel, mandi, then siap untuk ke café for dinner. Lepas dinner terus tidur sebab esoknya kena bangun pukul 12 am sebab pukul 1 am kena gerak ke kaki Ijen Crater tu.


X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang