Monday 20 March 2017

Bromo & Ijen : Activities Review

Sebab utama aku nak ke sana adalah sebab Bromo. Selain dari Bromo memang aku tak tau apa lagi attraction kat tempat orang ni. Kat Bromo agak puas hati sebab cuaca sangat memberi kerjasama yang baik hari tu. View pun cantik. Kurang pencemaran udara kat sini maybe sebab kawasan yang lapang. What do they have here? First of course lah they have Gunung Bromo tu. Ko boleh panjat gunung tu sampai ke atas. Kalau ko malas jalan kaki nak ke kaki gunung tu, ko boleh naik kuda. Lepas tu ko boleh pergi Savannah, Pasir Berbisik & Bukit Teletubbies. What to do kat tempat-tempat tu? Nothing actually. Just the view was great and beautiful. Kalau dah view cantik tu, mestilah perlu ambik gambar kan? Ha itulah motifnya, gambar. Kat Malaysia rare sangat view macam tu.

Bromo selalunya comes with package dengan Penanjakan. Tapi aku agak ralat kat Penanjakan ni. First aku mabuk pasal asap rokok & asap kenderaan dorang. So feel nak enjoy tu dah kurang sikit di sini. Second, susah sangat nak dapat sunrise view tu sebab terlalu ramai manusia selfish. Nasib baik before turun tu terjumpa satu lokasi yang boleh nampak view Mount Bromo tu. Tapi malangnya gambar tak berapa nak cantik sebab orang yang ambik gambar tu tak berapa nak berseni. Sedih.

Tapi bila aku start survey, aku jumpa Ijen Crater. So I thought worth to try, but ended up takde rezeki nak ke atas sana. Ralat jugaklah. Tapi nasib baik dapat Bromo dah. Kalau tak memang sedih gilalah trip ni.

Then masa aku tengok KIKK, aku tertarik dengan Museum Angkut. This palce is okay, worth the money. Kitorang enjoy gak kat sini.

Petik apple pun aktiviti yang famous kalau pelancong datang ke Batu Malang. Tapi aku memang tak berminat dengan aktiviti ni. Mula-mula memang takde aktiviti ni dalam itinerary. Tapi sebab Nad macam nak, aku masukkan jugak. As I said in one of my Bromo & Ijen entry, not worth my money and time at all. That will be the first and the last, in Indonesia at least. Kalau kat negara-negera lain tak tau lagilah.

Bila aku start discuss itinerary dengan Pak Asyirin, dia introduced aku to Omah Kayu. This place pun okay and worth your money.

Dah hampir masa nak pergi tu, kami nampak orang post buaian yang atas bukit tu, tapi malangnya kami malas nak study dan tukar-tukar itinerary. Then ada jugak yang share info pasal rumah warna warni kat Malang, tapi kami tak berminat.

Dalam itinerary asal kami ada pergi waterfall kan? Tapi satu pun kami tak pergi sebab yang waterfall mula-mula tu tak sempat, dah petang sangat. Yang lain-lain tu kami cakap kat pak supir kami malas pergi sebab kami malas nak basah-basah main air. Trip kali ni trip kering. Langsung takde aktiviti air. Water rafting bagai pun kami tak mau buat. Haha.

For me, I wont repeat to come back to this place ever again. Kalau ada pun mungkin sebab Ijen Crater je. What I hate the most about this place is asap. All kinda asap especially asap rokok & asap kenderaan. And makanan yang kitorang makan kebanyakkannya menggunakan msg yang terlalu banyak. Terlalu banyak pada aku sebab aku jenis tak suka makanan yang masin, manis bagai. Kat rumah pun mak aku masak tak guna msg. Garam pun kurang. Aku dah biasa makanan yang tawar. So bila sekali je aku suap makanan dorang, memang aku boleh rasa msg yang kuat. That makes me sick of their makanan. Tak macam kat Lombok. Makanan kami kat Lombok last year memang suprb gila! Sampai teringat-ingat tau.

Pos Bromo & Ijen : Day 5 (Surabaya - KL)

Day 5
Surabaya - KL

Dalam pukul 8am tu kami turun ke café hotel untuk breakfast, 8:30am tu Pak Asyirin muncul kat café. Settle breakfast, ambik barang dan check out. So dekat pukul 9am jugaklah kami gerak. Pak Asyirin bawak pusing Surabaya, stop dekat tugu Surabaya (buaya & ikan jerung) ambik gambar sekeping, terus gerak ke House of Sempoarna.


House of Sempoarna ni kecik je. Masuk je dah bau tembakau. Huhu. Menahan nafas jugaklah aku kat dalam tu. Tempat ni just tunjuk history rokok sempoarna tu kat situ je. Then ko boleh tengok staff dorang buat / gulung rokok manually kat situ. Pergh! Laju macam robot wey dorang buat. Kepala dorang bergoyang-goyang macam robot wey! Pak Asyirin yang cakap gitu. Hahaha.





Lepas tu konon-konon nak sambung shopping souvenir. Pak Asyirin suggest JMP tu. Aku lupa JMP tu stand for what tapi it’s a shopping mall. Honestly, takde apa yang menarik. Dia bukan tempat orang jual souvenir untuk pelancong. Just macam shopping yang ada kat Malaysia ni je, macam PKNS Shah Alam pun ada. Not recommended.

After that ingat nak stop kat lagi satu tempat jual souvenir yang Pak Ahut ada mentioned semalam tu, tapi kami lupa nama tempat tu. Pak Asyirin called Pak Ahut nak confirm kan. Dah confirmed tu kami pun gerak. Tapi tah macam mana on the way tu Pak Asyirin boleh pulak suggest melawat masjid paling besar di Surabaya. Kitorang dah cakap tak nak tapi dia singgah jugak. 

At the end tak sempat nak singgah kedai last tu sebab macam dah lambat nak kejar boarding time. Actually kedai tu dah dekat sangat dengan airport. Tapi tengok jalan yang macam jammed je tu, pastu fikir-fikir kami shopping pun boleh makan masa, kami decided untuk terus ke airport aje. Cari souvenir kat airport jelah walaupun tau mesti mahal sikit harganya.

Sampai airport, kami terus rushing makan, check in backpack and boarding. Tunggu punya tunggu, tak juga nampak banyang plane Airasia. Kat waiting area gate kami memang ramai masa kami sampai tu. Rupa-rupanya bukan flight kami. Dorang fly with which airlines tah. Dorang semua dah naik, waiting area kami tinggal sikit je orang yang menunggu. Sampai waktu kami depart pun masih takde berita pasal flight kami. Aku risau dah kami tertinggal flight. Rupanya dorang ada buat announcement yang flight kami delayed dan gate telah ditukar. Nasib baik tukar ke gate sebelah je. Kalau tak, jenuh wey. Tu pun last minute kami tau info tu sebab ada geng sebelah bagitau. Kalau tak, memang tidoq kat Juanda airport ler jawabnya malam tu. Tapi serious kami tak dengar langsung announcement tu. Kami sampai airport pun bukan lambat, just in time kot.

Delayed for about 30 to 45 minutes lah lebih kurang. Kematu bontot menunggu. Whatever it is, kami dah selamat sampai. Alhamdulillah.


X X X

Pos Bromo & Ijen : Day 4 (Batu Malang - Surabaya)

Day 4
Batu Malang - Surabaya

Pagi tu bangun sebab pekerja hotel ketuk pintu hantar breakfast. Kalau dorang tak ketuk, memang kami tak bangun. Haha. Oh ya, pagi tu aku terjaga dengan peluh. Terasa kepanasan dan bahang akibat berselubung tu. Tapi, bangun pagi tu rasa lega dan sihat. Alhamdulillah.

Nad bangun, terus makan. Aku tak boleh makan sebab aku rasa badan aku tak selesa, so aku pergi mandi-manda dulu, then baru makan. Then kitorang terus packing barang and check out. 

Kitorang shoot terus ke Omah Kayu & Paralayar. Kena panjat bukit sikit pasal jalan nak naik tu sedang dalam pembinaan. Motif sangat kan. Selipar Nad lah jahanam, aku memang pakai sandle yang lasak. Paralayar tu kami tak main. Memang tak aim itu. Kitorang just aim Omah Kayu tu je. Tu pun Pak Asyirin yang suggest. Kitorang tak tau pun kewujudan tempat tu.


Ini dari atas bukit kat sebelah Omah Kayu tu.

Kat Omah Kayu tu okay lah, puas hati sebab orang banyak post gambar-gambar gittew kat Jogja. Kitorang takyah pergi Jogja pun dapat dah. Not exactly the same, tapi ala-ala lah. Masa pergi tu pun orang tak ramai sangat so takdelah berebut-rebut.

 Entrance Omah Kayu.








Lepas tu kitorang pergi petik apple. Yang ni pun aku tak faham kenapa aku kena pergi petik apple tu. Mula-mula takde dalam itinerary pun sebab aku memang  tak  gemar buah dan aku dah agak aku tak boleh makan banyak pun kat situ. Rugi. Tapi masukkan jugak sebab Nad macam nak. So okay lah masukkan je sebab just wanted to experience it at least once in a lifetime.



Bayangkan, kat entrance tu ko dah boleh nampak berlonggok-longgok apple  yang dah masak untuk dijual. Kalau dah dorang kutip dulu apple yang dah masak, ko rasa ko boleh ke jumpa apple yang dah masak kat pokok tu untuk ko petik? And yeah as expected, memang harem takdak apple dah masak kat pokok tu noxx. Banyak apple kecik-kecik je. Obviously lah yang kecik tu belum masak, kan? Tapi ada jugak aku petik apple kecik tu sebab dia Nampak merah. Mengharapkan ia boleh dimakan. Tapi sekali ngap, puihh aku ludah balik. Haha. Membazir je, buah tu aku buang gitu je. Kalau ko tengok memang banyak buah yang digigit sikit terbuang kat tanah.

Even buah yang besar-besar pun, belum betul-betul masak. Tu pun jenuh nak jumpa buah besar tu. Aku ada ngap dalam 2 ke 3 biji je. Boleh makan, tapi rasanya macam pelam yang tak masak tu. Tu pun aku paksa makan mengenangkan dah berbayar kan. Tak lama kitorang kat situ, kitorang blah. 

Aku tak tau lah kalau farm lain mungkin berbeza lah kot pengalaman dan situasinya. Tapi if you ask me if I ever want to visit their apple farm again, I would say NO. Not recommended at all tak kisahlah kalau apple farm lain pun.

Lepas tu sementara nak tunggu Museum Angkut bukak pukul 12pm, kami pergi cari ole-ole lagi. Kat kedai ole-ole ni sama je macam kedai ole-ole malam sebelum tu, banyak kerepek. Tak minat betul aku. Tapi aku Nampak lah ada figure basikal, kereta, kerata api, motor, etc yang diperbuat dari kayu or buluh. Aku macam berkenan nak buat hiasan bilik baru kang, tapi fikir-fikir nak bawak balik susah sebab takde luggage, aku cancel lah beli. Nad je beli, makanan lagi. Lepas tu kami pekena bakso kat depan kedai ole-ole tu. Lepas pekena bakso tu, aku macam asyik teringat je figure-figure tu, at the end kitorang masuk balik kedai ole-ole tu dan aku pun belilah benda-benda alah tersebut dengan jayanya. Banyak wey aku beli! Hampir semua aku beli. Hahaha.

Dalam pukul 1pm kot, kami masuk ke Musuem Angkut. Boarding pass Airasia korang tu korang bawak tau. Sebab boleh dapat 20% discount entrance fee kalau korang ada boarding pass tu. Aku sentiasa bawak boarding pass tu bersama passport aku, so dapatlah. Nad tak bawak, tapi staff dorang kata 1 boarding pass boleh guna untuk 2 ticket. So Nad pun dapatlah kiranya guna boarding pass aku. Nanti korang pergi kat office dorang, sebelah je dengan tempat beli entrance ticket tu. Korang bayar kat office tu and dorang akan print out entrance ticket kat situ jugak. Dah dapat tu, masuk je. Nanti staff kat entrance tu pakaikan gelang tangan entrance ticket tu. Then enjoy jelah!







Aku ada tengok Ke Indonesia Ke Kita hari tu dorang ada pergi Museum Angkut ni, macam menarik. Tapi aku masuk je, aku jadi tertanya-tanya, ‘ini je ke? Keciknya? Tengok KIKK tu macam besar dan menarik je museum ni’. Masa tu tak Nampak lagi laluan-laluan untuk ke next locations. Dah Nampak tu, barulah tau besar tak besar museum tu. Besar jugak wey. Menariklah jugaklah untuk orang yang suka theme park (walaupun dia bukan theme park sebenarnya, tapi dia macam membawa ko ke dunia yang lain) dan suka ambik gambar macam aku. 





























Rides memang takde sebab dia bukan theme park. Museum kot. Tapi bukanlah educational museum yang boring tu. But its kinda theme park yang membuatkan ko rasa ko masuk ke satu dunia yang berbeza. Gittew. Anyways, sampai satu tahap, aku cakap kat Nad yang aku penat. Penat nak jalan. So kesimpulannya berbaloilah dengan harga.



























Habis Museum Angkut dalam 3:30pm kot lebih kurang, kami terus shoot ke Surabaya pulak. On the way tu kami singgah di Tanggulangin tempat jual barangan kulit. Options memang banyak, tapi takde yang menarik perhatian. Aku ingat nak carik purse kat situ sebab purse aku memang dah nazak, tapi malangnya takde yang berkenan dihati. Ada jumpa satu ni, memang aku beli, tapi tak taulah berapa lama dia mampu bertahan.

Then pergi lagi ke satu kedai, pun takde yang menarik. Nad nak carik wallet untuk ayah dia. Tapi criteria yang ayah dia nak tu takde. Pastu move to the next kedai pulak. Kat kedai ni banyak sikit option dari kedai yang second tu. Tapi kedai ni banyak barang ciplak branded punya item. Charles & Keith paling banyak. Second banyak, Victoria Beckham. Tapi wey, aku tak tipu, cantic weyyyyy barang ciplak dorang. Hahaha. Tapi tak belilah, tak berbaloi. Baik beli polo kat Malaysia ni je. Tak pun tambah lagi beberapa RM dapat dah original Charles & Keith. Tapi kat kedai ni kitorang dapat beli bag pakaian tapi jenis bimbit punya. Bag tu ada anak dia 2 ketul. Maknanya dapat 3 bag (lain size) untuk harga yang murah tu. Dalam belas-belas Ringgit je. Aku memang kena beli sebab nak isi barang-barang hiasan kayu yang aku beli tu. Nad pun beli gak sebab nak isi barang dia. At the end kami ambik sorang satu dan kebetulan memang ada dua je bag tu dan coraknya sama. No option, kami ambik jelah.

Then terus ke Surabaya dan check in hotel. Sampai je hotel terus kami kemas barang sebab esoknya nak fly balik Malaysia dah. Jenuh nak sumbat semua bagi muat. Siap kemas barang, mandi dan tidur!

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang