Monday 30 April 2018

Perhentian Island - Day 3

Hari ketiga dimulakan dengan mandi dan breakfast dan terus shoot ke jetty untuk snorkelling di Rawa Island pula. Ni Rawa Terengganu punya tau, bukan Johor punya. Disebabkan kami berdua je yang ambik aktiviti ni makanya boat yang datang pun kecil, tapi selesa sebab kami berdua aje.

Seperti hari kedua, kami takda pegang phone ataupun camera semasa aktiviti. So no photos for third day activity as well. Sobs!

Tapi kejadian yang tidak disangka berlaku. Masa tengah syiok meninjau-ninjau ke dasar laut tu, a few times jugaklah I angkat kepala dan telentangkan diri mengadap langitlah kiranya. Entah macam mana sampai satu tahap tu, memang nak muntah. Tapi tahan dan I fikir mainan perasaan aje tu. Ended up, memang I muntah betul tak lama lepas tu. Mula-mula muntah sikit. Kali kedua tu terus muntah banyak. Imagine, kita selalu muntah tertunduk nak bagi muntah tu keluar, kan? Ini dalam air nak tunduk tang mana? Tegak dalam air tu muntah keluar. Ergh!

Masa naik boat tu memang tak mabuk langsung. Sebelum naik boat pun dah makan ubat tahan muntah. Tapi rasanya sebab ombak kuat dan air sangat bergelora kot menjadi puncanya. Tak pun masa breakfast tu I makan tak kenyang. Tak pun malam sebelum tu I makan benda yang tak sepatutnya I makan. Kalau snorkelling, kepala tunduk, I okay. Tapi the moment I angkat kepala terus rasa loya. Selalu kalau mabuk I memang akan tunduk. Kalau I tegak, confirm terus uwekkk! Susah jadi species mudah mabuk ni. Naik kerata 15 minit pun boleh mabuk kalau tak kena gaya. So sad!

Yang kelakarnya masa kejadian muntah tu I memang stop kat tempat yang banyak ikan. Masa first muntah tu I dah rasa ikan berkerumun makan muntah tu. I lari jauh sikit. Lepas tu baru muntah kali kedua yang banyak tu. Masa tu, lepas je muntah I terus cabut lari sebab ikan banyak gila berkumpul sampai I boleh rasa I berlanggar dengan ikan-ikan tu. Scary! Padahal masa I lari tu masih ada rasa nak muntah. Cik Senah kata, ramai orang berkumpul kat tempat muntah I tu sebab banyak ikan berkumpul kat situ, dorang nak bergambar. Kahkahkah!

Lepas tu terus I ajak cik Senah naik boat and move to the next pit stop dengan harapan ada land di pit stop tersebut tapi malangnya pit stop tu di tepi pulau batu kecil yang tiada pantai. Budak boat tu tanya, I nak turun kat pantai ke? Kalau nak turun ke pantai dia nak pergi ke pulau yang sebelahnya tu. I pun terus, ‘yes please’ lah. Tak sanggup rasanya dilambung-lambung ombak masa tu.

Terus I lepak kat batu tepi pantai tu. Cik Senah bergumbira sensorang di laut tapi dia tak berani pergi jauh sebab tak ada teman. Lepas Cik Senah naik pantai, kami lepak-lepak dulu. Datang dua orang mat salleh macam nak set-up tempat untuk santai & bbq kat situ. Tak lama lepas tu mat salleh yang lelaki datang kat kami dan offer drinking water kat kami. Maybe dia tengok kami nampak sangat kasihan, serupa pelarian. Hahaha. Muka I memang sememeh habislah masa tu, dengan terbakarnya, dengan muka menahan muntahnya. Tapi malangnya kami terpaksa menolak pelawaan dan niat baik dia sebab kami jenis yang tak minum drinking water. Lagipun masa macam tu, mana ada rasa nak minum ke makan ke, dan memang tak ada rasa nak buat apa-apapun.

Lepas tu kami naik boat dan ajak budak boat tu balik. I kesian gak kat Cik Senah sebab tak dapat snorkelling puas-puas hari tu. I sendiri pun ralat gila tak dapat enjoy snorkelling masa tu. Sobs!

Sampai bilik kami mandi dan menuju ke Ewan’s place for lunch. Lepas lunch lepak bilik je. 

Petang tu kami sunset hunting lagi. Tapi kami keluar awal sikit dari semalamnya. Dan hunting sunset kali ni kami menuju to the opposite side of the beach dari yang semalam. Means, sebelah resort kami je. Hahaha. Sebelah resort kami is Shari-la Hotel. Shari-la ni paling dekat dengan jetty sebab nak pergi jetty memang kena lalu depan dia. Rasanya dekat 2 jam jugak kot kami lepak kat situ petang tu. tapi hari ketiga ni matahari agak terik. Hari first dan second tu mendung je. I love that kind of weather.




Kat hujung Shari-la ni memang ada port for better sunset actually. Tapi macam malas nak elaborate kat sini. Korang pergi je sana tengok sendiri. Memang the best place for sunset. Ada gang minah salleh lepak turun kat batu tepi tu sampai matahari terbenam. Kami nak turun bergambar pun tak jadi sebab depa ada. Kang depa masuk frame, semak gambar kami aje.




Dalam pukul 7pm tu kami jalan-jalan lagi tepi pantai sambil usha-usha nak makan apa for dinner. Cik Senah kata kat tempat sunset semalam macam best for bbq dinner. Kami pun berjalan sampai hujung tapi maybe dorang belum ready sangat to open for dinner kot, so macam tak nampak apa yang menarik.

Kami decided untuk patah balik ke Shari-la sebab dorang ada buffet bbq RM25/pax dan dorang memang dah ready for business masa tu. kami pulak memang tengah lapar walaupun baru pukul 7pm plus. Sebab dah lapar gila dan malas nak berjalan mencari makan, kami decided untuk makan kat situ je. Tapi makan tak best. Bbq korang boleh pilih nak ikan, ayam, atau sotong. Pilih satu item je per pax dan tak boleh refill bbq tu. Tapi makanan lain boleh refill. Tapi malangnya makanan lain tu tak sedap dan tak banyak option pun. Even bbq dia pun tak sedap. Not woth it. Baik makan nasi gorang + sup sayur ayam kat Ewan’s Place lagi sedap. Harga sama  je.

Lepas dinner kami kami balik bilik, packing baju, dan tidur!

X X X

Perhentian Island - Day 2

Hari kedua dimulakan dengan breakfast tanpa  mandi di café hotel. Makan kenyang-kenyang. Lepas tu ready for snorkelling. Hari kedua ni kami snorkelling di Perhentian, ada 6 points kesemuanya tapi tak ingat apa nama points nya. Yang aku ingat Shark Point dan Turtle Point aje. Huhuhu.

Dan buat pertama kalinya buat activity langsung tak pegang camera or phone. Seriously no photos taken. Not even one! So tak ada lah gambar yang boleh di share. Sobs! Tapi tak apa sebab best dan tak terganggu dengan adegan yang sikit-sikit nak ambik gambar. Focus solely on snorkelling.

At first cuak juga nak snorkelling sebab dah 2 tahun tak masuk air. Berhenti kat pantai apa entah namanya, briefing sikit by guides, then start buat water confident. Lepas buat water confident baru confident sikit nak lepas ke tengah laut. Renang-renang sikit kat tengah laut tu, then kami naik boat untuk ke next stop pulak.

Next stop dah tak turun kat pantai eh. Kita main kat tengah laut terus. Makanya nak turun tu memang tak ada cara lain kecuali, terjun dari boat. Inilah benda yang paling I fobia! (Actually boleh je turunkan tangga boat tu). Sebab segan nak minta turun guna tangga I beranikanlah diri untuk terjun. Amazingly, it did not took me ’forever’ untuk terjun! Hahaha! Tapi first terjunan ni silap sikit sebab I pergi pakai snorkel. Patutnya pakai mask tu je sebab bila pakai snorkel, air laut tu masuk mulut dari lubang atas tu. Seteguk I telan air laut tu. Siot betul! Terbeliak biji mata masa air laut masuk directly ke dalam mulut. Nak luak tak boleh, terus telan! Hahaha.

Tapi terjunan kedua dan seterusnya I dah bijak, I pakai mask je tanpa masukkan snorkel dalam mulut. Make sure ketap bibir dan buka mata sebab nak tengok air dalam tu masa kita tenggelam (motif sangat). Masa dah timbul tu baru pakai snorkel. Lepas tu bolehlah berenang dengan senang hati.

Masa ke point yang katanya ada nemo dan coral tu, tak amazed pun sebab coral macam mati je, semua kelabu. Nemo pun takdelah banyak mana. Maybe sebab kat Lombok tu dapat jumpa coral yang cantik-cantik, so kecewa sikitlah kat sini.

Masa kat turtle point tu adalah nampak turtle bapak besar tu, tapi satu tu jelah ada jumpa. Tu pun jauh ke dasar bawah sana. So lepas dah nampak tu masing-masing panjat naik boat. So sekejap jelah kat sini.

Masa kat shark point, I dan Cik Senah paling lama bersiar-siar kat dalam air tu. Hahaha. Kisahnya, adalah mereka-mereka yang dah terjun ke dalam air dan I ambik masa sikit nak terjun masa ni. Cik Senah dah berkeliaran dalam air masa tu. I macam 50-50 nak terjun ke tak. At the end, I terjun juga. Pusing punya pusing tak jumpa pun sharknya. Lama jugak kami berkeliaran masa ni. I angkat kepala, tengok boat dah penuh. Semua orang dah naik! Hahaha. I pun dengan sepenuh hati berenang ke boat. Masa I dah sampai kat boat, cik Senah tak sampai lagi. I tunggu dia kat tangga boat. Tiba- tiba guide boat kami yang dua orang tu panggil dari tempat kami berkeliaran tadi. 
‘Lahhhh depa pun masih ada dalam air, ingatkan dah naik boat jugal.’ 
Depa dok panggil suruh pergi kat depa. I teriaklah dari tangga boat tu, “Ada apa? Kalau takda shark tak mau p sana balik.”
Tapi tengok depa bersungguh panggil dan Cik Senah pun buat u-turn pergi kat depa, I pun pergilah juga kat depa. Depa pun dok tunjuk sharknya dok tengah berkeliaran. Depa kata da 2 ekor. Maka kami pun dok berputar-putar kat kawasan tu dok mengekor shark tu. Lama gak weh kami kat situ. Kesian depa yang kat atas boat lama menunggu. Dah puas tu baru kami naik. Yang penting, kami puas! Hehehe.

Lepas tu kami singgah makan kat Kampung Nelayan aka Fishermen Village for lunch. Guide kata nanti singgah makan di gerai nombor berapa entah, tak ingat dah. So kami pun pergilah ke gerai tu. Tak sedap pun makanannya. I pun tak tau kenapa kena makan kat gerai tu sedangkan ada je gerai-gerai lain kat situ.

Lepas tu, end of activity. I rasa kami habis course dengan cepat sebab kami macam tak stay lama kat satu satu point tu. Point-point yang tak memorable tu I skip story. I sendiri pun tak  ingat berapa kali I terjun laut hari tu dan I tak kira pun berapa kali kami stop.

Nak share gmabar, gambar takde. So that’s it.

Lepas snorkelling kami balik bilik dan rest. Petang tu kami lepak kat pantai Coral Bay tu hunting for sunset. Tapi sebelum tu I bosan gila, I keluar sorang-sorang lepak depan resort. Dalam 6pm macam tu dah nampak sun macam nak set, I called Cik Senah suruh dia keluar. Hunting for sunset. Kami jalan dari Ombak Dive ke hujung pantai tu kat Sunset Bay ke apa entah namanya. Lepak kat situ sampai matahari terbenam. Ala pantai pendek je.





Dah gelap, kami dinner di Ewan’s Place dan terus menuju ke Long Beach.

Sampai Long Beach, memang meriah dan ramai oranglah kan. Sebab fire show start at 10pm, kami melepak je tepi pantai sambil memerhati sekeliling. Bintang pun bertabur. Angin kuat, ombak pun seperti biasa kuat juga.

Pukul 10pm fire show pun start. Kami tengok sekejap je sebab tak amazed pun. Sorry! Huhuhu. Bila dah terasa bosan tu kami pun decided untuk balik ke bilik dan rest.

X X X


Tuesday 24 April 2018

Perhentian Island - Day 1

Hari pertama kami mulakan dengan bangun pukul 3am sebab nak kejar flight pukul 7am. That was my very first time flying domestic so I was not sure bout everything. Blur! And that was my first time as well, flight belum take off I dah terlentok-lentok tidur. Huhuhu. Anyway, berjaya sampai KBR pukul 8am++. Sampai KBR meet and greet van driver dan terus gerak ke jetty Kuala Besut.

Van driver drop kami kat office airport transfer pula. Sepatutnya drop kat office Ain Holidays (sebab TwinBrothers suruh jumpa kat office tu – jangan tanya kenapa atau apa kaitan pihak-pihak terbabit ni, I seriously don’t know). Tapi nasib baik office airport transfer tu dekat gila dengan jetty (kat depan jetty je), so wakil Ain Holidays suruh pergi jetty terus. Jumpa kat jetty dia bagi ticket boat return & ticket booking snorkelling.

So menunggulah kami boat terbabit sampai. Di sinlah berlaku incident ada boat driver macam nak marah kami tak naik boat dia tu. Boat sampai kami terus shoot ke Coral Bay. Masa dalam boat kami naik sekali dengan 1 group family. Kelakor bila ada yang cuak naik boat tu. Boat tu laju nox! Melambung-lambung sebab ombak pun besar. Ibu mengandung memang boleh gugur oo! Tapi for me, it was syiok ooo! Macam thrilling gila! Hahaha!

Family tadi tu book hotel di Long Beach. Tapi boat tak boleh parking kat Long Beach sebab angin kuat & ombak besar, dorang terpaksa turun di Coral Bay dan jalan menuju ke Long Beach. Kesian juga sebab dorang ada orang tua & budak-budak, dengan segala bag & luggage lagi. Jenuh tu nak panjat bukit meuju ke Long Beach tu.

Kami stay di Ombak Dive Resort, dekat je dengan jetty. 1 minit je jalan dah sampai. Hehehe. Check-in sepatutnya pukul 3pm, tapi kami pukul 11:30am camtu dah sampai. Pergi tanya reception dia kata datang balik pukul 1:30pm untuk check kalau bilik dah ready for check-in. Then dia ada bagi coupon for welcome drink. So kami pun terus menggunakan coupon tu dan lepak di café dorang. Café dorang mengadap laut, so syioklah lepak.


Dah dekat pukul 1pm tu kami jalan tepi pantai cari kedai makan. So lunch dulu kat kedai tu. 1:30pm pergi balik reception, dan berjaya masuk bilik awal! Wehhuuuu! Masuk bilik, lepak-lepak jelah. Masa nak naik bilik, kat tangga hotel tu, I noticed 1 restaurant kat belakang. Rasa macam kenal restaurant tu. I intai dah yes! I kenal! Itu adalah Ewan’s Place! Hahaha. Excited sebab dekat gila dan orang kata harga makanan kat Ewan’s Place affordable. Tak sangka dekat je, ingatkan kena panjat ke kat tengah bukit belakang tu.

Petang tu dalam pukul 4pm kami keluar menuju ke Long Beach dan seterusnya hiking ke Windmill. Huiii penat nox hiking sebab dah lama gila tak berhiking bagai. Tapi yang kelakarnya bila dah penat tu kan kita rasa macam dah lama je kita hiking tapi tak sampai-sampai, bila tengok jam actually baru 15-20 minit je kita start hiking. Hahaha. Dan yang sebenarnya hiking tu dalam 30-40 minit dah sampai kat Windmill tu. 


Tapi nak hiking dari Long Beach tu tricky sikit. Ni nak bagi info sikit, sebab we both tak jumpa langsung info berguna pasal nak ke Windmill tu.
1) Once korang dah tembus ke Long Beach dari Coral bay tu, turn left dan jalan je for a few minutes sambil mata perhatikan signboard Windmill. Perhati betul-betul sebab signboard bukan besar mana dan I almost termissed signboard tu, nasib baik Cik Senah nampak.
2) Korang jalan je munju lorong signboard Windmill tu dan once dah jejak lorong tu, jangan panic sebab tempat tu memang nampak macam tempat pembuangan sampah. Tak cantik langsung pemandangan. Huhuhu.
3) Korang jalan je sampai ke hujung tu, korang akan jumpa simpang 3. Ni simpang paling shytonirrojim sebab taka da signboard langsung weh! Mana nak tau lorong mana menuju ke Windmill. Di sini, korang turn right. Kanan tu ada 2 lorong, 2 2 pun boleh masuk tapi better ambik lorong yang paling hujung (2nd) sebab jalan tu tak ada belok-belok. Lorong first tu main pusing-pusing sikit.
4) Korang dah masuk lorong tu, follow jela the trail.
5) Dah sampai atas, korang akan nampak 2 ketul Windmill yang berpagar. Jangan kecewa dengan pemandangan tersebut, korang turn right dan follow je the path sampai korang jumpa tangga-tangga kejayaan Perhentian tu. Haa! Tangga tersebut adalah tujuan utama kita. Maka korang bolehlah start meniti tangga-tangga kejayaan tersebut. 
6) Tapi hati-hati sebab tangga-tangga tu ada yang dah rongak. Besi-besi tepi pun berkarat dan putus. Bahaya for kids. Nak duduk di anak tangga pun hati-hati sebab I duduk dan bangun tetiba seluar I sangkut kat besi berkarat. Habis berlubang bontot seluar I. Nasib baik baju I panjang di belakang.








Selesai sesi Windmill kami turun dan lepak di Long Beach. Dah alang-alang ada kat situ, sajalah nak tunggu sunset. Tau kat Long Beach memang takkan dapat sunset, tapi adalah juga 10% harapan jumpa sunset tu. Malangnya, kecewa. Memang taka da. Tau-tau je dah makin gelap. Huhuhu.




Sebelum langit fully gelap, kami pun gerak balik Ombak Dive. Lepak kejap, mandi, dah keluar makan. Makan di mana? Di Ewan’s Place ler! Hehehe.

Lepas makan balik bilik, lepak dan tidur!

Perhentian Island Series:
1) Perhentian Island - Budget & Itinerary
2) Perhentian Island - Day 1
3) Perhentian Island - Day 2
4) Perhentian Island - Day 3
5) Perhentian Island - Day 4
6) Perhentian Island - Info From My Observation

X X X 


Monday 23 April 2018

Perhentian Island - Budget & Itinerary

Last week me and Cik Senah pergi Perhentian Island. Cik Senah tu nak sangat vitamin-sea katanya, I okay je. Lagipun dah 2 tahun I tak turun laut sejak Lombok dengan alasan nak tunggu kulit yang terbakar tu return to normal. Tapi, dah 2 tahun tak kembali ke asal pun. Huhuhu.

Dan hasilnya setelah kembali dari Perhentian Island is kulit muka I terbakar lagi teruk dari kulit tangan masa kat Lombok tu. First time ni terbakar teruk muka. Huhuhu. Bak kata pepatah, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’, begitulah perumpamaannya dengan situasi I sekarang. Kalau takut kulit terbakar buruk, jangan gatal nak pergi main laut panas lit lit tu. Dah tau consequences-nya, jadi tak boleh nak bising. Huhuhu.

Kitorang pergi 4d3n sahaja. So sekarang kita cerita pasal budget dululah eh. Boleh refer to image as per below.

(Expenses)

Activities pula, kitorang nak santai-santai je. Maka kitorang decided untuk ambil 2 kali snorkelling for 2 days. Hahahahaha santailah sangat! Refer to image as per below.

(Itinerary)

Kalau korang dah study pasal Perhentian Island ni mesti korang tau yang ramai orang buat package untuk trip ke sana. Kami tak ambil package sebab package yang ada tak memuaskan hati kami. Me especially very cerewet. I nak apa yang I nak. 

First, I memang nak hotel di Coral Bay, Perhentian Kecil sebab I nak sunset. Package yang I tanya banyak bagi hotel di Perhentian Besar. Kitorang taknak Perhentian Besar. Bila minta hotel di Coral Bay, harga yang dorang quote tak best.

So we decided to book hotel sendiri. Dapatlah Ombak Dive Resort for 4d3n dengan harga RM400+, tapi bilik tak ada aircond.

Then kami try usha package untuk activities je w/o hotel dan terjumpalah TwinBrothers (p cari depa kat IG sana). Kitorang request snorkeling Perhentian, Snorkeling Rawa dan return boat transfer. Dorang kata dorang boleh arrange, dan harga dorang bagi pun agak berbaloi for us. So, cunlah!

Sehari sebelum fly kot, TwinBrothers tanya airport transfer kami macam mana, dan dorang offer airport transfer to jetty RM25/pax naik van. Kitorang tak decide lagi nak pergi jetty macam mana masa tu sebab kitorang nak redah je bila sampai airport KBR. Tapi Cik Senah ada kata kalau naik grab pun dalam RM70-RM80 gak per way. Kalau nak murah naik bas tapi bas lompat boleh gila kitorang duduk lama-lama dalam bas tu. So kami decided untuk terimalah offer TwinBrothers tu. Sampai airport KBR dah ada orang tunggu. Selesai masalah.

Bagusnya TwinBrothers ni, dia layan je soalan I. I sendiri rasa I kadang-kadang sangat annoying bila I banyak soalan. Hahaha. Cuma bila sampai sana kitorang macam confuse sikit time nak naik boat transfer, time nak naik boat snorkeling, sebab dorang tak brief procedure (atau macam mana kita nak tau naik boat mana, sebab boat banyak dan orang pun ramai). Dorang just bagi tau, contoh: tunggu kat jetty pukul berapa dan boat Ain Holidays. Persoalannya macam mana nak tau which boat is boat Ain Holidays? Lagi satu incident masa kat jetty Besut tengah tunggu boat. Dorang suruh tunggu sampai 10:30am nanti call driver boat. Bila I call driver tak pickup. I call balik 10/15 minutes after that, nasib baik pickup. Driver kata dorang otw. Lama gak tunggu sampai ada orang tanya kami dah ada boat ke tak dan dia suruh kami naik boat dia lepas tengok boat booking kami. Kami tak naik (sebab budak yang meet and greet kami kat jetty tu kata kalau ada orang tanya cakap je dah ada boat) dia datang balik kat kami macam nak marah sebab kami tak naik boat dia. Boleh gitu? *AnnoyingFace*

Overall I okay je dengan TwinBrothers ni sebab dorang boleh cater to what I want. Hahaha.

Perhentian Island Series:
1) Perhentian Island - Budget & Itinerary
2) Perhentian Island - Day 1
3) Perhentian Island - Day 2
4) Perhentian Island - Day 3
5) Perhentian Island - Day 4
6) Perhentian Island - Info From My Observation

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang