Friday 14 October 2016

Persedian Ke Jepun Ke Kita Versi Seorang Aku

Balik je dari Lombok, kami brainstorming nak ke mana pulak dan we decided to explore Japan! Tapi aku dan Nad je kali ni. Berdua lebih baik. Hehe. Lagipun kami plan pergi sendiri je without guide or travel agent, so memang tak boleh pergi ramai-ramai sebab bila ramai songehnya banyak dan akan jadi slow pergerakan. Kami pun berani redah berdua sebab it’s Japan. Insyaa Allah selamat walaupun perempuan berdua je.

Flight Ticket:
Few months jugalah dok usha flight ticket. Then AirAsia (AA) buat free seat offer. Tapi kami tak beli pun flight ticket ke Jepun. Kami beli flight ticket to Surabaya sebab teringin nak ke Bromo. Hahahaha! Tak beli sayang ooo! Murah kot! RM150+/pax lebih kurang untuk return flight. So kitorang terus book flight tu untuk bulan March 2017 nanti. Actually boleh dapat lagi murah dalam less than RM110/pax untuk return. Tapi kitorang terlambat sikit hari tu so harga naik dalam RM40 – RM50.

Anywaysssss! Lepas beli flight ticket to Surabaya tu kami sambung lagi hunting flight ticket Jepun. Then my officemate cerita kawan dia pernah fly dengan All Nipppn Airways (ANA), agak berbaloi gak harga masa dia offer. So aku pun start usha ANA punya flight ticket. Rezeki kami, ANA buat offer. RM1177.90/pax untuk return flight inclusive of meal, check-in luggage 23kg*2 (total 46kg) dan seat (boleh pilih nak seat mana). Kalau AA semua tu kena add-on kan? Setelah kami kira-kira, agak berbaloi ambik ANA so kitorang decided to fly with ANA. Lagipun, bila lagi nak rasa fly with ANA, kan.

Flight kami KUL-HND  l  KIX-KUL. Pergi turun di Haneda. Balik naik dari Kansai.

Accommodation:
Dah dapat flight ticket, kami start hunting places to stay. Kami banyak research pasal Jepun ni via blogs, FB, websites, etc. Then terjumpa Rumah Pelajar Malaysia (RPM). Agak affordable compare to Airbnb or hotels di Jepun sebab cost di Jepun agak mahal. Aku start berurusan dengan RPM dan kami Berjaya book RPM untuk stay di Tokyo. Korang boleh cari RPM di FB or website dorang. Then kami hunting stay di Osaka pulak and we both decided to go with Airbnb. Airbnb pun kami cari yang ada private bath sebab kami taknak share ramai-ramai dengan strangers. Agak berbaloi jugak harga yang dia offer.

Itinerary:
Dah settle 2 perkara penting tu, kami start research untuk itinerary pulak. Dah siap rough itinerary tu kami minta otai-otai Jepun di FB: Road to Japan (RTJ) untuk review itinerary tu and dorang advise lah mana-mana yang perlu. Admin-admin RTJ tu semua pro bab Jepun ni. So korang boleh minta apa-apa advice pun dari dorang. Dengan itu, selesailah kami menyusun itinerary.

Transportation:
Dah siap itinerary tu kami start research transportation kat sana pulak. Dengan advice dan maklumat dari pelbagai sumber, kami decided ambik Subway (Toei & Metro) 2 day pass and 3 day pass untuk 5 hari di Tokyo, 2 day sightseeing card untuk 2 hari di Kyoto dan Amazing pass untuk 1 hari Osaka. Dan standby Suica card juga.

Lagi satu transport yang penting, bus dari Tokyo ke Osaka. Kami book Willer Express night bus. Jimat dah 1 malam tempat stay sebab kami tidur dalam bas aje malam tu. Sampai Osaka nanti the next morning.

Ada lagi satu bas kami book siap-siap, Highway bus to Kawaguchiko (mount Fuji) sebab akmi ambik Mount Fuji 1 day tour so memang kena ambik bas awal. Takut bas tu full, kami plan book je bas tu awal-awal. 

Mount Fuji 1 Day Trip:
Mount Fuji tour kami join MtFujiTour sebab ada terjumpa 1 blog tu dia join tour dengan dorang dan dia kata puas hati. Disebabkan kami dah malas nak research what to do or how to move di Mount Fuji tu nanti, kami pun book jela tour dengan dorang. Senang.

Makanan:
Kami dah standby list makanan / tempat makan halal di sana. Tapi faham-faham ler, Yen kan mahal so makan kat sana pun pasti mahallah. So we both dah standby Brahim (beli kat office dia kat Bangi sebab orang kata murah). Energy bar, maggi dan roti pun standby jugak dari Malaysia.

Others:
So sekarang yang belum kami book adalah Disneysea entrance ticket dan travel insurance. Dan duit pun belum tukar pasal tengah mahal sekarang. Wuuwuuwuuuuu! T_T
Bus to Mount Fuji tu pun belum book lagi sebenarnya sebab cuma boleh book 1 month before hari kejadian. Tapi kami decided to book so tengah tunggu open date untuk book je ni.

Rough Budget:
Klik pada gambar untuk proses tumbesaran

Yang warna hijau tu kami bayar in advance. Yang warna pink tu nanti bayar di sana. Yang bayar kat sana tu aku agak-agak je jumlahnya bila ditukar ke MYR.

Tu pun belum masuk energy bar, maggi dan roti. Cash nak bawak ke sana pun tak masuk lagi tu. Bawak ke sana maybe dalam RM2000 kot.

So roughly dalam RM5000 jugaklah habis untuk ke Jepun ni. Konon-konon nak pergi backpackers style, nak jimat bagai. Tapi at the end, beriban jugak habisnya. Balik karang aku up entry untuk actual budget and expenses kat sana.

Japan trip Series:


X X X

0 comments:

Post a Comment

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang