Dulu aku takut untuk sujud taubat.
Takut taubat aku hanya sementara.
Takut nanti Tuhan murka.
Takut nanti Tuhan tidak mahu lagi terima.
Tapi dia bisik ke aku, Tuhan itu Maha Pengampun.
Dia akan sentiasa kasihkan hambaNya. Walau berulang dosa, jangan lelah untuk sujud kepadaNya. Jika terasa malu, maka hentikanlah berbuat dosa.
Lalu aku mula bersujud taubat.
Walau tidak terhenti dosa, aku tetap bersujud taubat. Semoga suatu hari nanti, akan terhenti dosa.
X X X
0 comments:
Post a Comment