Thursday 15 June 2017

Allah Is Perfect

God is perfect. Allah swt adalah sempurna. Allah tidak pernah silap.

Jadi, segala perintahNya & segala laranganNya jangan pernah dipersoalkan. Kenapa? Rujuk semula perenggan di atas.

Siapa kita hendak mempersoalkan segala perintah & larangan Allah? Kita ini cuma hamba yang kerdil lagi hina. Allah itu adalah pemilik semesta alam ini. Allah itu Maha Mengetahui segala yang di langit & di bumi.

Segala perintah & larangan Allah itu pasti ada sebab & hikmahnya. Jadi, jangan pernah kita persoalkan.

X X X

Monday 12 June 2017

Taubat

Dulu aku takut untuk sujud taubat. 
Takut taubat aku hanya sementara. 
Takut nanti Tuhan murka. 
Takut nanti Tuhan tidak mahu lagi terima.

Tapi dia bisik ke aku, Tuhan itu Maha Pengampun. 
Dia akan sentiasa kasihkan hambaNya. Walau berulang dosa, jangan lelah untuk sujud kepadaNya. Jika terasa malu, maka hentikanlah berbuat dosa.

Lalu aku mula bersujud taubat. 
Walau tidak terhenti dosa, aku tetap bersujud taubat. Semoga suatu hari nanti, akan terhenti dosa.


X X X

Tuesday 6 June 2017

Pedas! Pedas! Pedas!

Baru je makan ubat gastric sebab perut dah rasa lain macam. Disebabkan kita masih lagi dalam bulan Ramadhan, maka perjuangan perlu diteruskan no matter what.

Tapi...

Masalahnya...

Lepas makan ubat tu TERmakan makanan pedaslah pula.

Adoiiiiiii...

Watatawu pula pedasnya menyengat sampai tercungap-cungap.

Phewh!

Lepas makan ni rasa nak muntah pula.

Dulu pantang betul kalau makan tak pedas,  hilang selera ooo kalau tak pedas. Sekarang pantang betul kalau makan pedas, terbantut selera ooo kalau pedas. Dulu buat nasi goreng semangkuk je pun letak cili sampai segenggam. Sekarang kalau ada seketul cili pun dah rasa seram.

Alahaiiiiiii...

Semoga mampu bertahan untuk berjuang esok. Hwaiting!

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang