Friday 13 January 2017

Berdikari

I knew Abah pencen Nov 2016. Tapi aku tak tau pulak yang Abah nak balik SB right after pencen. Masalahnya hari tu aku baru balik dari Jepun. Dah lah barang tak kemas lagi. Aduiii.

Aku balik dari Jepun 2 Dec, Jumaat. Sepatutnya angkut barang ke SB 3 Dec or 4 Dec tu. Tapi plan abah bertukar pasal driver lorry tak available masa tu. So Abah kata aku balik je dari Jepun, terus angkur barang. Perghh! Memang rasa nak menangis masa tu. Dah lah penat, barang kat rumah pun tak kemas lagi.

Memang aku sangat tak boleh terima kenyataan!



Then lorry tak jadi datang 2 Dec tu, postponed to 3 Nov. Lega. Sempat kemas barang dan dapatlah lagi 1 malam, the very last night to tidur rumah tu dengan family. Sedih! Hari tu jugak aku ambik kunci bilik rumah sewa dan angkut barang sikit-sikit, adalah dalam 2 ke 3 trip.

So 3 Dec lorry datang angkat barang and bila family gerak ke SB, aku pun gerak ke rumah sewa sendirian. Sedih gilalah! Penat Jepun tak hilang lagi. Aku tak tidur langsung kot 2 hari, pasal dalam flight bukan boleh lena pun tidur walaupun night flight. Then barang pulak bersepah kat bilik baru. Memang tak larat nak kemas. So emosi sangat tak stabil masa tu. Seminggu dua jugaklah aku menangis sensorang malam-malam sebab kena berdikari. Sampai aku rasa nak kahwin time tu jugak!

Dahsyat kan? Hihihihi.

Bukan  tak pernah jauh dari family. Dah biasa sangat stay jauh dari dorang since aku umur 15 tahun lagi. Tapi kali ni tak taulah kenapa feel nya lain sungguh! Terasa sangat sedih dan sunyi.

But after a month aku okay dah. Tak menangis dah. Emosi stabil sikit dah. And now dah sebulan 2 minggu sendirian, aku rasa okay dah, tapi still terasa kebosanannya tanpa family ada sama.

X X X

Tuesday 3 January 2017

Rumah Kena Pecah

Malam tadi terjaga tiba-tiba, dengar bunyi bilik aku punya ventilation sebab selalu kalau nak tidur aku matikan benda alah tu pasal bising. Malam tadi entah macam mana boleh lena pulak dengan bunyi dia. Guling-guling nak tidur balik, tak boleh, tapi malas nak bangun matikan suis ventilation tu. Huhu. Tengok jam kat phone dekat pukul 3:30 pagi.

Sambung lagi guling-guling dalam 5 - 10 minit macam tu tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik. Kuat pulak tu macam orang nak carik gaduh aje bunyinya. Aku ingat budak bilik lain nak marah pasal ventilation aku berbunyi sampai bilik dorang. Tapi kat luar dari bilik aku memang tak dengar pun bunyi tu. Dalam bilik je dengar.

Maka aku pun selubungkanlah diri aku dengar selimut, bukak pintu bilik dan menjengah kepala ke luar bilik. Tengok kiri kanan, takde orang pun. Tapi nampak bilik 2nd besar tu terbukak pintunya. Dah nak masukkan kepala balik, tiba-tiba budak bilik tu keluar dan berkata,
 "Rumah kena pecah!"
 "Hah?" aku blur dan terkazut.
 "Ye! Betul! Rumah kena pecah! Barang saya hilang .....blablablabla....."
Aku speechless kot. Just mata dan mulut aku je makin besar ternganga.

Dia kata dia terjaga dari tidur, terkejut sebab pintu bilik dia terbukak. Dia keluar dari bilik tengok bilik sebelah (bilik paling besar) pun terbukak. Dia check barang dia, laptop, handphone, purse dah takde. Bilik paling besar tu tak tau apa yang hilang sebab tuan bilik takde, balik kampung.

Dia call abang dia. Then dia dah calm down sikit, kitorang bersurai. Aku masuk bilik dah tak tau apa jadi kat luar pasal aku teramat sangat mengantuk sebab memang aku tak cukup tidur dari hari-hari sebelumnya. Dia tunggu abang dia datang. Lepas tu tak tau apa jadi. Pagi tadi masa keluar pergi kerja, nak lock balik pintu depan rumah tu, aku perasan pintu tu macam kena kopak sikit kat tempat kunci tu. Sah-sah dia masuk ikut pintu depan tu.

Pagi tadi tengok whatsapp group rumah tu, katanya polis ada datang malam tadi. So tak tau apa status dan tahap keselamatan rumah tu sekarang. Wuuwuuuuu! Dah lah bilik aku takde kunci. Kunci dari dalam bolehlah, kalau aku keluar memang tak berkunci je bilik tu. Sesiapa je boleh keluar masuk sesuka hati.

Actually masa dok guling-guling sebelum budak tu ketuk pintu bilik, memang aku ada dengar bunyi pintu bilik aku macam digesel-gesel. Tapi aku buat tak tau jelah sebab selalunya kucing dok main cakar-cakar pintu bilik aku tu. Tapi bunyi dia lain macam sikit malam tadi. Bunyi macam kucing cakar, tapi kuku kucing tu macam dah takde / dah kena potong.

Serabut betul. Baru sebulan je kot duduk rumah tu. Takut pulak nak tidur rumah tu. Huhuhu. Tapi masalahnya nak tidur mana? Tak kan nak berkelana kat rumah Nad lama-lama kot? Sobs!

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang