Monday 28 March 2016

Lombok - Day 2

Lombok Trip
Day 2
Gili Nanggu - Gili Sudak - Lunch - Selat Gili - Gili Kedis - Dinner - Hotel in Senggigi

Gili Nanggu

Okay! Second day kami mulakan dengan breakfast di hotel. Then around 9 am cenggitu kami gerak menuju ke Gili Nanggu. Okay. Tak. Bukan menuju ke Gili Nanggu. Mula-mula kami tuju ke rumah Nemo. Naik boat tu dari rumah Nemo. Nemo tu kawan si Jalal. Snorkelling equipment and life jacket pun provided.



Perjalanan dari hotel ke rumah Nemo ambik masa around 1h30m lah lebih kurang. Dalam perjalanan tu singgah kedai runcit, beli air dan roti untuk bagi makan ikan.

So kat Gili Nanggu ni aktivitinya, snorkelling aje. Mula-mula taknak pun pergi ke tengah, nak snorkelling kat tempat yang kaki sampai untuk jejak je. Hahahaha! Tapi si Jalal dengan Nemo dok psiko suruh jugak pergi ke tengah.

Nampak tangan saya tu pegang botol? Dalam tu lah kami letak roti yang beli tu. Tutup botol tu Nemo & Jalal tebuk lubang sikit, so kami picit-picit je botol tu bagi roti keluar.




Dorang kata, rugilah dah sampai tapi tak snorkelling sungguh-sungguh. Wuuwuu nak nangis! Saya ni kecut sikit dengan air, sebab pernah hampir lepas. Dah tu, tak reti berenang pulak. Tapi gatal jugak nak buat aktiviti air. Hohohoho.

Mula-mula tu Jalal dok tarik Yan ke tengah. Jalal tinggalkan Yan kat tengah-tengah tu. Pastu Jalal datang balik dok tarik saya pulak ke tengah. Uwaaa! Betul nak nangis masa tu. Cuak noks tengok kat bawah tu jauh gila ke bawah, sah-sah kaki tak sampai. Hahahaha! Jalal hantar saya dekat dengan Yan. Rupanya ada tempat nak pijak kat situ, macam cage untuk coral, patutlah Yan boleh berdiri. Kekekeke.

Inilah cage yang saya maksudkan. Masing-masing main selit kaki kat sini. Hahaha!

Kat Gili Nanggu ni ikan memang banyak, nak pulak kitorang dok bagi dia roti, memang banyaklah berkumpul jawabnya. Tapi coral takde sangatlah. Tak tau lah kalau pergi ke tengah lagi ada coral cun cun ke tidak. Tak berani oiii. Kokay je yang galak snorkelling. 


 Ini aktiviti menangkap ikan by hand. Jalal & Nemo ler yang menangkap.


Lama jugak kitorang berendam dalam laut tu. Dah agak-agak penat tu, semua pun naik ke darat balik. Balik ke darat tu semua kena berenang sendiri. Takde maknanya Jalal dengan Nemo nak tarik lagi. Hahahaha!

Naik atas tu lepak-lepak makan tembikai kejap kat pondok. 

Pastu terjun laut balik. Tapi side lain pulak. Kali ni kitorang tak pergi tengah, just main-main benam kepala je kat tepi-tepi. Jalal dengan Kokay je yang pergi ke tengah. Kejap je, lepas tu dorang balik ke darat, kitorang kemas-kemas barang kat pondok, terus gerak menuju ke Gili Sudak!

Gili Sudak

Kat Gili Sudak ni actually takde buat aktiviti apa pun. Kami makan aje kat sini. Hehehe. Ada restaurant noks kat gili ni. Kerlas kau jah!

Kitorang sampai je kat Gili Sudak ni, dorang tanya nak makan kat dalam ke kat luar. Kat dalam tu, dalam restaurant dia lah. Kat luar tu, kat luarlah. Tepi pantai actually. Kitorang cakap kat luar, dorang bawak kerusi meja keluar, tepi pantai. Actually restaurant tu pun tepi pantai aje. Cumanya kat luar tu, makan bawah pokok tepi pantai tu. Manyak syiok ooo!

Nampak pondok kat belakang tu? Itu ler restaurant nya.

Makanan dia kat gili ni, best kau! Dah lah memang tengah lapar, dapat ikan bakar dengan sambal sedap pulak, pergh masyuk! Siap mintak nasi tambah kot kitorang! Hahahaha! Tapi saya hampir jugaklah nak nangis makan. Pedas noks! 

Makan sedap, harga pun memang sedaplah kan. Around IDR 300,000++ jugaklah kena. Tapi puas hati, so tak ralatlah bayar mahal pun.

Lepas makan, lepak-lepak kat tepi pantai tu. Panjat rumah terapung tepi pantai tu sekejap. Pastu gerak menuju ke Selat Gili!



Tapi sebelum sampai ke Selat Gili tu, Nemo ada stop kan boat kat tengah-tengah laut. Jalal masa tu memang dah terjun ke dalam dah. Macam mermaid sangat! Hahaha. Yang kami ni taknak terjun, saya lagilah taknak terjun. Taubat dah nak terjun laut dari tempat tinggi. Ergh!

Yang si Nemo kat atas boat pulak asyik psiko kitorang je suruh terjun. Cantik katanya. Sampai dia suruh Yan jaga boat pasal dia pun nak join Jalal dalam air tu. Hahaha. Tapi manalah kami ni reti handle boat, so tak dapatlah Nemo terjun. Huahuahua.

Yang Kokay memang dah terjun join Jalal masa tu. Saya dengan Nad yang beria taknak terjun ni, tah macam mana, terjun jugak akhirnya. Huhuhuhu. Tapi ya ampun, sengsara noks! Tengah lautkan ambok kuat. Kami ni berpaut kat tepi boat tu, ada macam balancer boat tu kot. Entah apa ke namanya. Pastu boat tu pulak kejap stop kejap gerak. Bayangkanlah macam mana sengsara kami nak hold pada boat tu melawan ombak. Pergh! 


Tapi dalam tengah sengsara tu pun, kepala dok dibenam jugak dalam laut tu. MasyaAllah! Serius cantik ya amat! Paling cantik masa jumpa coral ke apa entah, warna hijau apple. Ada yang setompok kecik hijaunya, ada yang besar sangat! Mata saya kalau Nampak hijau memang automatically jadi cantik je benda tu.

Cantic-cantik jugak, tapi tangan dah memang tak larat nak hold dah masa tu. Dah terjerit-jerit nak naik oiii! Hahahaha. Nak naik tu punyalah susah. Takut nak lepas! Wakakaka! Jalal dengan Nemo pun dah jadi tak keruan tengok kitorang masa tu! Tak tau nak tolong siapa dulu. Masa tu memang kelakar, walaupun tengah bertarung nyawa! Kahkahkah!

Dah naik semua baru gerak straight ke Selat Gili.

Selat Gili

Actually Selat Gili ni dah masuk area Gili Kedis, tapi saja je saya separate kan sebab aktivitinya lain sikit. Aktiviti ke? Hmm. Actually Selat Gili ni letaknya nak kata tepi pantai, tak tepi jugak, nak kata tengah, tak tengah jugak. Tapi yang uniknya, air cuma paras lutut aje.

Apa ada kat Selat Gili ni? Jeng! Jeng! Jeng! Kat sini banyak Patrick the starfish! Bersepah-sepah weh atas pasir dalam laut tu. Boleh kutip-kutip cenggitu aje. Teruja sekejap masa tengok tu. Hihihihi.





Lepas dah posing-posing dengan Patrick tu, kitorang pulangkanlah semua Patrick tu ke tempat asal mereka. Pastu, terus shoot ke Gili Kedis!

Gili Kedis

Gili Kedis ni pun activitinya snorkelling. Masa kat Gili Kedis ni hari pun dah petang, tak panas sangat. Jalal ajak snorkelling ke tengah, tapi saya, Nad & Yan surrender awal-awal. Kokay je yang semangat. So Kokay, Jalal & Nemo je yang pergi sampai ke tengah. Kami snorkelling tepi-tepi pantai aje, pastu main terapung-terapung atas air. Yan paling teruk, langsung taknak masuk dalam air dah! Duduk tepi pantai aje. Wakakakaka!

Saya dengan Nad dah penat berendam, kami pun naik ler duduk lepak tepi pantai dengan Yan sambal menunggu yang bertiga tu. Bila yang bertiga tu dah naik, Jalal dengan Nemo lepak dekat dengat boat. Kami berempat still lepak tepi pantai lagi. Lama jugak kami melepak tu.





Lepas tu kami jalan-jalan tepi pantai, pergilah ke the other side of that gili. Masa tu matahari pun nak turun dah. Yellowish dah masa tu. Posing-posing kejap dengan yellowish sun tu, main tulis-tulis atas pasir, main tanam-tanam kaki, pastu kami pun berangkat pulang ke rumah Nemo.

End of Activitiy

Kat rumah Nemo kami wash up sikit lepas tu baru gerak pulang ke Senggigi. On the way balik hotel we all stop dinner and shopping dulu. 

Jalal tanya kami nak cari souvenir apa? Kami nak shirt Lombok and fridge magnet Lombok. Yang lain-lain kami tak mau! Hehehehe.

Makan tu tak perlu cerita sangatlah ye? Sebab kami tak food hunting pun kat sana. Kami ni spesis yang tak kisah sangat bab makan.

Shopping tu Jalal bawa kami ke Sasaku. Jalal kata shirt Sasaku je yang dia rasa okay. Sasaku tu nama kedai eh. So that night saya ambik 2 black shirts. Fridge magnet dia macam tak menarik sangat so saya tak ambik. Lagi pun baru hari ke 2, banyak lagi tempat boleh carik.

Then, balik hotel! Tidur! Recharge energy for the next day!

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Sunday 27 March 2016

Lombok - Day 1

Lombok Trip
Day 1
KUL – LOP – Dinner – Hotel

Wokeh! As flight was in the evening, we all meet up around 12 pm kat KLIA 2. And at 12 pm I was there already waiting for the other 3. Janji dicapati sungguh mereka itu! Around setengah jam jugaklah menunggu depan departure gate tu, baru yang 2 orang tu muncul. Dah lah lapar tahap babun masa tu! Grr.

Bila yang dua orang tu sampai we all terus pergi food court, makan, without yang lagi sorang tu. Memang taklah nak tunggu dia kan, lambat kot! Memang kami tidak mempunyai semangat setia kawan. Heh. Like I care.

Lepas makan kami check in. After that terus pergi solat zohor. Lepas solat zohor, tunggu gate dibuka untuk kami menyerbu! Hehehe.


If I’m not mistaken around 2:30 pm gate international dibuka. Tapi masalahnya Q panjang gila kot. Flight ETD at 3:35 pm, boarding gate close 20 minutes before ETD time. Dah Q untuk beberapa minutes, saya mulalah cuak. Mana sempat oi kalau dah Q panjang berjela cenggitu.

Tertiba teringat, choiiiiiii Malaysian passport on the left side lah! Side yang we all Q tu untuk passport asing. Huahuahua. Nasib baik teringat, kalau tak memang menangislah we all kat boarding gate tu, tak sempat masuk. Faham-faham ler KLIA 2 tu acaner, jauh kot nak berjalan. Phewh!

Okay. Cut the crap!


Sampai je Lombok Airport around, Jalal dah ada, tapi luggage saya pulak pecah sikitkan, so lambat sikitlah kami keluar, dok tunggu report luggage tu. Dapat report, terus keluar jumpa Jalal.


Jalal pergi bawak dinner dulu on the way ke hotel tu. Dia stop kat restaurant Ayam Taliwang. Well not really suit may taste that Ayam Taliwang. Ayamnya tak banyak isi, kecik dan banyak tulang. Baby ayam kot? I don’t know.


After dinner terus shoot to hotel, Puri Senggigi. Memang takde aktiviti apa pun on the first day. Sampai pun dah malam kan, rest jela kat hotel. 

Can’t wait for the next day! Wehhuuu!

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Friday 25 March 2016

Budget, Itinerary dan Tour Guide Di Lombok

Ini kisah kami di Lombok on March 2016. Mula-mula kita cerita pasal budget and itinerary dululah ye. Hari tu dah buat entry pasal budget and itinerary ni, buat just roughly lah. Boleh refer to this entry: Persediaan To Explore Lombok, Indonesia. So entry kali ni kita cerita the exact budget and itinerary.

Budget

Rate yang saya dapat masa tukar MYR to IDR that day 0.319. So budget ni saya buat untuk that rate lah. Price might be slightly different than Google converter. Ngee.

Cost before fly to Lombok hanya melibatkan return flight ticket, return luggage and hotels.



Luggage tu last minute saya tambah lagi 5 kg pergi balik sebab tau berat bag saya mesti terlebih. Huahuahua. Lagipun, RM 14.00 je dapat 10 kg, okay lah tu.

Disebabkan semua ni kami buat untuk 4 pax, so saya inclusive kan jugalah harga untuk 4 pax tu, then just bahagikan dengan 4 untuk dapatkan harga 1 pax. Untuk hotel tu, kami ambik 2 bilik sebab yang pergi ni 2 lelaki, 2 perempuan. Takkan nak stay 1 bilik kot kan. 

Bawah ni pulak breakdown untuk RM 1300.00 yang saya tukar to IDR tu. Tapi breakdown ni bukan exact amount tau, just roughly lah. Ateee manalah nak ingat amount yang kita dah belanja tu kan, bukan record dalam diary pon tiap kali menghulur duit. Breakdown ni saya guna rate yang saya dapat tu lah, 0.319.



Actually makan boleh jimat, kalau korang makan kat tempat yang tak mahallah. Tour guide kitorang bawak ke tempat-tempat yang boleh tahanlah jugak mahalnya. Sekali makan IDR 300,000.00++ for 4 pax. Ada jugak yang hampir IDR 500,000.00 for 4 pax. So hari yang ke 3 or ke 4, kitorang mintak dia bawak kitorang p makan nasi padang aje, murah kot! Hahaha. Yang penting, sambal hijau dorang sedap! Ngeee.

Aktiviti Gili Layar tu pulak, kitorang add on. Takde dalam itinerary asal pun. Cost tu cost untuk boat & makan aje. Tour guide kata untuk dia (minyak kereta)  tak perlu bayar. Nanti kita cerita lebih lanjut kisah di Gili Layar tu.

Bag (back pack & waterproof) tu pun korang dah boleh jimat RM 200.00++ kot. Kisahnya luggage saya pecah sikit masa sampai Lombok tu. Memikirkan nak ke Gili Trawangan dengan luggage yang pecah tu leceh, saya belilah jugak backpack. Waterproof bag tu pulak, saja je nak beli. Murah kot, 20 litter equals tu RM 40.00++ aje. Hihihihi. Tapi saya tak bawak pun luggage tu ke Gili Trawangan, leceh. Tinggalkan dengan tour guide aje kat Senggigi sebab dia tak follow kitorang ke Gili Trawangan. So bawak yang perlu aje ke Gili Trawangan tu.


Itinerary

Itinerary yang dirancang dengan itinerary sebenar adalah berbeza. Boleh tengok itinerary asal kat entry seperti link di atas. So bawah ini actual itinerary kami kat sana.



Actually every trip ada harga-harga dia sendiri. Contohnya trip Gili Nanggu on the 2nd day tu cost nya around IDR 1,750,000.00 / 4 pax. Waterfall on the 4th day tu cost us about IDR 700,000.00 / 4 pax. So harga each trip might be differ kot based on berapa ramai in 1 group. Dan lain tour guide, mestilah lain jugak harganya, tapi the difference tak banyak sangat lah kot.


Tour Guide

Tour guide kami best tau! Nama dia Jalal. Dia sangat tak berkira. Kalau dia bawak kita pergi tempat tu, tapi kita macam tak semangat dan tak nak buat apa yang patut kita buat kat tempat tu, dia akan pujuk kita buat jugak. Dia akan heret kita buat. Rugi katanya kalau dah sampai tapi tak buat apa yang patut.

Ada sesetengah supir / tour guide tu sangat berkira Jalal kata. Sehari Cuma lapan jam saja dia punya service. Kalau start tour pukul 9 pagi, nanti pukul 5 petang mesti dah kena balik. Tapi Jalal okay. Kitorang tour semua sampai malam kot. Memang letih, tapi sangat berbaloi. Yela, kat tempat orang kalau tak menjelajah buat apa kan.

Thank you Jalal!

Mana kenal si Jalal ni? Kebetulan masa tengah survey segala yang berkaitan Lombok termasuklah tour guide, ada kawan pergi Lombok. So tanyalah kat dia pasal guide dia. Kawan saya tu kenal Jalal pulak dari kawan dia. Kawan dia tu recommended si Jalal. 

Lepas saya dapat number Jalal, saya terus contact Jalal. Whatsapp aje. Hihihi. Saya pun yakin dengan Jalal sebab kawan sendiri pernak deal dengan dia kan, so kita percayalah kat dia.

Ini contact number Jalal :
Tel / Whatsapp : +62 823 3900 3681
FB / IG : Jalal Sitohank
Website : lombokfantastic.com

Oh! Kat website tu kalau jumpa nama Jelly tu jangan pelik eh. Mat salleh panggil Jalal, Jelly sebab lidah mat salleh tak boleh nak sebut Jalal. Hahahaha. Mat salleh selalu lupa nama Jalal, kalau Jelly tu senang sikit dorang nak ingat, Jalal yang katalah. Kekekeke!

Okay. That's it for this entry! Cerita selanjutnya ada di link seperti di bawah ni eh.

Lombok Series :-

Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang