Wednesday 30 December 2015

Persediaan To Explore Lombok, Indonesia

Hello!

Lepas balik dari Krabi bulan September lepas, sembang-sembang dengan budak 3 ekoq tu pastu terus kami cakap, let’s go to Lombok! Destination locked! Hehehe. Meh sini nak share sikit kisah persediaan kami ke Lombok. Mungkin ada tips yang korang boleh guna pakai, kan.


Flight Ticket

Maka bermulalah sesi flights hunting setelah masing-masing semangat nak ke Lombok. Tunggu je lah AirAsia buat promotion. Dalam pertengahan bulan October tu, kami pun berjaya mendapatkan 4 tickets to Lombok for 7 days! Yeahhaa! Hooray! Hooray! Manse! Minguk! Daehan! *aku suka gila si kembar 3 ni hihihi*  Kami akan fly bulan March 2016 karang.

Harga ticket, RM 272.08 per return flight.


Tour Guide, Itinerary, Price

Selepas itu, sesi diskusi sesama kami pulak untuk decide pergi backpackers and gamble or guna tour guide. After the discussion we decided to ambik tour guide sebab pergi sana nak enjoy. Bila nak enjoy, semua mestilah nak senang aje ye dak, sampai sana semua dah ready.

Maka dengan itu, bermulalah sesi tour guides hunting pulak. Adalah 4 ke 5 orang guide yang aku try usha quotation, at the end dapatlah Jalal. Jalal ni pun kebetulan masa tengah mencari tu, kawan aku pergi sana dia guna service Jalal ni and memang dia recommend lah sebab kawan dia yang recommended Jalal. Disebabkan kawan yang recommend dan dia pun kenal Jalal, so aku percaya dan yakinlah dengan Jalal.

Dah dapat tour guide, kami start discuss on itinerary pulak. Jalal pun setuju dengan itinerary kitorang. Settle!


(Sila click pada gambar untuk proses tumbesaran)

Excluding makan aje quotation dia ni. Inclusive in quotation : guide tips, petrol / kereta, boat, snorkling equipment, lunch di gili nanggu, entrance fee to waterfall.


Hotels

Dah selesai itinerary, baru boleh start hotels hunting. Mula-mula nak suruh Jalal settle kan sekali hotel kitorang. Tapi sebab lagi senang book sendiri pasal kita tau apa yang kita nak kan. Sana sini usha, at the end semua book via Agoda.



Summary




Ini rough expenses summary as at today, end of 2015, 31
st Dec 2015. Sekarang just nak tukar duit aje untuk expenses kat sana (makan + cost pengangkutan & activity kat Trawangan + shopping + etc). Kiranya 95% urusan dah selesai. Tinggal nak tunggu hari kejadian aje! Wehhuuu! Can’t wait!  


Lombok Series :-


Lombok - Day 1
Lombok - Day 2
Lombok - Day 3
Lombok - Day 4
Lombok - Day 5
Lombok - Day 6
Lombok - Day 7

X X X

Wednesday 23 December 2015

Universal Studio Singapore - USS


Hello!

Kisah ni dah lama, kisah 2013 kot. Tapi sebab masa tu dah tak active berblog (sekarang pun sama je tak active jugak!) dan blog yang sedia ada masa tu terpaksa dipadam, so takdelah meroyan membebel sorang-sorang di alam maya ni. Cehh! XD

Kitorang pergi berempat masa tu. Drive sendiri je dari KL. Sebelum subuh kitorang dah gerak okay. Sampai USS dalam pukul 11:00 am plus plus kalau tak silap. Enjoy je kat sana sampai gelap!

Ok. Cerita pasal ticket sikit. Actually kitorang beli online kat satu shopping website tu (sekarang dah takde website tu). Memang murah gila! RM160.00++ untuk entrance fee + food voucher SGD 20.00 (kalau tak silap) + parking fee + voucher worth SGD 5.00 + tak ingat apa lagi satu. Hehe. Sebab dalam tu ada 5 items.

Sebab dah termasuk makan, so kat sana kitorang memang takde beli makanan ler. Jimat! Air mineral memang dah bawak siap-siap dari KL. Actually pepagi buta tu pun memang kitorang ada bawak bekal dari rumah.

Untuk anda yang nak solat, senang aje nak cari suraunya. Kat area roller coaster, kalau anda menghadap roller coaster tu, surau ada kat sebelah kiri belakang sikit. Suraunya kecik sangat, so pandai-pandailah adjust waktu anda. 


































X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang