Saturday 24 October 2015

Krabi Trip

Sawadikap!

Trip to Krabi was on 2-4 September 2015. 4 hari je kat sana. Tips to Krabi? Well nothing much i guess. 

First step of course kena beli flight ticket time offer! Hahaha! Then survey lah mana-mana hotel or motel or guesthouse. But I strongly suggest to carik hotel yang dekat dengan Aonang beach. Kat town tu macam tak berapa nak best. Kalau kat Aonang, malam-malam boleh lepak kat tepi pantai tu. Dekat je, jalan kaki pun boleh. Kalau stay dekat town, kena ambik tuktuk or sewalah motor.

Kitorang stay kat Silver Sand Suite Hotel. Silalah google sendiri. Oklah, selesa. Tapi kalau bawak beg besar dan berat sengsaralah. Takde lif ok. Semua tangga. Hahaha. But the owner sangat ok and friendly. Actually owner dia Indian from India. Masa sampai hotel tu hari dah gelap, dalam pukul 7 pm macam tu. Sampai je kat sana, ada masalah dengan bilik. Miscommunication antara agent yang uruskan hotel booking kitorang tu dengan hotel lah kot. Booking kitorang takde dalam system / record hotel tu. Kitorang call agent tu suruh dorang settle. But owner dia chill aje bagi kitorang bilik walaupun isu tak selesai lagi. Terbaik!

Dekat Krabi, tour guide tidak diperlukan. Korang boleh gerak sendiri je. Dah sampai Krabi kang, banyak kedai-kedai yang jual package untuk aktiviti kat Krabi tu : Package Phi Phi Island, Package Hong Island, Package Hoping 4 Islands, dan macam-macam lagilah. Pilihlah masa yang berkenan dihati. Package dorang lengkap pick-up from hotel and return, makan, life jacket bagai. Petang-petang tu siap dorang prepare buah lagi dalam boat tu. Mostly memang dorang sediakan makanan halal.

Actually kat Krabi ni ramai je muslim. Kedai makanan halal pun banyak. Yang jadi masalahkan, pepagi tu kedai dorang ni lambat gila bukak. So kesimpulannya bawaklah bekalan jugak untuk breakfast. Bayangkan van pick up pepagi nak buat aktiviti tu datang pukul 8 pagi, kedai makan takde yang bukak langsung. Choiii. Teman guwe hampir terbeli roti ada pork kat 7e. Sebelum beli tu baca betul-betul description ye.

Nak carik kedai makan halal, carik yang ada bulan bintang kat signboard kedai dorang. As simple as that. Tapi makanan dorang takdelah sedap mana pun. Oh! Hati-hati kalau lalu kedai makan yang ada orang tunggu kat depan kedai tu, lagi-lagi kalau dorang takde sign bulan bintang. Dorang kalau nampak orang pakai tudung lalu akan bagi salam dan promote kedai dia halal. Jangan tertipu. Bukan nak buruk sangka, tapi baiklah kita berhati-hati. Kitorang ada tanya Makcik Yamilah yang famous dengan pancake dia tu, macam mana nak carik kedai halal kat situ. Makcik tu pun cakap kadang-kadang yang pakai tudung tu pun belum tentu muslim. Dia suruh carik orang yang pakai tudung macam dia kot masa tu. Lupa dah.

Nak shopping baju-baju murah or souvenirs, pergi kat pasar malam dorang. Tapi pasar malam ada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad aje. Masa nak beli package aktiviti tu cuba tanya orang tu ada masuk sekali tak pergi pasar malam tu. Kitorang punya masuk sekali, so pergi balik memang dorang yang jemput dan hantar. Kalau nak beli kat area Aonang tu, mostly mahal sikit. Ada yang murah kat kedai hujung yang first sekali masa nak masuk area pantai Aonang tu dari town. First ke second ke third kedai tah, lupa. Hihihi. Tapi ada sorang budak muka ala-ala mat saleh kat kedai tu. Boleh speaking english very well and of course boleh cakap thai jugak. Mixed UK and Thailand. Umur dalam 4-5 tahum. Kedai makcik dia tu. Orang kedai pun ok, friendly. Kedai lain-lain tu, huih ada yang sombong hangpa tau! Dahlah mahal! Patut pun tak laku kedai dia! Tapi, pasar malam dia pun takde lah besar sangat pun sebenarnya. 

Hmm. Tu je kot nak cerita. Layan gambarlah pulak ye.














































































Driver kami. Dari airport ke hotel dia hantar. Masa ke pasar malam pun dia jugak yang drive weols. Siap ambik nombor phone dia lagi. Masa nak balik pun arrange dengan dia je minta hantar ke airport. Sangat penyabar orangnya melayan kerenah pengantin baru yang kat tengah tu. Haha.



X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang