Monday 18 December 2017

Goodbye Kim JongHyun

For whatever reason
'YOU DID WELL'
really brought me to tears.

X X X

Wednesday 13 December 2017

Road Trip to North Malaysia – Batu Gajah

Pagi tu agak lewat juga check out, makan kat restaurant depan tu lagi sekali sebab sedap, terus makan nasi campur. Haha. Then kami terus gerak ke Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah. Just posing-posing ambik gambar, pusing-pusing the whole castle then kami off terus ke KL.


















Abah aku ada pesan, singgah kat tempat tu apa nama entah, banyak durian. Masa tu musim durian. Dia suruh beli then balik lalu hutan lintang, masuk sabak bernam hantar durian kat depa, tapi aku tak sanggup drive dengan kereta bau durian, so takdelah aku singgah ke sana. Lalu highway terus drop si senah kat Subang and aku terus balik Shah Alam.

Sampai Shah Alam dalam pukul 4:00pm ke 4:30pm macam tu, terus singgah klinik sebab tangan dah naik merah gatal-gatal. Sejak balik dari Lombok hari tu memang sensitive tahap dewa kulit tangan aku.


Ok tu je lah story konon-konon road trip to the north kami. Nanti kalau rajin aku buat review untuk dua hotel kami stay tu.

X X X

Road Trip to North Malaysia – Ipoh

Sampai Ipoh dah malam dan otw nak ke hotel tu lalu depan MAPS (Movie Animation Park Studio). Semangat nak tunggu esok! Sampai hotel, check-in dan keluar balik cari dinner pula. Dinner kat restaurant area situ-situ je, nothing special. Lepas dinner balik hotel & rest.

The next morning, kami sepatutnya bangun awal, breakfast dan terus pergi MAPS. Tapi kalau dah aku dan si senah ni, memang tidur musuh utama kami kalau travel. Kami ni jenis kalau dah tidur tu, apa schedule pun kami tak peduli dah, rasa nak bangun kang baru bangun. Huhuhu. Makanya pagi nak pergi MAPS tu memang wajiblah bangun lambat! Hahaha.




As schedule dah lari sikit, kami pergi MAPS dulu pagi tu sebab nak beli ticket je. Masa kami pergi tu ada offer, 200 pertama visitor dapat RM100/pax tu yang gagah pergi beli ticket dulu padahal perut berdondang dah masa tu. Apa taknya, dekat pukul 11 pagi kot. Dah dapat ticket kami keluar balik, pergi makan. Adik senah kata kat situ ada kedai makan yang pagi-pagi dah start niaga nasi campur, dekat sebelah-sebelah KFC depan tu je. So kami pergi kedai tu je, trus lunch nasi campur. Nasib baik sedap! Sebab orang kata dalam MAPS makan mahalkan, so kami makan kenyang-kenyang sebelum masuk.








Kami pergi MAPS hari tu hari Isnin so orang memang tak ramai. Kami main pun dengan budak-budak sekolah rendah, dorang ada rombongan, adalah beberapa sekolah kot yang berombongan tu. masa kami pergi tu MAPS belum fully open, section yang kat belakang tu (lupa nama) tak beroperasi lagi. So honestly RM00 tu rasa tak berbaloi. Games pun bukan banyak mana pun. Dan games yang ada more tu kanak-kanak punya. Orang dewasa punya adrenaline tak sempat nak active main games kanak-kanak tu. Even show yang ada pun memang untuk kanak-kanak.









Last game kami main (entah apa nama entah), kami mabuk sebab just ke depan ke belakang dan pusing-pusing je game tu. Game dah stop pun kami tak boleh turun sebab lock dia problem, tak boleh nak release. Dah lah panas masa tu. Terjemur kami duduk kat situ. Ended up, dorang kena gerakkan sikit game tu then stop kan balik, baru boleh release lock. Masa tu aku cuak dah, ingatkan kena main lagi sekali. Mau muntah bertabur aku kat situ!














Turun dari game tu, kami lepak kejap kat space ship restaurant depan tu. dah hilang sikit mabuk, kami decided gerak keluar sebab dah habis semua kami main & show pun semua dah masuk. Tak banyak pun attraction.

Sebab hotel kami bersebelahan je dengan Mydin dan Mydin tu dekat sangat dengan MAPS, balik tu kami singgah Mydin dulu. Hotel – MAPS Cuma 5 minit sahaja. Anyways, singgah Mydin tu dah lupa sebab apa. Tapi yang pasti masa kat Mydin tu mabuk kami masih ada lagi bersisa dan masa tu kami memang nak makan sup panas dan kebetulan depan kami ada Mee Tarik Warisan Asli dan kami pun agak lapar juga masu tu dan kami decided untuk makan mee tarik tu je. Magically, sedap pulak mee tarik kat situ. Pernah try 2 kali makan kat Shah alam branch, tak adalah sedap mana. Aneh..aneh..!

Dah kenyang tu kami balik hotel and rest. Konon malam tu nak keluar cari makan lagi, si senah nak pekena charkueyteow kat depan tu, tapi harapanlah bila kami dah dapat tidur, kan. Tau-tau je terjaga dah tengah malam. Tengah malam tu si senah kata dia nak turun ke bawah beli maggi cup. Lapar balik kot. Hahaha. Aku ni pulak jenis sekali dah makan kenyang, lambat sikit nak lapar. Kena pulak masa tu time makan memang dah lari, memang takdelah perut minta diisi.

X X X

Road Trip to North Malaysia – Georgetown

Macam biasalah, hari kami memang dimulakan agak lewat. Pukul 9 lebih juga rasanya kami check-out. Then cari breakfast. Nasib baik kami bukan food hunter so kami tak kisah makan apapun, janji perut tak lapar sudah. So pekenalah kami roti canai kat food court area situ. 2 keping kau aku makan, tu pun masih ada ruang boleh masuk lagi. Huahuahua!



Lepas makan kami pun gerak ke Georgetown. Batak sikitlah aku kat sana sebab aku tak pernah seberang jambatan Pulau Pinang tu walaupun aku adalah seorang rakyat Malaysia yang pernah duduk utara selama 3 tahun. Senah kata drive slowly and stay on the left lane. Dia nak menikmati pemandangan dan nak ber-live katanya. Over sangat minah tu mengalahkan aku yang tak pernah jejak pulau tu.

Sampai Georgetown kami pergi cari Ghost Museum dulu. Kaedahnya, tengok hantu awal-awal is better sebab nanti boleh lupakan hantu-hantu tu cepat. So takdelah seram sangat malam kang asyik teringat kat depa. Masuk je counter ticket tu dia tanya, “berapa orang? Tiga?” Kami jawab dua. Dalam hati dah berkata, “Eh apahallah dia ni kita punya besar takkan tak nampak, mana datang tiga pulak.” Then dia cakap, “Bukan tigakah? Itu… *dia tunjuk kea rah bawah sebelah kami konon-konon ada budak kecik sorang dengan kami*” Kami pun, “Ohhhhh hahahahahaha.” Pandai bergurau dorang tu. Hahaha! XD



Dah dapat bayar ticket, kami pun tunggu turn kami nak masuk. Tak boleh masuk ramai-ramai sebab nanti ter-jam kat dalam tu. Tak lama pun tunggu dalam lima minit gitu. Sebelum masuk tu staff dorang tanya, nak masuk sendiri atau nak guide? Kami dengan yakinnya berkata kami nak masuk sendiri je (berlagak giler time ni). Then dorang bagi macam maps jalan kat dalam tu, senang nak cari jalan nanti. Dorang pesan, kalau ada apa-apa masalah atau tak boleh nak go on, just wave kat CCTV dalam tu, nanti staff dorang datang for rescue. Haha.

Maka kami pun melangkah masuk. First section was hantu melayu. Hantu first kami Nampak was Pontianak kot. Elok je dia berdiri di sudut tu. Masa tu dah seram. Baru hantu pertama dah seram! Kental sangat jiwa! Hahaha. Then kami teruskan perjalanan, kami jumpa hantu cermin. Dengan sound effect dia, masa tu seram dah mencanak naik kuasa 88.





Bertentangan dengan tempat hantu cermin tu bersolek ada orang minyak. Kalau nak ambik gambar orang minyak tu kena berdiri rapat sikit dengan hantu cermin. Yang kelakarnya, masa aku nak ambik gambar si senah, aku berdirilah dekat dengan hantu cermin tu. Elok aku nak ambik gambar, tangan aku macam terasa tersentuh hantu cermin, akupun terperanjat dan tergelabah, dan melarikan diri sikit dari hantu cermin tu. Padahal dah tau memang dia ada kat situ dan dia tak bergerak pun. Bongok gila rasa masa tu! XD

Lepas tu kami move on, jumpa langsuir dan anaknya. Lepas tu terus lagi, kami jumpa lorong yang tutup dengan kain batik / kain pelikat. Haaa kat situ kami surrender. Sebab dia tutup jalan tu, kami tak nampak apa ada di seberang sana dan kelihatannya gelap disebalik kain tu.




Si senah kata dia nak give up dah masa tu. Jantung tak kuat. Wakakaka! I said, kita request guide lah, takkan nak give up cenggitu je kan, tak macho lah! Lepas tu kami main pukul-pukul tolak-tolak pulak gaduh siapa nak pergi keluar minta guide. Sebelum masukkan berlagak sangat nak jalan sendiri je, haaa dah malulah nak minta guide! XD Atlast aku pun keluarlah ke depan tu minta guide dengan muka paling sempoi dan tak malu. Hahaha.

Maka kami mulakan semula perjalanan dengan kakak guide. Mulakan balik perjalan tu lah baru tau, hantu mula-mula sekali sebenarnya orang minyak, tapi dia melekat kat atas, mana kami nampak, jalan tak pandang atas. Huhuhu. Selepas itu perjalanan kami smooth. Wakakaka!










 I tell you ha.. this is real toilet weyy!










Actually yang paling seram memang section hantu melayu tu je. Dengan kurang cahayanya, dengan sound effectnya. Hadehhh! Hantu lepas hantu melayu tu dah tak seram mana dah. Habis seram pun kat tempat hantu jepun pakai kimono tengok TV & kat tangga sebelah tu. Hantu tengok TV tu seram sebab nampak belakang dia dengan rambut panjang tu ha, lebih kurang macam hantu cermin. Tapi hantu jepun tu ada rasa comel-comel sikit sebab depa pakai kimono. Hahaha.

Keluar dari Ghost Museum tu kami start jalan-jalan pusing Georgetown cari street art depa. Lama juga kami jalan-jalan sebab street art tu merata-rata dan kena rajin mencari. Kami cari jalan kaki je wey, takde sewa basikal pun.
























Dah penat pusing dan macam dah dapat main street art depa, kami gerak off to Ipoh. Lewat juga keluar dari Georgetown. Kami takde jalan-jalan cari makan pun kat Penang sebab kami jenis tak kisah sangat bab makan dan kami juga bukan food hunter.

X X X

 

Lady B's Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang